Pageviews

14 Mei 2013

Mampukah kita bersangka baik kepada spammer ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Mampukah kita bersangka baik kepada spammer?
Mengapa kita mesti bersangka baik kepada spammer?
Bagaimana hendak bersangka baik kepada spammer?

Di atas adalah antara beberapa persoalan yang sering bermain di kotak fikiran blogger picisan cap ayam.  Spammer seringkali dikaitkan dengan virus yang merebak melalui laman web atau e-mail.  Virus itu pula mampu mendatangkan kemusnahan kepada sistem komputer atau sekarang ni termasuk juga laptop, notebook dan barangkali 'handphone' juga.

Perkataan spam pada asalnya bukanlah bahasa Melayu tetapi telah dimelayukan dengan membawa maksudnya sekali.

Kenapa pula tiba-tiba buat catatan berkaitan spammer?  Entahlah secara tiba-tiba terkeluar idea untuk membuat catatan mengenai spammer ini setelah ruang komen pada blog diserang oleh spammer.  Pembaca blog ini tidak akan melihatnya kerana tetapan bagi komen telah disederhanakan.  Bermaksud hanya setelah pemilik blog ini melepaskan barulah komen itu keluar sebaliknya jika dipadam atau dibakulsampahkan... sudah tentu ia tidak kelihatan.

Sesekali ayat spammer ini sungguh menarik dan membuatkan aye rasa teruja dan perasan sendiri.  Maklumlah ayat-ayat yang dikeluarkan pertama kali memuji catatan kita kononnya hebat dan bagus sangat.  Sampaikan entry merapu pun dikatakan hebat, pujiannya setinggi langit.  Macam lah kita tak kenal blog kita...

Aye tak tahulah dengan penyiaran catatan ini dan gambar di atas itu kelak boleh mendatangkan kemarahan kepada spammer atau mendatangkan kesan yang buruk kepada blog ini.  Mudah-mudahan tidaklah.  Blog picisan cap ayam inilah satu-satunya tempat luahan seribu rasa yang terpendam, tempah coretan peribadi dan keluarga.  Kalau diserang ... habislah.

Wahai spammer... jadilah manusia berhemah dan berbudi luhur tak perlu diganggu gugat blog orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian adanya.  Selamat berbloging.

Majulah blog untuk negara!

Port Dickson Aku Datang (Siri 1)

As salam
Port Dickson bukanlah satu nama yang asing bagi kita rakyat Malaysia, walaupun mungkin sebahagian darinya tidak pernah menjejakkan kaki ke situ paling tidak pernah mendengar namanya yang gah dengan kawasan pelancongan dan peranginan di Negeri Sembilan Darul Khusus. 



Bagi aye pula suatu masa dulu pernah ke situ untuk menghadiri program ISO anjuran Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam. Peristiwa itu sudah terlalu lama dan hampir 10 tahun atau lebih. Dan kini memori itu menggamit semula dengan program yang lain pula iaitu program Team Building.



Seperti yang diceritakan pada catatan terdahulu di sini, sebelum ke Port Dickson bermacam-macam andaian dan telahan dibuat termasuk juga 'hasutan' dan usikan negatif yang seperti tidak memberi sokongan untuk pergi. Tetapi itu semua adalah mainan emosi negatif mereka yang tidak ingin melihat kesenangan atau usaha orang lain berjaya.

 
Jadual Program Team Building 

Tidak mudah sebenarnya untuk menjadikan sesuatu program itu berjaya. Bermula dengan pemilihan tarikh, lokasi, bajet, permohonan kelulusan, kehadiran termasuk juga pemilihan penganjur atau konsultan. 
Tetapi masih ada manusia yang tidak menghargai usaha orang lain sebaliknya memberi komen negatif walaupun tidak setitik peluhnya diminta untuk memulakan proses permohonan program itu dibuat. 


Buta saja ... tak pasal-pasal bagi ceramah percuma pula kat sini... kan. Baiklah kita cari positif di sebalik setiap kutukannya. Semoga dia dikurniakan kesedaran.


Belum habis cerita permohonan program disambung pula dengan persiapan peserta untuk menghadiri program. Seperti biasa rakan taulan banyak membantu memberi pandangan dan pendapat mengenai keperluan program seperti menyediakan senarai semak pakaian dan keperluan peribadi, jajan sepanjang program sehingga pemilihan 'room-mate'. Perbincangan seperti ini memang bagus untuk memupuk semangat setiakawan di alam dunia pekerjaan.


Kita sebenarnya dan sungguh tidak mampu hidup bersendirian dalam dunia kita sendiri walaupun kita itu seperti kera sumbang. Dalam kesibukan tugas yang tidak berhenti bantuan rakan-rakan dalam perkara ini amat membantu, paling tidak kita dapat juga tempias dan maklumat tambahan. 

Dalam bas sebelum bertolak.  Mencari sudut
yang sesuai dan selesa.

Bila tiba hari kejadian, suatu saat yang dinantikan iaitu pada 10 Mei 2013, hari Jumaat. Antara hari-hari yang mendebarkan yang terpaksa dilalui dengan ceria dan gembira.


Memang tidak disangka dan rasa seperti tidak percaya pula dalam usia sebegini masih ada peluang keluar bersama rakan-rakan setugas yang sebilangan besar masih muda belia. ... Tiba-tiba terasa adakah aku sudah terlalu tua... oh tidak!!!!!


Sebelum berangkat seperti biasalah amanat kepada anak-anak mesti ditinggalkan agar mereka sentiasa ingat mereka sentiasa dalam ingatan umi walaupun jauh di mata. 


Nasihat kepada anak-anak juga penting agar mereka tidak rasa dengan sengaja ditinggalkan sebaliknya ditinggalkan kerana tugas.


Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke Port Dickson atau lebih tepat Nube Training Centre, Teluk Kemang, banyak kenangan dan pemandangan indah.


Singgah sebentar di RnR Tapah, untuk mengalas perut di waktu pagi yang sudah mulai kosong atau mungkin juga sebahagiannya masih lagi kosong.

 
Tempat perhentian rehat pertama, R n R Tapah 

 
Di antara tarikan utama terutama kepada kanak-kanak, 
selain daripada Jambu batu tanpa biji dan jambu air merah
serta lemang, serunding dan banyak lagi 


 
antara sahabat terbaik yang sentiasa bersama menemani 



Banyak juga kenangan yang indah-indah namun tidak semua dapat digambarkan di sini kerana kesuntukan masa termasuk juga ruang yang terhad. 



Mungkin juga kenangan-kenangan itu akan diabadikan pada siri-siri yang akan datang, kerana masih banyak lagi ruang kosong yang masih belum diisi.



Masih banyak cerita yang hendak dikongsikan sepanjang program team building di Teluk Kemang, Port Dickson.



Sehingga itu...Port Dickson sekali lagi aku datang!



Pada usia 7 bulan

As salam,


aksi akrobatik yang skema

Bulan lepas, pada tarikh 15 April 2013 genap sudah umur Muhammad Abid 6 bulan 1 hari.  Di usia 6 bulan Abid sudah berikan banyak perkembangan menarik dan sudah pandai buat ragam.  Gambar di atas adalah salah satu daripada aksi Abid di usia antara 4 - 5 bulan.

Muhammad Abid dan Kakaknya Irdina Huda

Dan hari ini 14 Mei 2013, genap 7 bulan usia Muhammad Abid, sudah kurang aktiviti akrobatik dilakukan... lega!!! Sebaliknya lebih kepada merengek dan tidak mahu dilepaskan.  Letak sekejap dah berbunyi... nak buat kerja apa semua kena gendong (bawa) dia.

Banyak sebenarnya nak cerita mengenai aktiviti Abid, tetapi tertangguh buat sementara waktu.  Nanti bila-bila lapang umi buat cerita baru.




13 Mei 2013

Ada apa dalam hati?

As salam,




Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)



Oleh itu,
 

09 Mei 2013

Gelaran yang tercemar | Kerana Dia Al-Amin???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Gelaran yang tercemar.  Itulah tajuk entri pada kali ini.  Mengapa diberi tajuk sedemikian.  Sebab ia ada kaitan dengan isi cerita pada kali ini dan juga ada kaitan dengan drama di TV9 malam tadi 'Dia Al-Amin'.

Kita sebagai blogger mungkin akan dianggap oleh sesetengah pihak sekadar hendak mencari publisiti atau suka merapu dan mereka cerita.  Kerana dari sekecil-kecil benda hingga ke isu yang terbesar sekalipun kita boleh buat cerita.  Ya!  ini baru intro belum masuk kepada jalan cerita dan mengapa 'Gelaran yang tercemar' terhasil.

Sebagai orang beragama Islam, sudah tentu kita mengenali siapa itu 'Al-Amin'.  Satu gelaran terpuji yang diberikan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.  Bukan calang-calang nama kerana nama itu ada kaitan dengan sifat dan peribadi Rasulullah yang jujur dan amanah.  Tetapi malam tadi, melalui drama di TV9 gelaran itu telah tercalar dan tercemar.  Bagaimana pada awalnya watak 'Al Amin' digambarkan dengan sikap dan perilaku kasar dan ganas.  Sungguh jauh sekali dengan peribadi Rasulullah seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran.  Mengapa???

Bukan salah aye sebagai ibu tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk melihat drama tersebut sehingga habis.  Ini adalah kerana baru saja bermula dan penuh dengan keganasan dan tidak sesuai ditonton oleh anak-anak yang baru berusia 3, 6 dan 7 tahun.  Mudah-mudahan mereka tidak terpengaruh atau meniru aksi yang dipaparkan.  Tidak lama menonton terus tutup tv.  Seperti biasalah drama ini akan bermula dengan keganasan dan akhirnya... akhir sekali dah nak mati atau dah nak habis drama baru watak tadi jadi baik atau paling tidak menyesal kerana tidak sempat berbuat baik... drama pun dah habis. Kan???

Musykil juga mengapa setiap drama mesti ada watak ganas dan keras??? Sedangkan watak baik dan sopan seringkali di kesampingkan atau disisih.  Yang lebih diutamakan adalah watak jahat.  OHHH... sudah mereka akan menjawab kalau tiada watak jahat mana nak ada watak baik.  Jadi adakah sewajibnya hidup kita ini dikelilingi oleh watak-watak jahat?  Tidak bolehkah terus dengan watak baik.

Wahai.... berhentilah promosi watak jahat.  Bukan sedikit watak baik dalam dunia ni.  Berhentilah memburukkan nama-nama baik Rasulullah.  Memang dalam dunia realiti perkara itu mungkin terjadi, tetapi tidakkah kita berkewajipan menonjolkan kebaikan disebalik kejahatan.  Lebihkahlah promosi watak baik.  Sudah-sudahlah tonjolkan watak jahat dan ganas, kerana watak itu adalah watak sampingan bukan watak utama.

Semoga belum terlambat kepada kita semua untuk terus promosikan watak-watak baik.

Semoga yang terbaik untuk semua orang.

Saya pilih kebahagiaan.

07 Mei 2013

Jemputan ke Program Team Building

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sumber
Biasakan dengar atau baca perihal Team Building atau Pembangunan Kumpulan.  Ia merupakan sebahagian daripada program atau aspek penting untuk pembangunan insan dalam sesebuah organisasi.

Nak dipanjangkan cerita lagi, pada hujung minggu lepas aye dapat email jemputan ke Program Team Building.

Sudah agak lama sebenarnya aye tidak mengikuti program Team Building, semenjak bertugas di tempat sekarang.  Kalau tidak silap hitung lebih kurang 5 tahun.  Epppp... jangan silap untuk program Team Building saja tidak termasuk kursus atau program lain.  Lagipun program Team Building ni tak berapa elok sangat ikut selalu nanti cuak pulak.

Program ini bakal di adakan pada 10 - 12 Mei 2013 di Nube Training Centre dan antara objektif program adalah untuk Memupuk semangat kerjasama  dan kesepakatan di kalangan staf, Membangunkan kecemerlangan diri dan kemantapan kerjaya dan Membentuk sikap positif dan menanamkan keyakinan diri.

gambar hiasan

Sesekali elok juga hadir program macam ni, secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwwah sesama staf dalam satu jabatan.  

Paling bagus sekali dapat mengenali lebih dekat kekuatan yang ada pada setiap rakan sekerja.  

Secara tidak langsung dapat meningatkan prestasi kerja dan semangat juang yang tinggi untuk kecemerlangan kerjaya.



Kalau diikutkan hati tak nak pergi sebab terpaksa tinggalkan permata hati hampir 3 hari.  Tetapi atas dorongan dan pandangan rakan setugas terutama encik suami... maka diringankan juga hati untuk hadir ke program ini.

Lepas ni nak fikir pulak persiapan dan keperluan untuk program berkenaan.  Persiapan fizikal dan mental serta spiritual.

Lain kali lah kongsi persiapan tu ... ini kali baru cerita mengenai jemputan.

Ohhh... semangat !!!!


Bosan atau dah jemu

As salam




Macam-macam gambaran perasaan manusia kan?  Bila dah bosan tak tau nak buat apa mula lah merapu.  Dok bersembang kutuk-kutuk orang bukan nak insafkan diri sendiri.  Dok sebok sangat dengan hal orang.  Sekali orang tegor mula nak merajuk... kononnya tak nak bertegur sapa.  Tension betul hidup dalam dunia macam ni.  Tak boleh nak bertolak ansur sikit.  Semuanya nak cari salah orang.

Tiba-tiba pula terus muhasabah diri... semoga dipermudahkan segala urusan dan maafkan saja mereka yang pernah buat silap dengan kita.  Bukannya kita tak pernah buat silap dengan orang.  Dengan diri sendiri pun pernah juga buat silap kan.  So... maafkanlah diri sendiri.  Sayangi diri anda

Amacam... ada bran?

Koleksi Mutiara Kata

As salam


gambar hiasan

Sungguh, saya meneteskan setetes air mata karena takut kepada Allah, lebih saya cintai daripada bersedekah 1000 dinar
(Abdullah ibn 'Amr)



gambar hiasan - koleksi peribadi

Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.
(HR Muttafaq Alaihi)

06 Mei 2013

Koleksi Kad Ucapan Elektronik | Hari Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum dan selamat hari ulang tahun kelahiran,


Hari ini, Isnin 6 Mei 2013 bersamaan 25 jamadil Akhir 1434 merupakan hari ulang tahun kelahiran aye yang ke-....

Biarpun umur itu menjadi rahsia tetapi yang pasti tarikh ini merupakan tarikh rasmi meningkatnya usia pada setiap tahun.

Agak terlewat sedikit mengeluarkan ucapan ini dan juga catatan ini.  Tetapi masih belum terlewat untuk terus menerima ucapan dari rakan-rakan terutama dari rakan FB yang terus menerus memberi ucapan.

Berikut adalah koleksi kad ucapan elektronik, antara yang terawal diterima pada awal pagi ini.

terima kasih Dato' atas ingatan

terima kasih Prof di atas ingatan dan petikan ungkapan
yang sungguh bermakna

Sekian sahaja buat kali ini.  Semoga dengan bertambahnya usia akan lebih mematangkan fikiran.  Semoga dikurniakan keberkatan dalam rezeki dan umur.