Pageviews

06 Januari 2015

Layan Drama Satu Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu hari




Malam ni layan drama Melayu di TV9, Satu Hari. Entah episod keberapa. Jarang sangat dapat tengok drama sekarang nie. Kalau tidak kerana layan kartun dengan anak-anak, ada urusan lain, memasak, mengemas atau shopping. :P

Sesekali dapat tengok drama Melayu memang mengasyikkan. Walaupun jalan ceritanya tidak berapa faham sebab dah tengok di pertengahan, tetapi boleh agak sikit-sikit jalan cerita yang dah terlepas. Kita kan pandai serkap jarang. Kalau kena tu kira untung kalau tidak kena tiada rugi apa-apapun, sekadar drama saja.

Apa yang boleh dikatakan adalah apa saja keputusan yang kita buat tidak semua orang mampu memahaminya. Untuk itu penting untuk jujur dan berterus-terang mengenai keputusan yang diambil. Sama ada kita yang tersilap atau tidak itu semua sudah berlaku. Apa yang penting jaga hati ibu bapa dalam membuat keputusan. Supaya hidup kita tidak susah di kemudian hari.

Seperti biasa juga, tumpuan kepada drama tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kena layan anak-anak bercakap, makan dan bermain.

Satu hari dah jadi cerita satu malam pula. Hilang nak cerita drama Satu Hari jadi cerita kisah anak-anak pula. Dah lari konsep pula.

Bila sempat kita lihat perkembangan seterusnya.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Jangan biarkan dia menangis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jangan biarkan dia menangis


Saat dia ketawa kita juga girang
Biarpun ketika itu kita dalam kesakitan
Tawa hilainya pengubat duka
Penawar kesakitan juga sengsara

Emosinya bisa berubah
Mudah terusik biarpun sedikit
Hatinya kecil jiwanya halus
Bila terasa mudah menangis
Biarpun dengan punca yang kecil

Dia masih kecil untuk menjadi kental
Jika sekalipun dia sangat kental tidakkah terkesan dihatimu
Bila mana jiwa sekecil itu mampu menahan derita
Menahan air mata dari menderu

Jangan biarkan dia menangis lama
Terlalu lama tangisan itu menjadi biasa
Jiwanya tidak biasa kukuh dengan tangisan
Jiwanya kan luntur pedihnya berlarutan

Jangan biarkan dia menangis lagi
Sakit rasanya disudut hati
Mendengar tangisan tiada henti
Esak tangis bersilih ganti
Seakan merayu minta simpati

Pujuklah dia, rayulah dia
Manjakan dia lembutkan jiwa
Rendah diri lembutkan suara
Semoga terlerai segala duka


Nukilan: yangbaik | 612015 | 6.45 |
posted from Bloggeroid

Kekalkan Ukhwah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kekalkan Ukhwah

Selamat pagi semua
Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan

Ukhwah

"Ukhwah connecting our heart"

Terima kasih

05 Januari 2015

Terima kasih Bloglist November 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih Blogslit November 2014


Seperti biasa juga, entri ini dikeluarkan sebagai penghargaan kepada Rakan Blogger yang pernah ditempatkan di dalam senarai blog untuk bulan November 2014.

Hari ini, hari terakhir rakan blogger di dalam bloglist 11.14  bertapak di sini.  Kepada rakan blogger berkenaan janganlah bersedih atau berduka.  Walaupun tidak tersenarai dalam bloglist di sini, nama blog kalian tetapi berada dalam senarai pembacaan.  Bila-bila lapang dan berkesempatan saya akan melawat juga ke blog yang telah saya follow.


Senarai Bloglist November 2014

Terdapat 42 blog di dalam Bloglist 11.14.  Blog-blog berkenaan saya follow bersempena dengan penyertaan dalam Giveaway atau segmen.

Untuk rekod berikut adalah senarai blog berkenaan.

  1. http://nenektanjung.blogspot.com/
  2. http://mieadham86.blogspot.com/
  3. http://mama3farhanah.blogspot.com/
  4. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
  5. http://www.hasrulhassan.com/
  6. http://aniesandyou.blogspot.com/
  7. http://ayunirafilah.blogspot.com/
  8. http://kathyrbain.blogspot.com/
  9. http://www.mialiana.com/
  10. http://www.ibuhana.com/
  11. http://farahwahyda.blogspot.com/
  12. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/
  13. http://fuzamusa.blogspot.com/
  14. http://www.mamaniza.com/
  15. http://blurrr4evablurr.blogspot.com/
  16. http://music-syasya95.blogspot.com/
  17. http://budakbandunglaici.blogspot.com/
  18. http://syiralokman.blogspot.com/
  19. http://kylifa.blogspot.com/
  20. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  21. http://norazua10.blogspot.com/
  22. http://sallysamsaiman.blogspot.com/
  23. http://wawaabdulhadi.blogspot.com/
  24. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/
  25. http://www.diarijejakahangat.com/
  26. http://cikash.blogspot.com/
  27. http://mekzumbie.blogspot.com/
  28. http://amysigadisweird.blogspot.com/
  29. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/
  30. http://ctfaezatun.blogspot.com/
  31. http://notashalimar.blogspot.com/
  32. http://www.syukurnyasihat.com/
  33. http://lissadblog.blogspot.com/
  34. http://aenoyou.blogspot.com/
  35. http://ummi2m2s.blogspot.com/
  36. http://www.arepnakbebel.com/
  37. http://ctalfakhishah.blogspot.com/
  38. http://yanapinkblossom.blogspot.com/
  39. http://www.naniena.com/
  40. http://ayienawi.blogspot.com/
  41. http://littledaies-port.blogspot.com/
  42. http://diarisihazimah.blogspot.com/

Sudi-sudikan singgah.  Mereka adalah antara penganjur segmen dan giveaway yang saya ikuti pada bulan November 2014.  Kemungkinan mereka masih dan akan menganjurkan lagi segmen atau giveaway pada masa akan datang.

Terima kasih.


Kempen CPUV Pertama 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kempen CPUV Pertama 2015


Sudah beberapa bulan saya tidak up entri mengenai Kempen CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT).  Bukan kerana merajuk dengan Nuffnang tetapi atas alasan skema yang biasa-biasa iaitu sibuk dengan tugas.  Huh, bila kata sibuk tu terbayangkan sibuknya mengalahkan Pak Menteri atau sibuk seperti burung layang-layang menyiapkan sarangnya.  Bukan sibuk yang seperti itu.

Tak mahulah sembang banyak mengenai sibuk tidak bertempat.  Kita kembali kepada tajuk cerita ini iaitu Kempen CPUV Pertama 2015.  

Hari ini, masuk hari ke-5 tahun 2015.  Nuffnang pastinya tidak pernah mengecewakan pelanggannya. Walaupun ada juga kesilapan di sana sini, itu lumrah alam kita juga ada buat silap.  Jadi maafkan lah saja apa yang tidak disengajakan.  Bukan mengampu Nuffnang tetapi itulah hakikat.  Kalau kita marah-marah atau sumpah seranah kat Nuffnang tidak terjejas apapun pada dia.  Hanya imej kita saja yang lari sikit.  Apa pun itu semua hak peribadi masing-masing tidak boleh dipertikai.


CPUV #1/2015, RHB Travel Around The World

Untuk kempen CPUV pertama bagi tahun 2015, RHB mengambil tempat.  Tema kempen RHB kali ini adalah "Mengelilingi Dunia Bersama RHB Now".  Pastinya kempen ini sungguh menarik kerana hanya dengan urusniaga serendah RM30.00 anda berbeluang mengelilingi dunia bersama RHB.

Travel Around The World With RHB Now


Untuk mendapatkan makluman lengkap mengenai kempen ini sila klik SINI.

Kempen ini berlangsung mulai 1 Disember 2014 sehingga 22 Februari 2014.

Akhir kata, terima kasih Nuffnang dan RHB di atas kempen ini.  Dan terima kasih juga kepada anda semua yang sudi menjenguk blog ini.

Terima kasih.


Mutiara Kata #5/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hikmah Solat Sunat Istikharah


Jom Solat


Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.

(Ibnu Abi Jamrah)

04 Januari 2015

Mutiara kata #4/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hargai nikmat



Hargai nikmat

Barang siapa tidak menghargai nikmat, maka nikmat itu akan diambil dalam keadaan dia tidak mengetahuinya.  (Siriy Assaqathi)

Pandangan peribadi:


Terlalu banyak sebenarnya nikmat yang kita perolehi, dari sekecil-kecilnya hingga yang terbesar.

Antara nikmat yang kita terima setiap detik adalah nikmat bernafas tanpa gangguan. Ada dikalangan yang tidak mampu bernafas secara normal terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan.

Namun itu semua itu ada hikmah tersendiri. Apa juga peluang yang kita dapat adalah nikmat. Walaupun berbeza hendaklah kita bersyukur dengan apa yang kita terima. Semoga nikmat itu membawa rahmat dan keberkatan dariNya.

Wallahu a'lam.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Hari Lahir Inas Insyirah ke-4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas Insyirah



Hari ini, tarikh yang sama 4 tahun lepas anak bertuah ini dilahirkan sejurus selesai azan zohor berkumandang di langit Lumut, Perak.

Seperti abang dan kakaknya kelahiran anak ini cepat satu minggu dari EDD yang tertera di buku pink.

Sama ada kebetulan atau sudah tiba masanya, tiga/empat hari sebelum hari ini banyak betul ragamnya. Jika bertanya mengalahkan soalan temuduga naik pangkat atau sama dengan soalan esei SPM. Hari ini sudah pandai berbicara tentang rasuah, tidak mahu ayahnya belanja makan di luar kerana itu adalah rasuah dan dia tidak mahu makan dari sumber yang haram. Entahlah pemikirannya sukar diduga bila mengenangkan usianya baru mencecah 4 tahun. Harapnya begitulah pemikirannya seiring dengan pemahaman yang betul sehingga dewasa.

Sudah lebih tiga bulan belajar tidak pakai lampin pakai buang, itupun untuk waktu siang sahaja. Waktu malam atau keluar bersiar-siar tetap juga kena pakai... jika tidak habis hanyut. :P

Inas Insyirah, gabungan nama pilihan ayah dan umi. Semoga terus menjadi anak solehah, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa taat dan patuh pada suruhanNya. Jadilah anak yang berbakti kepada agama dan bangsa.

Allah selamatkan anakku Inas Insyirah.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid