Pageviews

11 April 2014

Sembunyikan dan tutup rapat-rapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sembunyikan dan tutup rapat-rapat apa jua rahsia yang ada.  Tidak kiralah rahsia diri sendiri atau rahsia orang lain.


'gambar hiasan'

Sembunyikan dan tutupilah rapat-rapat kebaikan yang pernah Anda lakukan melebihi rapatnya Anda menutupi dan menyembunyikan keburukan yang pernah Anda lakukan.
(Abu Hazim)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

Projek menjahit manik dan pembantu setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek ini pada asalnya memang tiada kaitan dengan dia kerana bajunya tidak boleh dijahitkan manik... habis dicungkilnya.  Tetapi harus juga diselitkan wajahnya kerana dia pembantu dan peneman setia.

Dah buat entri ni kan... tak tau pulak bila nak publish sebab tunggu hari yang idea tak muncul... tetapi rasa macam tak sabar jer nak publish walaupun baru tadi dah keluarkan entri terbaru... sabar jer lah.

Anak ini memang tekun bila tiba bab menganggu gugat kerja buat umi.

10 April 2014

Kehidupan dan kematian yang sukar difahami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kehidupan dan kematian yang sukar difahami.  Kita tahu ia pasti berlaku, kita hendak ke sana tetapi tidak tahu bila akan sampai atau bagaimana akan sampai ke sana.

| Gambar hiasan |

Waspadalah terhadap kematian di dunia, sebelum Anda berpindah ke suatu negeri yang Anda sangat ingin berjumpa dengan kematian di sana, sedangkan Anda tidak akan pernah dapat menemukannya!

(Salah seorang ulama salaf)

Semoga yang terbaik buat kita semua.