Pageviews

13 Januari 2015

Segmen BlogList di blog ciksepet.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen BlogList di blog ciksepet.com

Seorang lagi rakan blogger dari KELAB BLOGGER BEN ASHAARI menganjurkan segmen bloglist.  Kali ini adalah CikSepet.  Macam-macam cara kita boleh lakukan untuk eratkan silaturahim antara rakan blogger.   Melalui bloglist adalah salah satu dari caranya.

Sebagai siapapun pun kita, sama ada blogger baru atau lama kita sebenarnya sedang diperhatikan. Antara kita sedar atau tidak.  Jika kita perhatikan saban hari ada saja blogger baru yang singgah ke blog kita.  Ada juga rakan blogger yang datang semula.  Tetapi bila blog kita tidak berapa nak meriah dengan entri yang menarik maka keunikan lawatan adalah terhad.  Mengapa terhad?  Kerana tiada apa yang menarik dan blogger yang datang singgah pun tidak mahu menetap lama.  Tak sempat nak masuk dalam carta pengunjung unik.

Untuk memanjang cerita bagi entri ini, saya tidak tahu nak taip apa lagi.  Bukan sahaja kerana kekeringan idea tetapi juga kerana kesuntukan masa.  Bila masa dah suntuk, nak menaip banyak pun tak sempat, terkejar-kejar dengan idea yang terbantut.

Kembali semula kepada segmen ini.  Sementara masih belum tamat (CikSepet tidak pula meletakkan tempoh segmen), cepat-cepat KLIK BANNER DI ATAS untuk turut serta memeriahkan bloglist CikSepet.

Cepat-cepat jangan terlambat.  Jom tambahkan kenalan blogger.



Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Assalamualaikum...


http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!




1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah

Jom join segmen Mai Atiqah.  Beliau baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.  Senarai follower pun belum ramai lagi.

Mai buat segmen ini untuk memudahkan blogwalking, sambil follow dan mengeratkan silaturahim antara warga blogger sekalian.

Dunia blogger pasti bertambah meriah dengan kehadiran lebih ramai lagi blogger.  Rajin celoteh, rajin sembang-sembang dan tidak sombong.  

Cuma jangan salah anggaplah, kadang-kadang ada blogger yang tidak tinggalkan jejak seperti komen sebab tidak tahu apa yang nak dikomen.  Ada juga yang tiada idea nak menulis.  Kalau tinggalkan komen sepatah kata nampak macam malas pulak.  Dan ada ketika bandwith broadband yang dah habis limit.... tak sempat nak tinggal komen.  Ada juga yang tidak membalas lawatan rakan blogger kerana kesuntukan masa, bila tertangguh bawa kepada terlupa pula.

Eh... banyak pula celoteh saya.  Bukan apa nak menanam dan sematkan pemikiran positif di minda bukan sesuatu yang mudah.  Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. kan???

Kembali kepada 1st segmen Blogwalking.  Tarikh Tutup 30hb Januari 2015. 

Jadi kepada rakan blogger yang lama dan baru silalah klik banner di atas untuk menambah kenalan dan merapatkan ukhuwah sesama kita.

Selamat maju jaya kepada semua.