Pageviews

10 Januari 2012

Muffin Kismis Mentega Kacang 'Kick Start'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasanya sudah terlalu lama sangat tak masak kueh mueh terutama muffin atau kek.  Sedangkan anak-anak Yangbaik memang suka sangat dengan kek.  Namun 3 hari lepas, datang kekuatan baru setelah terjurmpa keratan akhbar di rumah mertua, Batu 10 Lekir.  Apa yang menarik minat adalah resepinya yang mudah dan makanannya memang kesukaan keluarga. 

Balik dari Lekir, dalam perjalanan balik ke rumah di SIDEC Yangbaik singgah di Kedai Runcit Rahmat (memang kedai kesukaan Alif, sebabnya nanti citer di lain ruangan) beli keperluan untuk membuat muffin.  Bahan-bahannya memang mudah dan murah.  Balik rumah sampai dah malam, mood pun dah kedaung bertambah dengan keriuhan anak-anak, simpan jer dulu bahan-bahan tu. 

Hari ini (sebenarnya pada hari Isnin), pada waktu malam selepas makan nasi kerabu yang dibeli dari pasar malam, tiba-tiba datang semangat nak buat muffin... apa lagi geledah le kabinet dapur tu selongkar periuk oven dan acuan segala bagai lagi... bilas sambil lalu dan lap.. operasi pun bermula.  Tak lah susah sangat cuma nak dapatkan mood jer yang susah sikit... dah siap... Alif orang pertama yang merasa dan memang dari awal lagi tunggu nak makan kek yang ummi masak... sabor jer la.. Dah makan ... la Alif tak suka pula sebab ada kismis.  Alif... kata tak suka tapi hampir 10 biji muffin dimakannya... dah kenyang macam-macam alasan pulak.

Dipendekkan cerita di sini diperturunkan resepi berkenaan yang telah Yangbaik olah sedikit mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Muffin Kismis Mentega Kacang










Bahan-bahan:

200 gm mentega
100 gm gula caster
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung serbaguna Blue Key
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
80 gm kismis
40 gm coklat urai
50 gm peanut butter (kasar)

Cara membuat:

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti esen vanilla, kacau hingga sebati.
3.  Ayak tepung dan serbuk penaik di dalam bekas lain.
4.  Masukkan kismis, coklat urai dan mentega kacang, kacau rata.
5.  Tuang adunan tepung ke dalam mangkuk berisi mentega sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga rata.
6.  Masukkan adunan yang telah siap ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/3.
7.  Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kekuningan.

Sekian, selamat mencuba.

09 Januari 2012

Lakaran pertama bernilai tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Inilah rupa lakaran pertama oleh si cilik bucuk.... Dah pandai pegang pensil, kertas dan pemadam juga.  Asal pertama dulu dapat kertas jer terus koyak.  Ummi ingat mungkin juga masa mengandungkan dia dulu ummi suka shred kertas. So mungkin terbawa-bawa dek si cilik kot.  Tak per lah, pelan-pelan ajar jangan koyak buku pulak. 

Lakaran pertama ni nampak macam biasa jer tiada makna. Tu kata ummi sebab ummi bukanlah tergolong dalam golongan artistik... tak seni langsung. Masa sekolah dulu, kelas seni selalu jer kantoi.  Minat ada tapi bakat takder... sedeyh.... Tapi nampaknya bakat seni tu mencurah-curah pulak kat anak-anak, agaknya memang ada darah seni kot.  Oit... harus ingat seni itu cabangnya banyak bukan setakat atas pentas sahaja, ada seni lukis, seni memasak, seni business, seni politik dan macam2 seni lagi...


erk.. ada tangan lain rupanya yang mengajar... sedang elok sangat la tu...
like father like daughter... muka ayahnya memang tak nampak sebab tak nak glamer katanya, biarlah nampak tangan dulu... bila dah sedia nanti baru tunjuk muka.  Ayah kata tak moh glamer... hei... macamlah blog Yangbaik ni popular sangat... ala blog picisan jer la ayahnye, tiada yang kenal pun...


cak...
dah dapat dah
lepas lukis cantik-cantik
koyak pulak...

jangan konfius dengan mukanya, sebab memang begitu susah nak senyum... 
pernah juga kedengaran ada orang kata 'tak der perasaan'
Helo... ini anak aye tau... memang susah nak senyum, tambahan pada orang yang tak dikenali...


  

08 Januari 2012

Suratan atau kebetulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Suratan atau kebetulan.  Kepada sebahagian orang bila dalam keadaan senang dia akan melupakan kesusahan dan sebaliknya kepada sesiapa yang sedang dalam kesusahan akan mengharapkan kesenangan.  Namun semua itu susah atau senang dalam sedar atau tidak kita sendiri kurang yakin adakah ianya suatu kebetulan dan memang suratan buat kita.

Penjelasannya begini, Yangbaik sering berhadapan dengan kawan-kawan yang sering berhadapan dengan kesusahan (tidaklah serius sangat) dan seringkali pula kesusahan itu secara kebetulannya mendatangkan kesulitan juga kepada orang lain.  Ini adalah kerana bila seseorang itu tiada, maka kerjanya terpaksa diambil alih oleh orang lain, keadaan ini kadang-kadang mendatangkan rungutan kepada sesetengah pihak.

Memang kita tidak sedar, bila kita sendiri dalam kesusahan dan secara kebetulan juga kita memerlukan bantuan dan kerjasama daripada orang lain.  Mungkin juga secara kebetulan kesusahan kita itu kita tidak sedar.

So, moral of the story is sentiasalah berbaik sangka dan berilah bantuan dengan hati yang ikhlas... paksaan pun tak mengapa.  Kehidupan ini ibarat roda, seketika kita di atas dan seketika pula kita dibawah dan berpusing ke atas pula...

Sekian.