Pageviews

16 April 2012

Indahnya kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rasanya masih belum sempat lagi blog ini bersawang cuma baru berhabuk jer.. hikhikhik

Kehidupan ini memang indah.. mengapa indah?  Kerana setiap kehidupan ini adalah ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.

apa juga ujian yang tiba adalah berbaloi dengan keadaan hidup kita dan kemampuan kita

hari ini, ketika keadaan kesihatan yang tidak berapa baik dalam sedar atau tidak keadaan sekeliling kita aman dan tiada desakan yang sangat berat

dalam keadaan ini... atau dalam mana-mana keadaan sekalipun sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diterima.

Sekian adanya


12 April 2012

Pengalaman blogger ketika hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman.  Bercerita mengenai pengalaman memang suatu yang agak klise kerana setiap orang mempunyai pengalaman hamil yang berbeza.  Termasuk juga blogger.

Bukan niat nak kata semua blogger bila hamil akan jadi malas update blog tetapi ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan alahan atau pembawa budak.  Bukan sekadar alasan tetapi harus diakui.  Walaupun tidak semua blogger itu malas update blog dan tak kurang juga yang rajin sangat update blog.

Sesaja nak berkongsi pengalaman yangbaik ketika hamil dan ketika berhadapan dengan blog yang bersawang.  Blog ini pada awalnya ditubuhkan ketika hamil anak pertama di trisemester terakhir.  Ketika itu tidaklah aktif sangat sampai 2 hingga 3 bulan tak buat apa-apa.  Sehinggalah lepas bersalin baru saja nak berjinak-jinak semula dengan blog dah hamil anak ke-2.  Perasaan malasnya nak hadap blog tak tau nak katalah...sampai blog bersawang lagi... sehinggalah habis pantang anak kedua... baru bergiat aktif semula dengan blog.  Ketika dalam keadaan biasa, update blog akan jadi seperti satu kemestian dan kegilaan sehinggakan dirasa hari itu tidak lengkap jika tidak update blog.  Dan setelah 4 tahun berlalu... hamil pula anak ke-3, perasaan malas dan muak itu datang kembali... bukan sahaja malas malahan nak buka blog pun tak de minat. Yang seronoknya semasa dalam pantang masih sempat pula update blog...

Kini... perasaan malas, muak dan mual itu datang semula ketika hamil anak ke-4.  Memang menghairankan kerana rata-rata blogger yang rajin update blog ketika hamil.  Tetapi yangbaik tak berapa nak boleh.  Maklumlah siang kerja... memang tak sempat nak update blog.  Malam pula asyik tidur awal, kalau tidak pagi esok kesiangan lah jawabnya.... memang tak boleh layan blog.  Ketika hari cuti pula, siangnya dok asyik cari idea nak sedapkan mulut yang dok asyik meloya jer...tengok netbook pun tak selera.  Kini, setelah beberapa hari digagahkan juga semangat nak membebel kat sini.

Sekianlah dulu... cari idea lain pula.

07 April 2012

SEMINAR PERANCANGAN CUKAI & e-FILING 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tahukah anda?


Bil.
Jenis Perbelanjaan/Bayaran Layak Potongan Cukai Individu
1
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
2
Peralatan Sokongan Asas untuk Orang Kurang Upaya seperti kerusi roda dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Ibubapa/Anak-anak)
3
Yuran Pendidikan (Sendiri) dari peringkat diploma sehingga selanjutnya.
4
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati seperti kanser, leukemia dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
5
Pemeriksaan perubatan penuh (Full medical check-up) (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
6
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
7
Pembelian komputer peribadi 
8
Tabungan bersih dalam skim SSPN
9
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan seperti bola, raket dsbgnya.
10
Yuran langganan Jalur Lebar (Broadband)
11
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

*Untuk pembayaran bersama, potongan cukai boleh dituntut oleh setiap pembayar bergantung kepada jumlah faedah yang telah dibayar.
12
Insuran nyawa dan KWSP (Sendiri/Pasangan)
13
Insurans pendidikan dan perubatan (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
14
Zakat
15
Derma/Hadiah (Sumbangan Wang atau Barang yang dibenarkan sebagai potongan cukai)

(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

seminar perancangan cukai dan e-filing 2011

Tarikh:  14 April 2012
Tempat:  Dewan Kuliah Al-Khawarizmi
Yuran penyertaan:  RM15.00 seorang