Pageviews

10 Januari 2015

JANGAN JANGAN JANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peringatan

JANGAN ... JANGAN ... JANGAN

1. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.

2. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

3. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

4. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga

🚧🚧🚧🚧🚧🚧 Subhanallah 🚧🚧🚧🚧🚧🚧

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.


o (∩ ω ∩) o o (∩ ω ∩) o o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

09 Januari 2015

Selamat sejahtera

Assalamualaikum


Selamat sejahtera



Semoga segala impian dan harapan terlaksana indah.
Bersabar dengan setiap cabaran dan ujian.

posted from Bloggeroid

Segmen Mama Mencari Bloglist Januari - Mac 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.


Tamat : 10 Januari 2015


Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015


Nota : Jom beri sokongan pada mama!


Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan


Bulan Januari telahpun bermula hampir ke pertengahan.  Musim persekolahan akan bermula beberapa hari lagi.  Bagaimana persiapan sekolah anak-anak?  Boleh ke bawa berjalan-jalan lagi?  Macam-macam persoalan bermain di minda ibu bapa.

Walau apapun sebagai seorang blogger aktiviti jalan-jalan dalam blog tetap diteruskan selagi terdaya. Kali ini kita selusuri Segmen Jalan-Jalan Tambah Kenalan.  Segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger Ema Hasan bermula 19 Disember 2014 sehingga 19 Januari 2015.



Segmen Jalan-Jalan Tambah Kenalan


Segmen ini dianjurkan bersempena dengan bulan kelahiran Ema Hasan pada bulan Disember. Bermurah hati pada bulan kelahirannya dan berhasrat memberi hadiah kepada rakan blogger yang join segmen ini.  Menarik sangat. Orang memberi kita merasa.

Untuk menyertai segmen ini klik banner di atas. 

Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015.  

Jom berikan sokongan kepada Rakan Blogger Emas Hasan.

Terima kasih atas sokongan semua.

Mutiara Kata #7/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nikmat hidup

Gambar hiasan


Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup, yaitu MATI.  (HR Tirmidzi)

08 Januari 2015

Cabaran tugas penting hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran tugas penting hari ini


Perancangan untuk tugas penting hari ini telah dibuat pada tahun lepas tetapi tidaklah sampai 12 bulan, hampir 1 bulan tetapi disebabkan tahun yang berbeza nampak macam lama sangat.

Kita mampu merancang. In shaa Allah dengan kehendak Allah atas tujuan yang baik, perancangan kita akan terlaksana dengan sempurna.  Setiap halangan pastinya dapat diatasi walaupun penuh debaran.

Hari ini, perjalananan dari Seri Iskandar ke Tapah melalui jalan Kampung Gajah ke Chenderong Balai betul-betul mencabar.  Bukan kerana pemandangan sepanjang jalan yang penuh dengan air, tetapi terpaksa meredah air atas jalan.

Misi Selesai


Gambar di atas diambil semasa perjalanan balik dari Tapah, antara jalan dari Chenderong Balai ke Kampung Gajah.  Tidak ingat pula apa nama jalan atau nama tempat.  Tetapi tempat ini biasa dilalui untuk perjalanan ke Teluk Intan dan juga Tapah.  Bezanya pada hari yang lain yang pernah dilalui, jalan ini tidaklah sebegini mencabar.

Misi penting di Tapah bukan kerana hendak menyelamat mangsa banjir tetapi atas tugas rasmi yang merupakan satu daripada agenda penting untuk pendidikan. Walla... Cabaran untuk misi penting itu sudah selesai dan pelaporan juga telah berjaya disiapkan sebentar tadi.  Mungkin ada penambahbaikan sikit tunggu komen dari ketua kumpulan.

Cabaran yang penting yang menggoncang jantung dan kepala lutut adalah ketika melalui jalan ini. Syukur Alhamdulillah, berjaya dilalui dengan selamat.

Semoga urusan kita didasar dengan niat yang ikhlas untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada petugas Misi Bantuan Penyelamat.  Sematkan keikhlasan dan kesabaran.  Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Terima kasih.

Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alamak... rasa seperti ada rama-rama dalam perut.  Geli-geli pulak.
Terasa loya semacam... tapi tak pula rasa nak muntah.
Ketar lutut!
Rasa seperti kuda berlari kat tapak jantung.

Semua rasa di atas semuanya sering bermain-main dalam diri kita bila berhadapan dengan sesuatu peristiwa.

Semua rasa itu akan menjadikan kita lemah dan sukar melaksanakan kerja dengan betul.

Amalkan doa berikut, semoga bermanfaat buat semua.

Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar


Ya Allah, sesungguhkan kami jadikan (meletakkan) Engkau di leher-leher musuh kami dan kami berlindung kepada Mu dari kejahatan mereka.


*p/s:  Ada tugas besar dan berat hari ini.  Semoga saya mampu melaksanakannya dengan baik.  In shaa Allah.





Mutiara Kata #6/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kata-kata lemah beradab


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.  (Hamka)





07 Januari 2015

Rabu Tanpa Kata | Alexa Rank Pertama 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Rank



Jatuh menjunam

╭(╯^╰)╮

posted from Bloggeroid

Rabu Tanpa Kata | Rengginang Inul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rengginang Inul


Khabarnya banyak di Jalan Chow Kit.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid