Pageviews

22 Julai 2015

Wordless Wednesday | Banyakkan Istighfar

Assalamualaikum dan salam Syawal


Banyakkan Istighfar



Banyakkan Istighfar

~(@^_^@)~

Sempurna dengan 6 perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sempurna dengan 6 perkara

Nampak mudah sangat kan.  Segala-galanya boleh sempurna hanya dengan memenuhi 6 perkara. Tidaklah banyak sangat.

6 Perkara

6 Perkara


Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara (Syaqiq bin Ibrahim):

  1. senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya, 
  2. berbaik sangka terhadap sesama muslim, 
  3. Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain, 
  4. menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik, 
  5. menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan 
  6. berteman dengan orang yang ia anggap benar. 


Adakah semudah petik jari, 6 perkara itu mampu menyempurnakan hidup kita?  Tidak juga kan. Kita perlu cari dan tambah ilmu dengan acra berguru.  Selain dari itu istiqamah dalam berbuat baik turut memudahkan hidup kita.

Biar susah dahulu asal senang kemudian.


21 Julai 2015

Antara keluarga dan sahabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara keluarga dan sahabat


Keluarga... pastinya yang terdekat dengan kita kerana adanya pertalian darah yang erat.

Namun, bila terbaca petikan hikmah daripada al-Hasan al-Bashri ini rasanya kita sewajarnya bukan sahaja ahli keluarga tetapi sepatutnya menjadi sahabat juga kepada ahli keluarga kita yang lain. Kerana kita tidak mahu hanya mementingkan harta dunia semata-mata tetapi kita juga pentingkan harta akhirat... nun di sana cita-cita kita yang hakiki.

al-Hasan al-Bashri

Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi kedudukannya) daripada keluarga kami. Keluarga kami mengingatkan kami kepada dunia sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada akhirat.  (al-Hasan al-Bashri)

Kitalah keluarga, kitalah sahabat.


20 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Hari ini sudah masih hari ke-4 kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Dan, YangBaik baru berkesempatan menerbitkan entri bersempena hari raya.  Bezanya untuk entri ini tiada gambar ahli keluarga sekitar sambutan hari raya Aidil Fitri bagi tahun 2015.... begitu juga dengan tahun-tahun yang lepas.




Ucapan selamat hari raya ini ditujukan kepada semua pembaca blog YangBaik.  Semoga hari raya tahun ini memberi makna yang terbaik buat kita semua.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Malam al-Qadar impian semua
Datangnya hanya sekali setahun
Hari raya menjelang tiba
Salah dan silap sudah bertahun
Harap dimaafi semua cela
Jiwa tulus semua terampun

Sekian.  

CPUV Pertama dan kedua Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama dan kedua Julai 2015


Bulan Julai sudahpun mencecah hari yang ke-20, baru lah YangBaik nak keluarkan entri mengenai CPUV pertama dan kedua.  

Lambatnya weh... mana tidaknya semangat nak up entri CPUV tidak berapa nak menjadi disebabkan yang masuknya tidak seberapa walaupun setiap hari up entri. 

Dah nampak macam lari tajuk atau lari dari tujuan asal berblogging?  Tidaklah.  Sekarang ni sendiri tanya sendiri jawab, sendiri buat entri sendiri baca... dah jadi entri syok sendiri pulak.  Orang lain dok sibuk berhari raya kita dok sibuk pasal CPUV yang tidak seberapa.

Tengoklah dulu CPUV apa yang ada di blog YangBaik nie...

CPUV Pertama dan Kedua Julai 2015

CPUV pertama Wall's Magnum Raya berkempen di blog ini mulai 3 Julai 2015.  Sehingga entri ini dikeluarkan, tidak banyak % klik yang diperolehi.  Mana pergi nye?  Ooo... bulan puasa orang kurang makan aiskrim.  Harap-harap bila dah raya nie, adalah penambahan sikit... Jom makan aiskrim Magnum :P

CPUV kedua pula krim kecantikan kulit Vaselin Vavavoom.  Ada nampak juga nampak kelibat iklan tu bergedik kat sini.  Semakin top nampaknya rakan blogger Namee Roslan.  Selalu juga nampak Namee Roslan dalam kempen PC Nuffnang.  Tuah dan rezeki orang yang rajin.

Vaselina Vavavoom - Namee Roslan
Vaseline Vavavoom - Namee Roslan

Sambil-sambil makan berhari raya tu jangan lupa layan iklan yang melekat di blog YangBaik. 


18 Julai 2015

Kisah suami isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kisah suami isteri


Ikuti kisah bagaimana seorang isteri membangunkan suaminya di malam hari.  Bangun untuk mengabdikan diri kepada Pencipta Yang Maha Besar.




Wahai suamiku, bangunlah (untuk melakukan shalat malam)! Sebagian malam telah berlalu meninggalkanmu. Di hadapanmu ada perjalanan jauh yang sangat melelahkan, sedangkan bekalmu hanya sedikit. Rombongan orang-orang shalih telah jauh meninggalkan kita, sedang kita masih tetap berdiam di tempat kita semula.  ('Amrah istri dari Hubaib al-'Ajmi biasa membangunkan suaminya di malam hari)

Pastinya terasa juga dan terdetik di hati.


17 Julai 2015

Mengapa ilmu menjadi beban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa ilmu menjadi beban


Ilmu.  Biasa kita dengar mungkin dari dulu lagi, tetapi kita sendiri tidak pasti.  Sesetengah orang akan berkata, ilmu yang ada jangan diajar semua kepada orang nanti dia akan melebihi kita.  Dan... kita yang naif ini percaya sepenuhnya tanpa usul periksa.

Dalam tidak sedar sebenarnya ilmu yang tertinggal dalam diri kita boleh menjadi beban seandainya tidak diuruskan dengan betul.

Beban Ilmu
Beban Ilmu

Ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, sebagaimana sebuah amal dilakukan untuk dapat menyelamatkan. Karena itu, apabila amal yang dilakukan lebih sedikit dari ilmu yang didapatkan, maka sesungguhnya ilmu itu telah menjadi beban bagi pemiliknya.  (Seorang ahli hikmah)

Ilmu untuk diamalkan bukan untuk disimpan.


16 Julai 2015

Lebih sulit untuk dihadapi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lebih sulit untuk dihadapi


Ada sesetengah perkara kita mudah untuk kita atasi.  Tidak sepenuhnya pun ada juga sikit.  Namun, tidak semua keadaan dan situasi dapat kita atasi dengan mudah.  Semunya kerana kekuatan dari dalam diri kita sendiri.

Sulit untuk dihadapi

Tidak ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku hadapi daripada diriku (hawa nafsuku) sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu dia berhasil mengalahkanku.
(Sufyan ats-Tsauri)

Perlu kuat semangat...


15 Julai 2015

Detik akhir Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Detik akhir Ramadhan

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka

Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua


Dalam GURAU ada terkata
Dalam TULISAN terkasar bahasa
Dalam TINDAKAN terguris rasa
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa

Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia

Ketupat pulut di atas para
Hendak direbus di tepi perigi
Blog ditulis pengganti kad raya
Tanda ingatan di aidil fitri


* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | ç”°ç”° |é–€| ˚

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada YangBaik dan keluarga.

Gambar itu memori

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar itu memori


Cerita bergambar sekitar Kursus Pengurusan Jenazah pada tahun 2010 di Masjid Al-Makmur, Tanjung Tualang Perak.


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010



Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Last but not least...

Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Ada sebahagian besar daripada peserta yang saya tidak kenal tetapi mereka kenal saya.  Pelik? Tidaklah sebab saya jarang berjumpa dengan mereka tetapi mereka mengenali saya daripada seseorang yang saya kenal di Kampung Makmur/Sungai Galah.

Gambar itu memori.