Pageviews

29 April 2014

Kejutan dari Nuffnang | 3 CPUV dalam satu masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kejutan dari Nuffnang.  Setelah bersabar dan setia dengan Nuffnang semenjak sekian lama ada juga hasilnya, tidak banyak sedikit pun jadilah.  Bukan nak heboh sekampung tetapi untuk rekod bagi blog YANGBAIK untuk bulan April 2014.  Baru saja mengeluarkan entri mengenai CPUV kedua bagi bulan April 2014.  Ingatkan hanya itu sahaja rupa-rupanya ada tambahan CPUV tetapi YANGBAIK tidak perasan.  Terima kasih Nuffnang atas kempen CPUV ketiga dan keempat untuk bulan April 2014.



Nak kata semalam tidur lewat tidak juga tetapi sejurus terjumpa CPUV kedua KFC Zinger Reloaded terus simpan entri.

KFC Zinger Reloaded | Rezeki dinikmati dan disyukuri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KFC adalah ringkasan untuk Kentucky Fried Chicken.  Mustahil ada orang tak tahu.  Dah berzaman KFC bertapak di Malaysia.  Kalau nak ikut hitungan mungkin sudah hampir sama umur YANGBAIK atau lebih lagi.

KFC memang terkenal dengan kerangupan ayam goreng dan kepelbagaian menu yang dihasilkan dari ayam termasuk burger.  Kali ini KFC mengeluarkan Zinger Reloaded Combo.



1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html


Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....


Perdebatan sia-sia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Banyak perkara dalam perbuatan atau perbualan kita tidak sama dengan orang lain
Perbezaan dan pandangan bukanlah titik noktah dalam sesebuah perhubungan
Cara kita dibesarkan berlainan sekali dengan cara pembesaran orang lain
Cara kita berfikir dan bertindak juga berbeza dengan orang lain selagi kita tidak saling memahami

Ahh... semakin keliru bilamana apa yang kita lafazkan tidak difahami oleh orang lain.
Begitu juga apa yang dia lafazkan tidak pula kita fahami sepenuhnya
Dari situ kita harus mendapatkan sedikit persamaan bukan perbezaan
Bersabar dan berdoa semoa setiap apa yang kita lafazkan difahami oleh orang lain dan seterusnya memudahkan urusan kita... serta urusan dia juga.



BERSAMA MEMBANGUN BLOG LAVENDER MUMMY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersama Membangun Blog Lavender Mummy.  Lavender Mummy merupakan blogger baru tetapi mempunyai banyak idea dan bijak dalam mengatur ayat serta kata-kata... tidak seperti YANGBAIK... kadang-kadang buat ayat suka tergantung.... tetapi jangan bimbang kerana itu adalah 'trademark' YANGBAIK.  So tiada kaitan dengan Give Away Lavender Mummy : Bersama Membangun Blog Lavender Mummy.


http://lavendermummy.blogspot.com/2014/04/giveaway-bersama-membangun-blog.html

Sebagai blogger kita mempunyai idea dan sebab tersendiri untuk membuat blog.  

28 April 2014

Kepentingan Alexa Rank kepada blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kepentingan Alexa Rank kepada blogger.

Tak kiralah blogger picisan atau blogger cap ayam. Semua blogger patut tahu kepentingan Alexa Rank kepada blog mereka. Walaupun blog peribadi berkisar kisah anak-anak atau kisah peribadi. Alexa memainkan peranan penting untuk menaikkan rangking blog di alam maya.

'Print screen' pageviews yang diperolehi dari Alexa Rank