Pageviews

07 Mei 2015

BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM


Blogwalking atau berjalan-jalan di alam maya ke blog-blog yang turut serta atau asalnya dulu-dulu kita jalan-jalan jer ke mana-mana blog yang kita suka terjah.  Sekarang ni dengan adanya segmen maka sesi berjalan-jalan ke blog menjadi semakin mudah.

Namun, saya selalu kalah dalam sesi blogwalking.  Maklumlah masa terhad, kadang-kadang tak dapat blogwalking ke semua peserta.  Apa yang penting sekarang ni kena rajin lah sebab dah join segmen kan... maknanya kita dah ada komitmen.

Kusss semangat... panjang lebar pula celoteh yer.  Jom lah kita tengok ada apa dengan  Segmen Blogwalking ini...


Bloglist di blog Budak Bandung Laici

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bloglist di Blog Budak Bandung Laici


Sambung cerita kemanisan dalam dunia blogging.  Buat intro sikit sudah lah yer.  Idea nak mengarang tak berapa nak menjadi.  Dan lagi nak simpan untuk entri-entri yang akan datang pula.

Berikut adalah rentetan peristiwa manis yang cukup bermakna bagi YangBaik.

Senarai Bloglist Mei - Julai 2015

 
Terpilih secara automatik ke dalam senarai bloglist bagi bulan Mei, Jun & Julai di Blog Budak Bandung Laici (BBL) kerana penyertaan dalam segmen berkenaan kurang dari 20.  Rujuk entri di SINI.  Kiranya rezeki ini untung sangat sebab menang tanpa bertanding lah. Untung juga kan.  Pemilihan ini dibuat berdasarkan penyertaan dalam segmen Pencarian Bloglist 2015 yang dianjurkan oleh BBL pada bulan Mac 2015.

Blog YangBaik akan berada di blog BBL sehingga bulan Julai.  Dapat trafik bagus tu.  Keuntungan dan kemanisan yang berganda... hehehe.

Terima kasih BBL kerana telah menganjurkan segmen ini dan memilih blog YangBaik tersenarai dalam Bloglist di BBL.


Berkongsi kemanisan dalam dunia blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemanisan dan dunia blogging


Dalam setiap detik hidup kita pastinya tidak lari dari pelbagai ujian dan cabaran.  Ada antara ujian can cabaran yang manis-manis seperti madu dan gula.  Tidak kurang juga ada yang pahit maung lebih dari hempedu.  Ha... kan ambik kau.

Ahkak nak cerita yang sebenarnya dalam dunia blogging pun ada juga ada pahit dan manis, suka dan duka serta malas dan rajin.  Semua tu memberi kekuatan dan semangat kepada blogger sama ada untuk terus berblogging atau hentikan saja hasrat berblogging.  Terpulang kepada kehendak masing-masing.