Pageviews

30 Mac 2012

Gadis Melayu jaga suara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sumber:  google.com

Jenuh-jenuh juga lah mencari gambar gadis melayu yang sesuai untuk ditempek di sini.  Walaupun gambar di atas sekadar lukisan rasanya sesuai kot untuk memberi gambaran kepada gadis melayu.  Okeh kalau tak sesuai boleh letak gambar barisan peserta pertandingan Gadis Melayu di TV9.

Gadis Melayu jaga suara bukan sekadar bermaksud jaga suara dengan mengamalkan amalan tertentu untuk memerdukan suara tetapi lebih kepada jagalah suara di tempat awam kerana suara juga tergolong di dalam aurat bagi gadis dan wanita Islam.  Tidak pula bermaksud tidak boleh bersuara langsung.

Okey lah... Yangbaik bukanlah boleh dikategorikan sebagai ustaz ustazah tetapi sebagai seorang wanita, isteri dan juga pernah bergelar gadis suatu masa dahulu berpendapat... ketawa, mengilai atau menjerit di tempat awam tanpa tujuan keselamatan adalah sesuatu yang tidak sopan dan amat menyinggung sekali.

Beginilah nak mudah cerita, ketika keluar berkumpulan terutama ke rumah sewa kawan lelaki yang kononnya satu kelas... ini cerita parti perpisahan (berpisah la sangat kan).  Rumah sewa kawan lelaki (classmate) biasa di kawasan kejiranan,  adalah tidak manis bagi mana-mana gadis untuk ketawa atau mengilai.  Perbuatan itu sesuatu yang sia-sia kerana bukan sahaja tak elok didengar oleh jiran tetangga tetapi juga menyakit hati dan telinga. 

Boleh kata juga macam... kalau tak suka jangan dengar.  Hello.... korang tu perempuan kan?... so buat apa kat rumah budak lelaki nih... dah tu tengah malam macam ni tak balik lagi... esok tak der kelas atau dah abih exam... jangan nak buat perangai nak senonoh tu... jaga lah maruah anda sebagai siswi.

dah... habis berleter memalam buta nih... esok siang kalau korang baca... ingat2 lah jangan nak buat lagi atau jangan nak cuba buat... kalau hampa ditimpa bala bukan kena kat group hampa jer... ingat-ingat la mak bapak kat kampung tak pun kat bandar mana sekalipun... pelihara maruah diri dan keluarga.

Hish...dah habis..

Kekusutan dan kesakitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Entah bagaimana hendak dimulakan
Segalanya bermula dengan agak baik
berterusan baik sekali
sesekali kesakitan dan keletihan yang melanda adalah lumrah
bumi mana tidak ditimpa hujan, langit mana yang tidak ditimpa mendung

hari ini....
Puas mencari di mana silapnya
adakah kerana kebodohan diri
atau juga kerana kelemahan diri
atau mungkin juga kerana ketidakcekapan diri
lantaran itu...
setiap permohonan bantuan dipandang enteng

Tuhan ku songsong masa silamku
Moga kelam tabir hayat tersingkap sopan

Perit hati ini ku tabahi terima setiap ujianMu
Semoga memberi pengajaran dan kekuatan kepada ku
agar tidak memandang rendah setiap permintaan

....

Menghidupkan cahaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.
(al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)

29 Mac 2012

Janji terlaksana

Assalamualaikum


Sungguh teruja rasanya janji terlaksana.  Walaupun rancangan tak seberapa namun janji yang mengejut itu tiba-tiba terlaksana walaupun tidak sepenuhnya.  Syukur.!!! Semoga di tambah lagi nikmat yang ada.  InsyaAllah.



cerita tergantung

Assalamualaikum



malas nye nak sambung cerita tergantung malam tadi...
sehari dua ni dok sibuk memanjang sampai tak sempat nak perah idea...
nak kata kering tak juga tapi memang tak sempat sungguh...

tetapi dengan gigihnya masih lagi ada hati nak buat cerita kan???

leceh betul..



hah... birthday sapa hari ini...
happy birthday to you
semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur untuk buat kebajikan...

yeaay

28 Mac 2012

Janji tersirat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Entah dimana hendak dimulakan kisah sebuah janji yang tersirat.  Sebentar tadi ketika keluar beli keperluan dapur, kerana kesilapan kecil... tak juga bukan kesilapan tetapi salah faham yang amat kecil sekali dan tak perlu ambil hati.


Kita biasa berjanji, tak kiralah kepada anak-anak, suami, ibu bapa dan juga kepada diri sendiri.  Apa yang hendak dikaitkan di sini adalah berkaitan janji kepada diri sendiri.  Seperti biasa kita mampu merancang namun apa yang tersirat di sebaliknya kita tidak ketahui.

okeh... sambung semula dengan kisah beli aiskrim untuk alif

27 Mac 2012

Apa sebenarnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


masih lagi dalam mood kurang memuaskan.  Puas cari di mana silapnya ke mana hilangnya mood.  Hampir saja mood jadi tidak stabil.  Namun dikuatkan juga jejari yang tak berapa runcing ini menekan button pada keyboard comel ini.  Entah beberapa kali tersentap kerana button 'f' telah dirosakkan oleh si montek. hehehe


Yangbaik tahu entry ini tidak seberapa dan tidak semeriah cerita lamaran awal ashaari atau cerita majlis perkahwinan mereka pada bulan Mei ini.  atau juga kisah mawi dan keluarganya di rompak.


tulisan ini sekadar mengisi ruang kosong malam ini memandang buffered earning pun dah beberapa hari kosong tiada kempen yang menjejakkan kaki.  Bila lagi nuffnang nak meletakkan kempen di buffered earning neh???  Puaslah jerit kat sini... kalau entry tak seberapa tak tau siapa yang nak baca atau singgah bagi komen.


sekian dulu... celoteh panjang-panjang tanpa ujung pangkal cerita memang tiada makna...tetapi lebih bagi daripada dok buat 'ketupat' tak tentu pasal .. raya pun lambat lagi.

(^_^)

Bun Sambal Bilis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sehari dua mulai petang semalam bun sambal bilis menemani perut
Pagi tadi tak sempat nak breakfast di rumah
Tengahari lunch dengan bun sambal bilis
Petang nanti minum petang dengan bun sambal bilis juga
Malam nanti baru dinner dengan nasi dan yang seiringan dengannya

Bun Sambal Bilis
Feveret ... huhuhu...

26 Mac 2012

Berdetik-detik yang lalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Hari ini, biarpun untuk catatan ini mungkin tiada komen, yangbaik tak kisah sebab dah biasa begitu, bukan satu atau dua malahan boleh mencecah hingga puluhan catatan yangbaik yang tiada komen.  Walaupun begitu  kehadiran komen sememangnya amatlah dihargai.  Kesedaran itu ada mengapa tiada pengomen sama ada tegar atau pengomen baru.  Bagi setiap blogger yang mesra dan rajin setiap komen amatlah bermakna dan ia merupakan salah satu sumber dan idea untuk terus berkarya.  Tidaklah nanti dikatakan blogger syok sendiri kerana mengeluarkan catatan yang tiada komen atau tiada pembaca.

Bukan sahaja sedetik lebih malahan berlebihan pula detik yang dilalui oleh blogger mematangkan pemikiran dan karya.




perasan atau tidak dalam diam-diam setelah awal ashaari melamar scha al yahya secara live dalam satu rancangan di ASTRO tiba-tiba wajah ayu scha muncul pula di laman blog yangbaik... teruja pun ada juga dengar berita lamaran itu.  Bukan apa walau apapun cara dan kaedah yang digunakan untuk melamar ia sedikit sebanyak memberi kenangan manis kepada semua yang menonton rancangan tersebut biarpun Yangbaik sendiri tidak menontonnya...

yang sebenarnya kemunculan scha al yahya di blog ini adalah atas kerjasama antara nuffnang dan trendsetter.  Silap-silap cara mereka ini akan menjadi satu trend pula di masa depan dan akan menjadi fenomena baru bagi jejaka di Malaya untuk meminang gadis idamannya.  Oh!  tidak... jangan lah buat begitu... ikutlah budaya kita orang Melayu...

Eh... belum lagi bercerita panjang ... trendsetter tu ada apa?  Nak tahu lebih lanjut klik di SINI

... blank...

 oh! tidak.... didera secara mental dan fizikal kerana tiada idea lagi...


25 Mac 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Gambar yang menggambarkan hari ini penuh dengan sejarah.

Walaupun hari ini penuh dengan sejarah, memang sedih untuk dilalui tetapi terpaksa dilalui juga kerana jika tidak dilalui pastinya hari ini tidak akan berakhir dan sudah pasti hari esok tidak akan muncul.  Bolehke?  Biar apapun yang dilalui sudah pasti kita mesti tempuhi dengan semangat yang kuat dan ketabahan.



dan... sejarah hari ini turut dilalui oleh dua orang kanak-kanak riang ini yang mungkin tidak kenal erti kesedihan.  Walaupun begitu mungkin juga jauh di sudut hari mereka tersimpan secalit kesedihan tetapi tidak terucap dan tidak terzahir seperti kita orang dewasa.


eh eh... Fatin Liyana dan Irine Nadia Marcello dah keluar dalam segmen blogger di Safiyya TV9.  Agak-agaknya lah bila pula tiba giliran blogger yang bernama yangbaik.  He... perasan jer... namun begittu harapan tu tetap menggunung walaupun blog yangbaik tidaklah sepopular mereka... memang jauh panggang dari api... ibarat langit dan bumi... jauhnya populariti mereka berbanding blog yang baik.


Lari sekejap dari kesedihan tadi... sekejap lagi nak sambung makan kek keju...mungkin juga boleh membantu meredakan kesedihan ini agar ia tidak bertapak lama, namun minggu hadapan bagaimana pula nak dihadapi... entahlah...


Biarlah rahsia... sesiapa yang terdekat jika ada yang membaca blog ini mungkin dapat merasai kesedihan tu...

Cukuplah dulu...