Pengikut Setia

26 Mac 2015

Jawab soalan dengan cara betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jawab soalan dengan cara betul


Contoh buku

Rentetan cerita semalam. Semasa lawatan ke Karnival Buku.  Hajat hati nak menulis semalam tetapi tak sempat.  Jadi ambil kesempatan sekarang untuk menulis.

Bukan hasrat untuk mengutuk atau mengata tetapi lebih kepada peringatan kepada diri sendiri juga.

Kita sering berhadapan dengan macam-macam soalan.  Tak kiralah sama  ada suka atau tidak kita kena jawab bila soalan itu diajukan kepada kita.

Pasti terjadi pada satu ketika kita tidak mampu menjawab sesuatu soalan.  Sama ada kita tidak faham soalan atau kita tiada jawapan untuk soalan yang diajukan.  Sebab bukan semua orang tahu kita ada jawapan itu.  Kerana hidup ini penuh dengan persoalan.

Itu bab orang yang kena tanya.

Ini bab orang yang bertanya pula.

Kita bertanya pada tempatnya.  Sebelum bertanya kita perhatikan dulu persekitaran dan kesediaan orang yang akan ditanya.  Rasa macam nak tanya tapi nampaknya dia belum bersedia untuk menjawab.  Jadi kita biarkan dulu.

Tiba masanya dia bersedia untuk menjawab soalan.  Okey... saya pun bertanya dengan yakin, dengan harapan dia akan memberikan jawapan.  Tidak kiralah jawapan itu ada atau tidak.  

Tetapi apa perasaan anda bila soalan anda itu tidak berjawab dengan jawapan yang tepat.  

Jawapan yang diharapkan tidaklah besar sangat... hanya ada  atau tiada.  Jika ada katakan ada dan akan disusul dengan soalan berikutnya.  Seandainya jawapannya tiada. Tidak mengapa kerana saya mampu memahami keadaan dan situasi ketika itu.

Jawapan yang diberikan bukan jawapan tetapi amat mendukacitakan.  Kerana saya tidak mengharapkan soalan lain selain daripada jawapan kepada soalan yang saya berikan tadi.

Susah nak faham yer...

Okeylah disenangkan cerita begini:

Saya :  Encik, ada buku pengurusan tak?  (Saya bertanya kerana dari tadi saya mencari tidak nampak dan tidak jumpa, jadi tidak salah untuk bertanya, kan?)

Penjual1 :  Ada, murah sangat.

Saya :  Oh ye... (teruja) Yang mana boleh saya tengok? (sambil meninjau longgokan buku yang ada ada meja pameran)

Penjual2 :  (Boleh pula tanya soalan lain) Puan agak buku ni berapa harganya ? (sambil ditunjukkan buku yang agak mahal dengan genre kenderaan mewah)

Dengan perasaan malas, dengan selamba saya jawab :  Agak2 tiga ratus...

Penjual terus membebel ... kononnya dia boleh jual dengan harga yang jauh lebih murah.

Soalan saya yang kedua tadi tidak berjawab.  Saya pun berlalu dengan perasaan yang agak kecewa. Bukan kerana tiada buku yang dicari tetapi dengan jawapan yang tidak langsung membantu.

Walaupun kita tidak mampu menjawab soalan yang diberikan tetapi jawablah dengan cara yang betul. 

Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jawapan anda.

#peringatanbuatdirisendiri



1 ulasan:

  1. dia berniaga kat situ ke ? alahai dengan attitude macam tu.. macam mana nak berniaga.. kalau ada katakan ada.. jangan nak dolak dalik..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian