Pageviews

27 Mac 2015

Bila blogger picisan menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila blogger picisan menulis


Blogger picisan.  Entah bila saya mula mengenali frasa kata itu.  Semestinya semenjak bergelar blogger, mulai tahun 2008 atau mungkin juga awal lagi.  Maklumlah ketika itu blogging pun sekadar menulis apa yang terbuku di hati... dan sehingga sekarang pun masih juga begitu.

Statistik pengunjung


Blogger picisan ini bukanlah tinggi mana darjatnya.  Sekadar di pinggiran saja.  Sekejap timbul sekejap lagi tenggelam... yang banyaknya tenggelam dari timbul.

Tidak banyak yang dapat diperolehi daripada blogger picisan.  Maklumlah blogger yang sering kekeringan idea.  Ada ideapun tak dapat menulis panjang kerana tidak cukup bahan.  Bukan itu sahaja, masa nak menulis pun tak reti nak uruskan.  Asyik sibuk dengan aktiviti... macam mana nak jadi blogger yang maju.

Sesekali blogger picisan ini perlu bangun dan mantapkan jati diri untuk menjadi blogger yang mantap.  Tidak terkenal pun tidak mengapa asalkan ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan pembaca.

Malaysia Best Blog 2015


Walaupun sekadar blogger picisan tetapi ada hati juga nak jadi Malaysia Best Blog 2015.  Sayangnya tiada pencalonan.  Tetapi tidak mengapalah kerana blog ini turut mencalon blog yang lain sebagai Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh blogger Oh!Duit.com.

Nak tahu calon Malaysia Best Blog 2015 boleh klik sini.  Untuk melihat pencalonan sahaja.  Untuk lihat senarai peserta boleh rujuk di sini.

Pastinya blogger picisan juga tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia blogging.  Hasilkan karya yang terbaik bukan sekadar gosip murahan atau khabar angin.

Selamat maju jaya untuk semua.


26 Mac 2015

Jawab soalan dengan cara betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jawab soalan dengan cara betul


Contoh buku

Rentetan cerita semalam. Semasa lawatan ke Karnival Buku.  Hajat hati nak menulis semalam tetapi tak sempat.  Jadi ambil kesempatan sekarang untuk menulis.

Bukan hasrat untuk mengutuk atau mengata tetapi lebih kepada peringatan kepada diri sendiri juga.

Kita sering berhadapan dengan macam-macam soalan.  Tak kiralah sama  ada suka atau tidak kita kena jawab bila soalan itu diajukan kepada kita.

Pasti terjadi pada satu ketika kita tidak mampu menjawab sesuatu soalan.  Sama ada kita tidak faham soalan atau kita tiada jawapan untuk soalan yang diajukan.  Sebab bukan semua orang tahu kita ada jawapan itu.  Kerana hidup ini penuh dengan persoalan.

Itu bab orang yang kena tanya.

Ini bab orang yang bertanya pula.

Kita bertanya pada tempatnya.  Sebelum bertanya kita perhatikan dulu persekitaran dan kesediaan orang yang akan ditanya.  Rasa macam nak tanya tapi nampaknya dia belum bersedia untuk menjawab.  Jadi kita biarkan dulu.

Tiba masanya dia bersedia untuk menjawab soalan.  Okey... saya pun bertanya dengan yakin, dengan harapan dia akan memberikan jawapan.  Tidak kiralah jawapan itu ada atau tidak.  

Tetapi apa perasaan anda bila soalan anda itu tidak berjawab dengan jawapan yang tepat.  

Jawapan yang diharapkan tidaklah besar sangat... hanya ada  atau tiada.  Jika ada katakan ada dan akan disusul dengan soalan berikutnya.  Seandainya jawapannya tiada. Tidak mengapa kerana saya mampu memahami keadaan dan situasi ketika itu.

Jawapan yang diberikan bukan jawapan tetapi amat mendukacitakan.  Kerana saya tidak mengharapkan soalan lain selain daripada jawapan kepada soalan yang saya berikan tadi.

Susah nak faham yer...

Okeylah disenangkan cerita begini:

Saya :  Encik, ada buku pengurusan tak?  (Saya bertanya kerana dari tadi saya mencari tidak nampak dan tidak jumpa, jadi tidak salah untuk bertanya, kan?)

Penjual1 :  Ada, murah sangat.

Saya :  Oh ye... (teruja) Yang mana boleh saya tengok? (sambil meninjau longgokan buku yang ada ada meja pameran)

Penjual2 :  (Boleh pula tanya soalan lain) Puan agak buku ni berapa harganya ? (sambil ditunjukkan buku yang agak mahal dengan genre kenderaan mewah)

Dengan perasaan malas, dengan selamba saya jawab :  Agak2 tiga ratus...

Penjual terus membebel ... kononnya dia boleh jual dengan harga yang jauh lebih murah.

Soalan saya yang kedua tadi tidak berjawab.  Saya pun berlalu dengan perasaan yang agak kecewa. Bukan kerana tiada buku yang dicari tetapi dengan jawapan yang tidak langsung membantu.

Walaupun kita tidak mampu menjawab soalan yang diberikan tetapi jawablah dengan cara yang betul. 

Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jawapan anda.

#peringatanbuatdirisendiri



25 Mac 2015

Sibuk pada tempatnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sibuk pada tempatnya



Sibuk pada tempatnya



Mendekatlah kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang dapat menyibukkanmu dari (mengingat) Allah Subhaanahu Wata'aala! Dan ketahuilah, sesungguhnya tidak ada yang lebih menyibukkanmu dari (mengingat) Allah kecuali hawa nafsumu sendiri.

(Abu Bakar al-Warraq)

#peringatanbuatdirisendiri

(^-^)

SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

Semakin bertambah bilangan blogger bukan sahaja seluruh dunia tetapi di Malaysia juga.  Lantaran itu rakan kita juga akan turut bertambah seiring dengan pertambahan blogger.  Yang pastinya kita perlu rajin meneroka dan blogwalking.

Kali ini rakan blogger bertambah lagi melalui Segmen Mari Tingkatkan Follower Blog yang dianjurkan oleh Bonde.

Klik banner di atas untuk menyertai segmen ini,

Segmen berlangsung sehingga 31 Mac 2015.

Selamat bersegmen kepada semua.  Jom tambah rakan blogger.



CPUV Bulan Mac

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Mac 2015

Senarai CPUV


Terima kasih Nuffnang

Segmen Blogwalking #Part3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking #Part3


Mood blogging masih lagi ding dong.  Tak tentu arah.  Kadang-kadang rasa banyak idea kadang-kadang idea nooon kedaung... mandang!!

Kebetulan ada Segmen Blogwalking #Part3 yang dianjurkan oleh blogger cilik tegar DayangDeno bersama RizalPaperBagHead, bagus juga dapatlah idea nak update blog.


Segmen Blogwalking #Part3


Klik banner di atas untuk turut serta dalam segmen ini.

Segmen tamat pada 10 April 2015.

#Jom beri sokongan.  Terima kasih.


Menulis bukan kerana hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk skema untuk hari Rabu Tanpa Kata

Ayu Idris & lagi satu tak ingat



Mialiana



mialiana


Hasil dari blogging.  Terima kasih.

22 Mac 2015

Hari permulaan Jamadilakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini 22 Mac 2015 bersamaan 1 Jamadilakhir 1436. Tarikh ini menunjukkan tinggal hampir 90 hari lagi menjelang bulan Ramadhan. Bulan depan in shaa Allah panjang umur dapatlah berjumpa bulan Rejab, Sya'ban dan seterusnya Ramadhan. Terasa semakin rindu.

Sehingga itu, semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amalan soleh. In shaa Allah.

Doa hari Ahad ini saya terima dari group whatsapp. Saya kongsikan di sini, semoga bermanfaat untuk semua.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – kami berlindung kepada Allah daripada kekejaman manusia kejam, daripada iri hati manusia dengki, daripada kezaliman manusia zalim. Kami memuji-Nya atas pujian semua yang memuji

Ya Allah,
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai reda-Mu
Bantulah kami mentaati-Mu dan melazimkan ibadah kepada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu
Kasihanilah kami, palingkanlah kami daripada maksiat kepada-Mu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami kepada apa yang bermanfaat bagi kami selama Engkau menghidupkan kami
Dengan kitab-Mu, legakan dada kami dengan bacaannya, ringankan beban kami, kurniakan pada kami keselamatan agama dan diri,
Jangan terlantarkan kami daripada semua orang yang menjadi kerinduan kami.

Sempurnakanlah kebaikan-Mu kepada kami, kepada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

__

...semoga kita menjadi insan yang boleh memberikan kebaikan kepada orang lain ....in sha allah..

posted from Bloggeroid

20 Mac 2015

NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1


Tiba-tiba nak link blog pula yer.
Mahu tak terkejut.
Maaf lah bukan untuk saya tetapi untuk rakan blogger saya.

NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1


Klik banner di atas untuk hantar keterangan penyertaan.

Jom beri sokongan kepada rakan blogger.

Tempoh Segmen :  17/3 - 21/3/2015

Terima kasih.

19 Mac 2015

Mini Giveaway by Erza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam
 
http://eirza.blogspot.com/2015/03/mini-giveaway-by-erza.htm
CLICK BANNER TO JOIN

1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 


3. Buat satu entri bertajuk "Mini Giveaway by Erza"

4. Tinggalkan URL entri korang di SINI



5. Siap dan good luck friends!!!






Mini Giveaway ini akan berlangsung selama seminggu aje


hadiah : 1 x Dress by random.org