Pageviews

11 Oktober 2013

Pertama kali dah tersilap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini berjaya instal aplikasi Bloggeroid.

Senang untuk kemaskini blog.

Sekian adanya. Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Hadirkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masih ingatkah anda asal usul simbol ini?  Gambar hiasan.


Tidaklah seorang hamba menghadap (beribadah) kepada Allah dengan menghadirkan hatinya, melainkan Allah akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman kepadanya, hingga mereka mencintainya.
(Harom bin Hayyan)



suka duka pentas dunia


10 Oktober 2013

Semoga yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak frame yang tak berapa nak menjadi

Semoga yang terbaik adalah untuk kita semua.

Senangkan nak cakap dan nak tulis... semuanya dihujung jari dan dihujung lidah yang tidak bertulang.

Namun kita berhak berusaha dan berdoa semoga kita sentiada perolehi kebaikan dari setiap kerja buat yang kita lakukan.  Semoga juga kerja buat kita itu tidak mendatangkan kesusahan dan kepayahan kepada orang lain.  Dalam erti kata yang lain sama-sama bertanggungjawab dan melakukan tuga sehabis baik.

hm... payah jugak nak faham nie.

Aye nak cerita macam nie... supaya kita dapat sama-sama memahaminya.

Setiap dari kita diberi garis panduan untuk melakukan sesuatu tugasan.  Tidak kiralah secara bertulis atau melalui kefahaman semula jadi.  Garis panduan secara bertulis itu adalah satu bentuk dokumen yang kasar atau 'hard copy' kita semua nampak, boleh baca dan boleh pegang.  Seperti peraturan dan undang-undang.  Manakala peraturan yang tidak bertulis itu adalah konvensyen di mana cara melaksanakannya sejak dari dahulu telah dipersetuji ramai dan ramai orang melakukannya dengan cara yang betul...

Boleh faham tak nih?

Okey macam inilah... kalau dah ramai orang tahu nak buat sesuatu perlukan kelulusan begini dan begini... tiba-tiba ada pula hamba Allah yang dengan sukahati buat peraturan sendiri yang mana memberi kesan dan mendatangkan kesukaran kepada  orang yang hendak melaksanakannya nanti.

Penat kan fikir orang yang suka hati buat kerja tak fikir orang dan tak nak fikir apa sebenarnya yang bakal berlaku bila dia buat macam tu...

Lagi penat nak fikir adalah macam mana nak buat cerita bagi orang faham dalam masa yang sama tidak memberi aib kepada orang yang menjadi punca semuanya ini tertulis di sini.

Semoga kita tidaklah termasuk dalam kategori orang yang suka menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.


suka duka pentas dunia

Tinggalkan dan dapat pengganti yang lebih baik

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera



corak hiasan.  sumber google


Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.
(Ubay bin Ka'ab)


suka duka pentas dunia



09 Oktober 2013

Pen Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




kisah gambar nan sekeping



Ketika ini pen kesayangan ini telahpun berusia 19 tahun





suka duka pentas dunia




Lukisan untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Spiderman yang siap dilukis.

mewarna lukisan spiderman


pelukis yang tidak suka mewarna


Sekian dulu cerita bergambar untuk hari Rabu yang biru tanpa banyak kata-kata.

(^-^)


suka duka pentas dunia



08 Oktober 2013

CPUV ke dua Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dah berdesing kat telinga.  
Perasan sendiri kot!

Semalam (7 Oktober 2013), Nuffnang telah memberi ruang kepada Sony Nex 5-T untuk beriklan di blog yangbaik.
Terlambat pula buat entry.  Draf dah ada cuma hari ni baru berkesempatan nak publish.  Sebelum publish beda beda mana patut.


Sony Nex 5-T |  CPUV ke-2 Oktober 2013



Betapalah bagusnya dengan kamera yang serba canggih dengan harga yang berpatutan... dapat merakam pelbagai aksi dan gelagat anak-anak serta keindahan alam.

Terima kasih kepada nuffnang dan Sony di atas kesudian beriklan di sini.

Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang singgah dan sudi klik-klik mana patut... :D

Selamat untuk semua.


suka duka pentas dunia




Selamat hari ulang tahun ke-7 | Muhammad Alif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Alif
Allah selamatkan kamu

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia

Biasakan dengan rentetan lagu di atas?  
Itulah antara petikan lagu ditujukan khusus buat Muhammad Alif bin Ahmad Kamal.

Terlambat sikit buat entry untuk Alif hari ini...


Hari ini kan Hari ulang tahun kelahiran Alif yang ke-7.  Baru tujuh tahun umurnya.


Muhammad Alif.  Permintaanya untuk ulang tahun kali ini tidak banyak hanya satu iaitu Nasi Ayam "Chicken Rice Shop".

Boleh lah...nanti kita celebrate kat sana yer... ala dekat depan rumah jew

Mood umi hari ini tak berapa nak menjadi...
Buat entri pun macam hidup segan mati tak mahu..
huhuhuu... memang tak mahu matikan lagi blog nie... 
masih banyak benda yang nak dibuat.

^-^

suka duka pentas dunia


Dia pun dah pandai !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hujung minggu lepas, semasa jalan-jalan entah ke mana.  
Kelihatan seperti tiada arah yang dituju.
Ketika ayah berhentikan kereta di stesyen minyak... harga minyak 'naik' pun kena isi jugak
Abid berdiri di tingkap kereta sambil memerhati sekeliling.
Agaknya apa yang bermain difikirannya. 



Dah pandai berdiri sendiri sambil berpaut di tepi 'jendela' kereta
Indahnya pemandangan alam

Mood umi dah kedaung nun entah ke mana
Melayang-layan di langit tinggi
Kaki terasa tidak jejak di bumi
semakin semak rasanya dalam kepala
geliga dah malap
gelap gulita seisi alam
..... 


suka duka pentas dunia

Takut sibuk tidak bertempat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Membaca buku berbentuk ilmiah mendatangkan banyak faedah.  Gambar hiasan.


Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.
(Al-Hasan)



suka duka pentas dunia