1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah |
Mai buat segmen ini untuk memudahkan blogwalking, sambil follow dan mengeratkan silaturahim antara warga blogger sekalian.
Dunia blogger pasti bertambah meriah dengan kehadiran lebih ramai lagi blogger. Rajin celoteh, rajin sembang-sembang dan tidak sombong.
Cuma jangan salah anggaplah, kadang-kadang ada blogger yang tidak tinggalkan jejak seperti komen sebab tidak tahu apa yang nak dikomen. Ada juga yang tiada idea nak menulis. Kalau tinggalkan komen sepatah kata nampak macam malas pulak. Dan ada ketika bandwith broadband yang dah habis limit.... tak sempat nak tinggal komen. Ada juga yang tidak membalas lawatan rakan blogger kerana kesuntukan masa, bila tertangguh bawa kepada terlupa pula.
Eh... banyak pula celoteh saya. Bukan apa nak menanam dan sematkan pemikiran positif di minda bukan sesuatu yang mudah. Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. kan???
Kembali kepada 1st segmen Blogwalking. Tarikh Tutup 30hb Januari 2015.
Jadi kepada rakan blogger yang lama dan baru silalah klik banner di atas untuk menambah kenalan dan merapatkan ukhuwah sesama kita.
Selamat maju jaya kepada semua.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BalasPadamSalam ukhwah fillah abadan abada
Ade singgah dari segmen yang sama
http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2015/01/1st-segmen-blogwalking-2015-by-mai.html