Pageviews

27 Julai 2015

CPUV ke-3 Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-3 Julai 2015


Bulan Julai nampaknya blog ini kurang mesra pula dengan CPUV.  Agaknya sebab mood puasa bercampur dengan GST kot... hohoho.  Pandai-pandai saja buat spekulasi.    Yang sebenarnya tiada kaitan pun dengan GST atau puasa tetapi disebabkan blog YangBaik kurang menerbitkan entri yang bermutu serta berkaitan dengan isu semasa.  Jadi Nuffnang pun jadi segan nak letak iklan CPUV.

Sudah hampir ke penghujung bulan, baru dapat 3 CPUV untuk bulan Julai.  Apa nak buat, blog kurang aktif sangat.

Jom kita tengok CPUV dari mana pula yang melekat di blogYangBaik.

CPUV ke-3 Julai 2015
CPUV ke-3 Julai 2015

CPUV ke-3 Julai 2015, Fail & Lovely Raya.  Nampak tak, CPUV pun masih berkisar Raya.  Entri di blog YangBaik tak banyak yang bercerita mengenai Raya.  Jadi macam mana nak dapat banyak klik. Eh korang.  Untuk betul rakan blogger kita yang dapat peluang buat entri 'promoted content' untuk CPUV di Nuffnang.

Agak-agak musim raya ni banyak sangat jemputan rumah terbuka, nak make-up pun dan naik malas. Apa kata korang guna jer Fair & Lovely pasti tidak mengecewakan.

#inikanraya



SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA


Bulan Julai sudahpun hampir ke penghujung.  Beberapa hari lagi akan masuk bulan Ogos dan seterusnya bulan September... dan begitulah bulan-bulan yang berikutnya saling bergantian mengikut giliran seperti yang telah direncanakan oleh manusia.

YangBaik kan... kalau tak join segmen memang rasa tak lengkap.  Bukan apa selain untuk menambah entri dapat juga menambah kenalan dari kalangan rakan blogger.  Ada blogger baru dan blogger otai. Bezanya, jarang sangatlah blogger otai nak join segmen. 

Tak mengapa lah itu hak privasi masing-masing tak perlulah kita pertikaikan apa yang orang suka atau tidak suka.

SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA

SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA


Kepada rakan blogger sekalian, jom klik banner di atas untuk menyertai SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA.

Segmen ini berlangsung selama 24 jam sahaja dan akan tamat pada 11.59 pagi 28 Julai 2015.

Apa lagi... klik banner di atas untuk join segmen.



Tiada harapan lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiada harapan lain


Tiada harapan lain yang lebih utama dalam hidup kita.  Walaupun banyak harapan dan impian semua itu sekadar memenuhi ruang kehidupan kita dimuka bumi sementara sampai ke sana yang azali.

Tiada lain

Raikan hari ini sebagaimana kita raikan hari kelahiran kita.  Kerana Rasulullah S.A.W lahir pada hari Isnin dan Rasulullah juga amat menyukai warna putih.

Semoga di hari Isnin ini tiada lagi istilah Monday Blues.

Bergembiralah di hari Isnin.




Menang Segmen Jom Kenal Raya 2015 by ASDYdimension

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menang Segmen Jom Kenal Raya 2015 by ASDYdimension


Sekali lagi rezeki di bulan Syawal.  Kali ini blog YangBaik telah terpilih sebagai pemenang untuk Segmen Jom Kenal Raya 2015 by ASDYdimension.  Syukur Alhamdulillah.

Untuk rekod, segmen ini berlangsung mulai 30 Jun hingga 23 Julai 2015.  Seramai 32 orang rakan blogger telah menyertai segmen ini.  Pemilihan pemenang dibuat menggunakan khidmat random.org bagi 5 blog kedua, manakala 5 blog pertama dipilih daripada 5 peserta terawal.  

Menang Segmen Jom Kenal Raya 2015 by ASDYdimension
Menang Segmen Jom Kenal Raya 2015 by ASDYdimension

Terima kasih kepada ASDYdimension di atas penganjuran segmen ini.  Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang telah terpilih.

Sekian adanya.  Jom berkenalan dengan pemilik blog ASDYdimension


26 Julai 2015

Entri pilihan di blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entri pilihan di blog YangBaik


Semakin banyak entri yang menjadi pilihan di blog YangBaik.  Bila dah banyak buat entri, hari-hari update entri sampaikan ada tajuk yang seakan sama dan seperti berulang-ulang.  Tetapi pengisian tetap berbeza.  Ada juga tajuk tidak sama tetapi isinya seperti nak sama.

Entri Pilihan
Entri Pilihan

Minggu ni dan seperti juga minggu-minggu yang lepas, entri yang menjadi pilihan ramai tidak jauh bezanya.  Kebanyakan berkisar Hari Raya.  Tetapi buat masa ini YangBaik tidak pula publish entri keluarga kami berhari raya.  Agaknya kalau publish entri hari raya sendiri pastinya mencanak trafik masuk.  Seminggu dua ni, pastinya entri berkaitan hari raya yang menjadi pilihan ramai.  Tengok sehari dua ni akan keluar pula entri menu pilihan untuk potluck hari raya di pejabat... itu pun kalau rajin.  Kalau masalah tak jadi jugak...

Walau apa pun, terima kasih kepada semua yang sudi tingkatkan trafik di blog YangBaik.  Tak kiralah trafik organik ke trafik tidak organik ke, selagi blog ini masih aktif maka ada juga trafik yang masuk.

Inilah sebahagian daripada kisah tidak semenggah mengenai entri pilihan dan trafik di blog YangBaik.  Malas betul nak mengarang panjang-panjang, tapi nak juga bercerita.

Sekian adanya.  Selamat berblogging.



25 Julai 2015

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan


Taubat (yang benar) menghimpun empat perkara : (1) istighfar dengan lisan, (2) meninggalkan perbuatan maksiat, (3) bertekad dalam hati untuk tidak kembali berbuat dosa dan (4) meninggalkan teman-teman yang jahat.  (Muhammad bin Ka'ab)

Taubat yang benar
Taubat yang sebenar

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Yang penting istiqamah dan niat untuk terus buat baik.


24 Julai 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FeecaMella Raya 2015 Giveaway


FeecaMella, satu nama yang unik seunik blog.  Yang pastinya FeecaMella bukanlah nama orang tetapi nama kepada jenama fesyen yang sedang meningkat naik di laman sosial.  Kali ini ini FeecaMella berkolaborasi dengan blogger Aynal Mansor menganjurkan giveaway bersempena dengan sambutan hari raya tahun 2015.  


Owhh... Raya Giveaway!.  Bestkan, bila dah masuk musim raya kita bersesak-sesak pula entri di blog dengan giveaway raya.  Tidak dapat join rumah terbuka raya kita join giveaway raya biar meriah sikit blog dengan entry hari raya ... yeayy!!

Jom kita tengok apa yang FeecaMella dan Aynal Mansor tawarkan untuk giveaway ini.

FeecaMella Raya Giveaway
FeecaMella Raya Giveaway

Kawan-kawan perlu jawab 1 soalan mudah dan berpeluang untuk menang giveaway awesome dari FeecaMella :)  

Boleh lah dapat duit raya dan bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.  Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :)

Giveaway bermula dari 23 Julai 2015 dan berakhir pada 31 Julai 2015

Pemenang akan diumumkan di 2 Ogos 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan :
  1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway" -----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
  2. Follow blog ini, Aynal Mansor
  3. Follow Instagram @FeecaMella
  4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :

Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan? ----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :)

*******
Letakkan link penyertaan & nama instagram kawan-kawan di ruangan komen seperti contoh dibawah ini. !! :)

CONTOH PENYERTAAN :


Dapat tak?  Mudah saja.  

Apa tunggu-tunggu lagi, klik banner di atas untuk menyertai giveaway dan seterusnya menambah bilangan rakan blogger. 

Semoga Berjaya!! :)


Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Alhamdulillah.  Dah tua pun boleh dapat duit raya lagi.  Kira anggap duit raya lah sebab dapat pada bulan hari raya.  Terima kasih kepada Fadzi Razak di atas penganjuran Giveaway sempena pertukaran domain baru blognya fadzirazak.com.  Gigih betul ibu muda sorang ni.  Walaupun sibuk melayan anak kecil sempat lagi publish entri senarai pemenang.  Tahniah!!! Semoga Fadzi dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Tengoklah apa hadiah YangBaik dapat dari Giveaway ini.

Taraaa... macamlah suspen sangat yer :P

Menang Giveaway Blog Fadzi Razak Launch 2015
Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Sesekali blogYangBaik mesra random.org pula.  Kira nak jadi rezeki.  Daripada 93 orang peserta, 12 orang telah dipilih sebagai pemenang menggunakan khidmat random.org.

Terima kasih sekali lagi kepada Fadzi Razak dan tahniah kepada semua rakan blogger yang telah terpilih.

Semoga ukhuwah terus terjalin walaupun tidak pernah bersua.


Pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Jumaat


Pada hari Jumaat terdapat satu waktu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya.  Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Pada hari Jumaat
Pada hari Jumaat

Peluang untuk kita mendapat kebaikan banyak.  Carilah ia.  Semoga mendapat manfaat.


Nilai keluar dari perut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nilai keluar dari perut


Baik atau buruk yang masuk ke dalam perut kita itulah yang akan menjadi darah daging kita. Sememangnya kita sering kali alpa dan lalai dengan setiap peringatan yang diberikan.  Biarpun berulang kali namun peringatan itu gagal melekat terus dalam hati dan sanubari kita.


"Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya".  (Imam asy-Syafi'i)

Semoga Allah mengampun kekhilafan kita pada masa lalu dan masa akan datang.