Pageviews

14 Januari 2013

Tak selesa

As salam,


Memang rasa sungguh tak selesa bila tiba-tiba jer muncul gambar-gambar yang tak sedap mata memandang.

Sedangkan kita nak berinteraksi dengan anak-anak.

Huuu.... memang tak selesa dan tak suka nak bersoal jawab dengan anak-anak.

Kalau anak-anak tanya sekarang masa ternampak ** tuttt *** tak per lah boleh jawab sekarang.

Tapi nampaknya masing-masing diam... ker depa tak perasan...


kapsyen antaramuka Facebook hari ini 13012013. 


Gambar yang dimaksudkan adalah dalam kotak merah yang telah dikelabukan...

Memanglah nak buat macam mana facebook ni pun bukan orang kita yang buat... jadi iklan-iklan pun ikut kehendak dia jer nak letak.

Kalau lah boleh atau ada gadjet untuk halang dari keluarnya gambar-gambar yang tak senonoh kat facebook kan bagus.

Tidaklah rasa terganggu sangat.

Walau apa pun hidup mesti diteruskan.

Teruskan perjalanan hidupmu di jalan yang lurus, jalan kebenaran.

'suka duka pentas dunia'


.

13 Januari 2013

Perancangan tak terlaksana

As salam,


Gelombang Hitam Merah Kuning  (hiasan)

Kita mampu merancang tapi takdir menentukan
Tidak perlu dikesalkan andainya tak terlaksana

Itulah antara bait-bait yang sering kita dengar atau baca bila perancangan tidak mampu terlaksana dengan sempurna.

Memang menyakitkan bila gagal melaksanakan perancangan berkenaan.  Setelah penat memikirkan kaedah melaksanakannya.

Sungguh kecewa... terasa sungguh kecewa kerana gagal membawa penjimatan.

Setelah difikirkan seketika dengan waras kegagalan terlaksananya perancangan adalah kerana pertama lewat bertindak.  Ini adalah kerana terlalu asyik memikirkan perancangan dan bagaimana nak melaksanakannya.  Kedua rancangan itu tidak dimaklumkan kepada individu yang dijangkan terlibat sama dalam melaksanakan perancangan tersebut.

Hanya dua sahaja sebab yang gagal dilaksnakan menyebabkan kegagalan kepada sesuatu perancangan.

Kalian ada sebab-sebab lain?  Silakan kongsi di sini...


Tak kuasa membalasnya

As salam,



panahan gelombang sunomu? 



Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.
(Umar Al Khatab)
 
Kesimpulan: 
Siapalah kita nak buat onar atau aniaya pada orang lain.
Balas dendam pun tak guna, kita fikir dah setimpal dengan apa yang kena kat kita dan padan muka dia tetapi sebenarnya tak setimpalpun. 
Dendam kita sebenarnya tak sama dengan apa yang sepatutnya kerana apa yang terjadi kepada kita adalah ujian kepada diri kita dan kepada orang yang ganggu kita... Ujian kesabaran dan kekuatan peribadi serta kekuatan iman.

12 Januari 2013

Doa Penenang Jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa Penenang Jiwa


Seringkali kehidupan dan perjalanan hidup seharian terganggu bilamana jiwa tidak tenang. Seringkali juga tidak diketahui punca sebenar mengapa jiwa tidak tenang.  Mungkin juga dalam tidak sedar kita telah melakukan kezaliman kepada orang lain atau makhluk Allah yang lain.  Semoga kita terhindar dari semua kezaliman dan tipu helah.


Doa Penenang Jiwa
Doa Penenang Jiwa


Ya Allah, sesungguhnya aku orang yang tidak berupaya maka tolonglah aku dan teguhkan hatiku yang hancur, dan kumpulkan ikatanku yang berselerak.  Sesungguhnya Engkau Tuhan yang menyempurnakan sesuatu dan aku adalah hamba yang sangat berhajat dan sempurnakanlah semuanya dan cukuplah dengan Allah menjadi pelindung.  Dan memadai dengan Allah menjadi penolongku.  Sesungguhnya menyekutukan Allah itu adalah satu kezaliman yang besar, dan Allah tidak mengkehendaki seseorang melakukan kezaliman. Tersekatlah apa jua tipu helah orang-orang zalim, dan segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam

Doa di atas dipetik dari nota seminar bertajuk "Wanita Yang Disayangi , Disegani dan Dirahmati". Diterbitkan semula untuk dikongsikan bersama semua, semoga bermanfaat. 

'Rumahku Syurgaku'

Jom basuh kasut sekolah

As salam,


kasut sekolah Alif jenama ASADI

Anak-anak zaman sekarang sudah pandai berdikari.  Jika tidak pandai harus segera beri panduan dan tunjuk ajar agar hidup tidak menyusahkan orang.

Basuh kasut sekolah bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadikan ia susah adalah bila ianya tidak diajar dan disuruh dengan baik.  Anak-anak sebenarnya memang suka membantu terutama bila tidak disuruh seperti basuh kereta atau siram pokok bunga.

Basuh kasut sekolah haruslah dimulakan dari awal.  Ajak dan ajar anak basuh kasut sekolah sendiri jangan suka mengharapkan orang lain.  Bukan susah pun basuh kasut sekolah.  Yang penting jangan main kotor, jika kasut kotor sangat memang susah sikit sebab kena berus lebih banyak... jangan guna sabun yang banyak pula nanti kasut tak cantik.

Balik sekolah hari pertama dan hingga kini masih lagi mampu tersenyum.  Syabas anakku!

Hari ini, kali pertama Alif basuh kasut sekolah... wah dah pandai dah anak umi... cantik lah!

Teruskan usaha dan rajin-rajin selalu buat kerja rumah.

'Rumahku Syurgaku'


Bahagianya hidup

As salam,




Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhkoda untuk bahtera hidupnya.  (Ali)

11 Januari 2013

Di mana letaknya keadilan

As salam,



Tebaran Pelangi Senja!



Keadilan itu syurga bagi yang terzhalimi dan neraka bagi yang menzhalimi.
(Umar Al-Khatab)

10 perkara berkaitan semangat di tempat kerja.

As salam,




siku kelawar?? 

1.  Mulakan tugas dengan mood atau semangat yang baik dan ceria.

2.  Tugas akan jadi tidak menyeronokkan andainya ada masalah seperti masalah rumahtangga, masalah keluarga atau masalah peribadi.

3.  Jangan jadikan masalah sendiri membelenggu semangat orang lain.

4.  Kerana masalah boleh mengganggu perancangan tugas dan banyak urusan akan tergendala.

5.  Orang akan kata tiada tindakan yang diambil kerana mereka tidak nampak tindakan yang telah diambil.  Lagipun buat apa heboh sekampung macam ayam bertelur sebiji.  Diam-diam sudahlah.

6.  Orang tidak tahu ada tindakan yang telah diambil kerana masalah yang sama berulang dan terus berulang seolah tiada kesudahan.

7.  Letakkan diri anda ke tempat orang lain, tempat orang yang bermasalah atau tempat orang yang tiada masalah atau tempat orang yang menegur anda.  Bagaimana rasanya terpaksa selalu memberi teguran.

8.  Kita dah cukup dewasa untuk selalu diberi teguran atas perkara yang remeh temeh dan sama sering berulang. 

9.  Bukan tidak boleh ditegur tetapi seharusnya teguran itu bukanlah kerana peribadi kita yang tidak disenangi atau tingkahlaku kita yang menjengkelkan banyak pihak.

10.  Kesimpulan, jadilah diri kita yang sebenar dan ikutlah contoh teladan yang baik semoga dapat mengubah presepsi buruk orang lain terhadap kita.


10 Januari 2013

Tunggu sekejap

As salam,



Sibuk susun mainan la pulak 
Tunggu sekejap!
Ramainya yang singgah bagi komen dari segmen INI.
Tak sempat nak singgah semula
Nanti lapang aye singgah
Terima kasih sudi singgah dah tinggalkan komen

Tunggu sekejap!
Bukan tak sudi singgah dan follow
Tetapi belum sempat lagi nak update
Buat entry pun asyik auto publish yang entah bila punya

Yang penting pengurusan masa
Asal tidak salah guna kuasa sudah...

Tunggu sekejap
Nak sarapan
eh... bukan sarapan tetapi brunch
apa itu brunch
Brunch ialah singkatan bagi breakfast dan lunch

Tunggu sekejap!!



.

Gunalah Akal Bila Bercakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gunalah Akal Bila Bercakap



Bulat tidak bermakna kosong! 

Bagaimana sesuatu kejadian itu bermula
Sudah tentu ada pemulanya
Kejadian yang bagaimana kita suka
Sudah tentu yang baik-baik dan elok-elok belaka
Kita tidak suka perkara yang tidak elok

Kita sering juga berhadapan dengan orang yang pandai bercakap
Percakapan mereka bernas dan ada isi serta boleh dipakai
Ada sebahagiannya suka bercakap banyak
Tetapi isinya kosong
bermakna cakap kosong
bermakna cakap yang sia-sia untuk menghabiskan masa lapang
atau sekadar bergosip

Ada orang bila bercakap seperti tidak guna akal
cakap jer yang panjang lebar
tanpa fikirkan kesan dan akibat
serta perasaan orang

Jadinya kan lebih baik diam jer daripada bercakap perkara yang sia-sia ...


Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. (Ali)

^-^