Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan

04 Januari 2015

Hari Lahir Inas Insyirah ke-4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas Insyirah



Hari ini, tarikh yang sama 4 tahun lepas anak bertuah ini dilahirkan sejurus selesai azan zohor berkumandang di langit Lumut, Perak.

Seperti abang dan kakaknya kelahiran anak ini cepat satu minggu dari EDD yang tertera di buku pink.

Sama ada kebetulan atau sudah tiba masanya, tiga/empat hari sebelum hari ini banyak betul ragamnya. Jika bertanya mengalahkan soalan temuduga naik pangkat atau sama dengan soalan esei SPM. Hari ini sudah pandai berbicara tentang rasuah, tidak mahu ayahnya belanja makan di luar kerana itu adalah rasuah dan dia tidak mahu makan dari sumber yang haram. Entahlah pemikirannya sukar diduga bila mengenangkan usianya baru mencecah 4 tahun. Harapnya begitulah pemikirannya seiring dengan pemahaman yang betul sehingga dewasa.

Sudah lebih tiga bulan belajar tidak pakai lampin pakai buang, itupun untuk waktu siang sahaja. Waktu malam atau keluar bersiar-siar tetap juga kena pakai... jika tidak habis hanyut. :P

Inas Insyirah, gabungan nama pilihan ayah dan umi. Semoga terus menjadi anak solehah, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa taat dan patuh pada suruhanNya. Jadilah anak yang berbakti kepada agama dan bangsa.

Allah selamatkan anakku Inas Insyirah.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

01 Oktober 2014

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS


Sebagai pembuka bicara untuk bulan Oktober 2014.  Di sini saya nak war-warkan Projek Mega oleh 
Acik.  

Sebelum terlupa, tarikh rasmi akak dilahirkan adalah pada 6 Mei....  Tahun tu ... bukannya nak dirahsiakan tetapi biarlah ia menjadi hak milik peribadi... hehehe

Kenapa mega? Sebab Giveaway ini bermula tahun ini hingga tahun depan, iaitu bermula 1 OKTOBER 2014 - 30 SEPTEMBER 2015. 1 tahun tu...

Untuk Giveaway kali ini Acik nak beri hadiah pada semua rakan-rakan seperjuangan Acik.  Yang paling best sangat-sangat adalah hadiahnya Acik dah tempah dengan sorang member Acik.  Nak tahu juga siapa member-member Acik yang bermurah hati nie... Semoga bertambah murah rezeki mereka.

Walaupun dadiah yang Acik nak bagi ni bukanlah besar sangat, tapi kira berbaloi untuk kenangan dari rakan blogger yang pemurah nie.  

Jadinya, sudilah apa kiranya kita semua pakat ramai-ramai join Projek Mega Acik ni.

Klik banner di atas untuk join giveaway mega nie.

"happy birthday kepada semua"

*-*




16 Julai 2011

Ketahui nombor tarikh lahir anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 Sekadar suka-suka untuk release tension jap... terpulang pada penerimaan.  Cuma jangan dipercayai 100% kerana apa saja yang berlaku adalah kerana ketentuan Ilahi.


contoh kiraan:

hari+bulan+tahun=?
17 + 12 + 1980 = 2009
2 + 0 + 0 + 9 = 11
1 + 1 = 2
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :2


1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

saja suka-suka untuk menambah bahan bacaan dan koleksi artikel... hehehe

18 Mei 2010

Pemenang Minyak Wangi Mama Syafi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rasa penuh syukur dan penuh teruja... bulan Mei bulan hadiah, kerana setelah tersenarai sebagai pemenang dalam "April Giveaway By Zie Fauzi", seterusnya tersenarai juga sebagai calon Kategori Emas dalam blog Ben Ashaari, seterusnya direview oleh mathsensei.... terkini tersenarai sebagai penerima minyak wangi dari mama syafi... terima kasih kepada semua di atas kemurahan dan limpahan perhatian yang diberikan.

Bagi contest/giveaway minyak wangi dari mama syafi, penyertaannya tak susah just follow blog berkenaan dan bagi jer komen dan maklum nak minyak wangi...senang sangat.  Terima kasih sekali lagi kepada mama syafi...

p/s:  Dapat hadiah sempena hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.
~~~~

06 Mei 2010

Siapa yang lahir pada 6 Mei

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ini... secara rasminya genaplah umur kalian (dan umur aye juga) untuk yang ke?


Semoga kita semua dirahmati Allah dengan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.  Semoga juga kita sentiasa beroleh kebaikan dalam setiap langkah kehidupan

"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisi ketika kamu memerlukan sokongan walaupun pada saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan"



Carian