Pageviews

14 Disember 2012

Mudahnya menipu

As salam,


Adakah ini logo baru untuk petrol RON tanpa 95 atau 97?

Ya betul bukan.  Memang bukan dan ia adalah gambar lukisan Muhammad Alif mengenai minyak RON dan lukisan ini dah lam tersimpan dalam laptop Toshiba SatelliteL200 kemudiaanya dipindahkan ke thumbdrive.      Akhirnya dimuat turun ke blog ummi untuk tajuk ini Mudahnya Menipu.  Tetapi sebenarnya gambar ini tiada kaitan langsung dengan jalan cerita ini.

Memang mudah nak menipu dan jangan pula asyik menjadi Tipah yang mudah sangat ditipu.


Ini gambar bagi cerita ini.  Klik pada gambar untuk lebih jelas apa yang tertera dan bacalah untuk pedoman dan panduan atau biarkan saja.

Memang mudah untuk menipu.  Aye memang tak pandai dalam membuat penilaian mengenai spam atau seangkatan dengannya.  Tetapi sedikit sebanyak kita tahu kebolehan kita dan keupayaan kita.  Bila dah dipuji melangit takkan cepat sangat melatah kot... oh! tidak... bukan begitu caranya.  Komen di atas aye belum padam tetapi masukkan ke dalam kotak SPAM.  Apa itu?  Kira macam tong sampah ler..

Jika benarpun dia berniat baik kenapa dirahsiakan namanya dan tidak dimaklumkan dengan cara yang betul. Musykil kan?

Okey... semoga jadi panduan buat semua.  Jangan Mudah Tertipu.

-

Benteng pertahanan

As salam,





Dalam kehidupan kita seharian, sesekali bahkan acapkali juga kita berjumpa atau terjumpa dengan halangan dan gangguan.  Kita mampu mengatasi halangan yang mudah dengan kekuatan semangat yang ada.  Tidak kurang juga halangan yang besar mampu kita atasi dengan bantuan rakan-rakan sekeliling kita.

Dalam mengatasi rintangan dan halangan yang datangnya dari manusia kita mampu melihat dan mengatasinya dengan mudah (Insya Allah).  Namun mampukah kita mengatasi rintangan luar yang kita tidak nampak puncanya...


Shaum (puasa) adalah benteng pertahanan para ahli ibadah (dari serangan syetan)
(Badil al-'Uqaili)
 
 
Ringkas saja untuk hari ini.  Semoga bermanfaat.
 
.

13 Disember 2012

Blogger Jutawan Satu Impian atau Realiti

As salam,

"Impian Seorang Blogger"

Bermula dari tidak tahu apa-apa mengenai blog.  Seketika buat-buat tidak tahu hanya setelah tersebar kononnya boleh buat duit dengan blog barulah terkial-kial nak buat blog.  Dari situ mula Simpan Impian untuk menjadi Blogger Jutawan walaupun sehingga kini masih lagi terkial-kial kemaskini blog.

Susunan blog pun tidak berapa mesra SEO.  SEO pulak?  Entah belum khatam lagi bab-bab mencari atau mendapatkan SEO yang mesra.  Sebaliknya masih lagi merangkak atau boleh juga dikatakan merayap.

Kekuatan semangat dan kesungguhan pastinya menjadi kunci kepada sesuatu kejayaan diiringi juga sudah pastinya dengan sokongan keluarga.  Bagi aye sendiri dalam masa terdekat ini memanglah tiada saudara mara atau rakan terdekat yang menjadi blogger tegar atau bakal menjadi Blogger Jutawan.  Mungkin juga ada tetapi tidak diwar-warkan... :)

Hanya yang pasti dalam dunia blog dan persahabatan di alam maya, tanpa kita sedari sebenarnya kita dikelilingi oleh Rakan Blogger  yang bakal menjadi Blogger Jutawan.  Memang benar ada di antara mereka yang langsung tidak pernah aye jumpa hanya kenal di alam blog sahaja.

Dalam tak disangka-sangka rupa-rupanya ada pakatan antara blogger INI dengan blogger INI  dalam mengeluarkan tajuk Blogger Jutawan.  Dan tanpa disangka-sangka tajuk ini juga secara kebetulan berkaitan pula dengan tajuk INI.  Memang secara kebetulan blog picisan ini pula tersangkut....ala-ala blogger jutawan pula (perasan sekejap).

... entah apa-apa ajelah...