Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan

13 Ogos 2016

Segmen Saya Nak Komen Blog YangBaik

Segmen Saya Nak Komen Blog YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Saya Nak Komen Blog YangBaik.  Ok.. Jom mulakan segmen pertama di blog YangBaik. YB nak kongsikan tips bagaimana rakan blogger boleh meninggalkan komen di blog YangBaik serta dapat komen yang banyak dari rakan blogger yang lain.  Apa yang rakan-rakan perlu buat adalah blogwalking ke setiap blog yang join segmen ini, baca entri di blog peserta dan ulas atau komen dan yang paling penting korang kenalah komen di blog YangBaik juga.  Ulasan atau komen yang menarik akan membuatkan pemilik blog berkenaan melawat semula ke blog anda.  Itulah antara cara untuk dapatkan pembaca baru untuk blog kita.  

Boleh ke boleh?  Ayat jenis apa ni sebenarnya YB pun tidak tahu tetapi sudah menjadi gaya penulisan masa kini.




Okey... kembali kepada segmen ini.  Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.  Kalau tak ikut jangan marah tau bila tidak dimasukkan dalam senarai.  


1.  Letakkan header blog YangBaik di permulaan entri.  Tujuannya supaya semua orang kenal ini adalah segmen dari blog YangBaik dan bukan segmen blogger lain walaupun ada antara ayatnya disalin dari blog tuttttt.  Jangan sampai ada yang keliru pula.  YB tahu header ni simple sangat tetapi... mudahkan untuk diingat ... ke macam mana.  Terpulang, janji syarat pertama mesti letak header.

YangBaik |  Malaysia Best Blog :)


2. Tajuk entri Segmen Saya Nak Komen Blog YangBaik dan linkkan ke entri ini ...

3.  Di dalam entri berkenaan terangkan secara ringkas mengapa anda join segmen ini dan apakah kebaikan join segmen ini... sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

4.  Ceritakan juga serba sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini.

Itu saja!  Senang kan?  Kalau kekeringan idea nak update blog boleh la layan segmen ni!  Ok ?

Tarikh tutup ? 14/8/2016.  jam 6 petang ! 

Lebih dari masa yang diberikan ini YB tak dapat nak up link tu yer.. Sebabnya... masa tu.. YB nak rehat dan uruskan anak-anak pula.  hehehe ..


Senarai blog yang join akan diupdate di sini :

1.  Siapa yang pertama???



Semoga segmen ini mendapat sambutan dan idea kepada rakan blogger yang kekeringan idea.



Terima kasih kerana join Segmen Saya Nak Komen Blog YangBaik.


14 Disember 2012

Mudahnya menipu

As salam,


Adakah ini logo baru untuk petrol RON tanpa 95 atau 97?

Ya betul bukan.  Memang bukan dan ia adalah gambar lukisan Muhammad Alif mengenai minyak RON dan lukisan ini dah lam tersimpan dalam laptop Toshiba SatelliteL200 kemudiaanya dipindahkan ke thumbdrive.      Akhirnya dimuat turun ke blog ummi untuk tajuk ini Mudahnya Menipu.  Tetapi sebenarnya gambar ini tiada kaitan langsung dengan jalan cerita ini.

Memang mudah nak menipu dan jangan pula asyik menjadi Tipah yang mudah sangat ditipu.


Ini gambar bagi cerita ini.  Klik pada gambar untuk lebih jelas apa yang tertera dan bacalah untuk pedoman dan panduan atau biarkan saja.

Memang mudah untuk menipu.  Aye memang tak pandai dalam membuat penilaian mengenai spam atau seangkatan dengannya.  Tetapi sedikit sebanyak kita tahu kebolehan kita dan keupayaan kita.  Bila dah dipuji melangit takkan cepat sangat melatah kot... oh! tidak... bukan begitu caranya.  Komen di atas aye belum padam tetapi masukkan ke dalam kotak SPAM.  Apa itu?  Kira macam tong sampah ler..

Jika benarpun dia berniat baik kenapa dirahsiakan namanya dan tidak dimaklumkan dengan cara yang betul. Musykil kan?

Okey... semoga jadi panduan buat semua.  Jangan Mudah Tertipu.

-

Carian