Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Rahsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia. Papar semua catatan

10 Julai 2020

Biarlah Rahsia kita saja yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Rahsia kita saja yang tahu



HANYA ALLAH DAN DIRI KITA SAHAJA TAHU APA AIB KITA.. 





Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(An-Nisaa - 40)


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Al-Zalzalah - 7)


Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Al-Zalzalah - 8)

💝💝💝💝💝


Terima kasih.  Biarlah Rahsia kita saja yang tahu

.

11 April 2014

Sembunyikan dan tutup rapat-rapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sembunyikan dan tutup rapat-rapat apa jua rahsia yang ada.  Tidak kiralah rahsia diri sendiri atau rahsia orang lain.


'gambar hiasan'

Sembunyikan dan tutupilah rapat-rapat kebaikan yang pernah Anda lakukan melebihi rapatnya Anda menutupi dan menyembunyikan keburukan yang pernah Anda lakukan.
(Abu Hazim)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

01 April 2014

Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu.  Aku tahu rahsia itu bukan untuk dihebahkan atau dijadikan bahan cerita.  Tetapi adakah aku bersalah sekiranya rahsia itu dijadikan sebagai contoh dalam cerita?

Kita seringkali berhadapan dengan situasi di mana kita terpaksa menyimpan sesuatu rahsia orang lain.  Dan sudah tentu rahsia itu menjadi sebahagian daripada amanah untuk dijaga.


10 Jun 2013

Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu
  1. " Cintai isterimu… apabila dia merasa kopi atau teh anda. Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu.. "
  2. " Cintai isterimu… apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu.. "
  3. " Cintai isterimu… apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu.. "
  4. " Cintai isterimu… apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu.. "
  5. " Cintai isterimu... apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana.. “



03 Jun 2013

Biarlah rahsia dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"ada apa dengan hati"

Tidaklah seorang hamba merahasiakan sesuatu dalam hatinya, melainkan Allah Subhaanahu wata'ala akan menampakannya melalui ucapan lisannya.

(Imam Abu al-'Izz al-Hanafi)

~~~~~~~~~~~~
Biarlah rahsia itu terus bersemadi dalam hati
Andai kau rakan yang setia simpan ia baik-baik
Rahsia ini hanya antara kita
Tidak perlu dikhabarkan
apatah lagi dihebohkan seisi dunia

*

06 Julai 2012

Rahsia, antara harus dan wajib untuk jaga atau simpan atau bocorkan

As salam


Hari ini Jumaat. 
Seperti biasa walaupun pada hari-hari lain terpaksa membebel secara tak rela di sini dan ada ketika ada pembaca terpaksa membaca catatan yang entah apa-apa. 
Rileks ler... ;)



Nak cerita tentang 'Rahsia'. 
Biasalah kan... rahsia adalah antara 'kita berdua' sahaja atau hanya 'saya' saja yang tahu. 

Walaupun ada ketika 'rahsia' itu 'saya' terpaksa kongsikan dengan 'awak' supaya saya tidak terbeban utnuk menanggungnya seorang. 
'Saya' ceritakan 'rahsia' ini kepada awak dengan harapan awak akan simpan dan jaga.



Tetapi nampaknya 'awak' juga tidak mampu menanggung beban 'rahsia' ini lantas menceritakannya kepada beberapa orang lagi, sehingga akhirnya 'rahsia' itu bukan lagi rahsia. 
MENGAPA?

'Awak' ada alasan lain kah hingga terpaksa membocorkan rahsia itu?
Jangan segan... boleh juga kita kongsikan pengalaman rahsia itu di sini...


(*-*)
~~

.

Carian