Pageviews

24 September 2013

Siapalah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Bukanlah seseorang dikatakan mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.
(HR Tirmidzi)


Berani cakap tapi tak berani nak bersumpah... aye memang tiada idea langsung nak tulis apa berkenaan hadis di atas.

Sesiapa yang baca tu pandai-pandailah buat tafsiran sendiri yer.

Cuma satu kesimpulan yang dapat dibuat... sentiasalah bercakap yang baik-baik dan elakkan menyumpah orang lain... bimbang sumpahan itu akan terpalit kembali.

Sekian adanya.  Terima kasih.

23 September 2013

CPUV Kedua September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ford MCA Launch - CPUV kedua September 2013

Agak terlewat sangat aye keluarkan entri untuk hari ini.  Lewat lagi !!!

Maka dengan kesempatan yang ada... peluang jangan disia-siakan.  !!!

Untuk kali kedua pada bulan September 2013, Nuffnang telah bermurah hati untuk menyediakan tapak pengiklanan kepada Ford.  CPUV ini dikeluarkan pada 21 September 2013, hari Sabtu tetapi pada hari ini baru dipublishkan.... lewat lah sangat!!



Kepada sesiapa yang berminat dengan kereta Ford silalah klik iklan di atas... bila mana ianya timbul di blog ini. :D

Terima kasih kepada Nuffnang dan Ford Fiesta.

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa


Sekian.



22 September 2013

Jangan mudah tertipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bunga Tulip nan indah.  Gambar hiasan


Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan Anda atau tidak
(Hasan Al Bashri)



21 September 2013

Selalu hadir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

(QS. Al Ahzab: 70)

20 September 2013

Jiran Tetangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


No comment?

Jangan pula tak nak tinggalkan komen kat blog ni.  Yang sebenarnya aye sendiri tak berapa nak ada idea nak tulis apa mengenai semangat kejiranan.  

Yang penting sekali kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga.  Jangan sampai jiran terasa hati atau marah dengan sikap dan tindakan kita.  

So... luangkan masa untuk berkenalan dengan jiran tetangga 

:D


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Demi Allah, tidaklah seseorang beriman. Yaitu seseorang yang mana tetangganya tidak merasa aman dengan segala keburukannya.
(HR Bukhari)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian.
Rumahku Syurgaku


19 September 2013

CPUV Pertama September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Pertama sekali ribuan terima kasih kepada semua atas sokongan tidak berbelah bagi kepada blog ini.  Al sebab dengan sokongan kalian semua maka blog ini masih lagi aktif melakarkan kisah-kisah kehidupan dan rasa hati.

Kedua dan tidak kurang penting juga jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana menyumbang iklan CPUV yang pertama untuk bulan September 2013 iaitu Olay JAS Bundle.  Agak lama juga encik Nuffnang nak letak iklan CPUV untuk bulan September ini... dah masuk hari ke 18 baru ada... Terima kasih!



Ketiga bukanlah yang terakhir terima kasih kepada pengiklan terutamanya Olay Malaysia atas kepercayaan kepada blog yangbaik untuk meletakkan iklan produk kecantikan terbaru keluaran Olay.

Bertambah semangat lagi nak buat entry.

Sekian adanya.

Kepentingan hidup berjiran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar lima (5) biji batu ini adalah untuk hiasan


Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.
(HR Bukhari)



18 September 2013

Satu pagi di Taman Tasik UTP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Oleh kerana hari ini hari Rabu, maka aye YangBaik berhasrat untuk tidak berkata (menulis) banyak sebaliknya dipamerkan di sini gambar-gambar sekitar sesi riadah di Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas.

Biasan!



Jalan mana harus di pilih?



Langkah yang terhenti seharusnya dimulakan segera.



Indahnya suasana pagi



Imej misteri


Kanak-kanak dan taman permainan tidak dapat dipisahkan



Mengapa cepat sangat nak balik?  Saya nak main lagi laaaa



Bunga Raya bunga kebangsaan Malaysia bersama dua dara pingitan.


Sekian adanya celoteh ringkas.  Semoga gambar-gambar di atas mampu memberi makna kepada kehidupan.

Terima kasih.



Pilihan yang terbaik adalah berkata benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan bunga lalang ini adalah putik bunga pinang puteri.  
Gambar hiasan


Seharusnyalah kalian berkata benar, karena perkataan yang benar akan mengantarkan pelakunya kepada amal kebaikan. Dan sesungguhnya amal kebaikan akan mengantarkan pelakunya kepada surga.
(HR Muslim)



17 September 2013

Betul-betul tak perasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hari ini hari Selasa...

Gambar di atas dirakam pada senja... Isnin, 16 September.

Mesti tengok gambar di atas betul-betul dan perhatikan apa yang nak diceritakan... Ewahhhh... macam nak buat soalan kuiz pulak.

Inas Insyirah memang tak perasan ada pepatung kat bawah ketiaknya.  Kusyuk sangat tengok cerita kartun animasi.... dah tak ingat pula nama kartun tu.

Kalau aye ingat nanti aye update kat entry ni ehhh...

Bila dipanggil buat tak tau... merajuk sebab dalam kereta tadi tak dapat duduk dengan umi.

Elok saja dia beralih... tak tau lah... punya menjeritnya...kusss semangat

Bukan saja nak usik dia... cuma nak reaksi... nasib juga tak lama dia menjerit...

Jangan dibuat lagi lepas nie... nampak jer apa-apa serangga, cepat-cepat buang...

:D