Pageviews

13 Disember 2012

Year End Giveaway By Cik Bunny

As salam,

Year End Giveaway By Cik Bunny

Secara tiba-tiba terpanggil pulak untuk meriahkan Year End Giveaway By Cik Bunny.  Dan... secara tiba-tiba jugalah terasa macam muda remaja belia pula.  Manakan tidak dah jadi mak budak pun dok sibuk nak join Giveaway.

Aye sertai giveaway ni atas jemputan Cik Bunny.  Terima kasih atas jemputan (sayang awak ketat-ketat - entah bahasa apa la pulak nih) Lama jugaklah dok fikir nak join ke tidak... untuk tidak mengecewakan Cik Bunny, dalam kesempatan yang masih bersisa ini aye join juga.  Bukan apa untuk memeriahkan YEG (Year End Giveaway) bukan YES (Year End Sale).  YEG tak perlukan duit cuma masa jer YES ni kalau tersilap langkah... habis simpanan untuk belanja sekolah anak-anak.

Hadiah untuk pemenang juga tidak kurang hebatnya.  Lihatlah...

Masih ada masa lagi, sila klik SINI untuk sertai.

Selamat!

Naiknya harga makanan

As salam,


Bukan gambar ini yang menyebabkan naiknya harga makanan sebaliknya ada sebab-sebab lain.

Antara penyebab kenaikan harga makanan adalah kerana kenaikan harga minyak, kenaikan bahan mentah, kenaikan kos sara hidup dan semuanya ada kaitan antara satu sama lain.

Walaupun bukan kehendak kita (pembeli/pengguna) tetapi semuanya adalah kerana kehendak peniaga.


Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim.
(Yazid bin Maisaroh)

12 Disember 2012

12122012 | Tamat tempoh cuti

As salam,



12.12.12 bersamaan 28 Muharam 1434.

Hari ini genap sudah 60 hari bermakna Muhammad Abid pada hari ini berusia 2 bulan dan tamat sudah tempoh cuti.

Syukur alhamdulillah permohonan sambung cuti 2 hari telah dibenarkan.  Walaupun 2 hari ia sungguh bermakna sekali memandangkan kesihatan Abid yang tidak berapa stabil.

Mungkin juga saja nak bermanja... dari semalam lagi nak memerap ajer... malam tidur sekejap, siang tidurnya dulu lama sekarang ni... dah tak berapa lama, sekejap jaga... hmmm takut kena tinggal barangkali... atau berubah angin.

Semangat nak bekerja sebenarnya berbelah bagi.  Itu semua harus dilalui untuk meneruskan perjalanan hidup.  Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

Sesudah tamat tempoh cuti ... harus segera kembali bertugas seperti biasa...

'suka duka pentas dunai