Pageviews

22 Disember 2011

Kerja biasa bila biasa boleh juga jadi silap | Kenapa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sumber gambar:  google.com


Nak tulis terus terang kat sini bimbang juga bos terjumpa blog nieh dan terbaca pulak.  Tapi Yangbaik tidak pula nyatakan nama sebenar kan?  So tidaklah risau sangat cuma bimbang (macam tak berasas pulak).

Sebenarnya suatu masa Yangbaik suka sangat dengan jawatan setiausaha, dapat catat minit mesyuarat dan dapat buat cerita macam-macam hasil daripada minit mesyuarat.  Selain dari itu dapat mengetahui pandangan dan peribadi ahli mesyuarat secara langsung dan dapat memahami situasi sebenar yang diamali oleh ahli mesyuarat.

Yang jadi tak suka adalah bila jadi urusetia, kena siapkan kelengkapan dan segala keperluan. Tetapi kalau dah tugas memang tak boleh lari lagi yang penting kena hadapi juga.  Dalam tak suka lama-lama jadi suka bila dapat menghafal keperluan mesyuarat melalui senarai semak yang dibuat.

Lama-kelamaan dah jadi perkara biasa menjayakan sesuatu mesyuarat.  Malangnya bila dah biasa boleh jadi tersilap dan terlupa.  Puncanya kerana percaya kepada orang dan kurang persediaan bila berlakunya pertindihan tugas. 

Apa nak buat, tak kan nak kata "ala...kita kan manusia  tak lari dari buat silap".   Tak nak lah jadikan ayat itu sebagai pemanas telinga... sabor dan sentiasa beringat-ingat dan yang perlu ada support group yang baik dan mampu memberi bantuan segera bila diperlukan.

Secebis kenangan.

.

21 Disember 2011

Bagaimana harus satu hari satu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba waktunya
kesibukan mula menjengak
di jendela hati

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba masa itu
berterbangan idea di awang gemawan
ditiup bayu tersipu malu

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai saatnya
angin malas mula memulas
mencengkam rasa meracau bilau

Bagaimana...

ada jawabnya

pada diri sendiri

himpunkan rasa dan semangat

yakin pada diri

18 Disember 2011

Cinta Rojak Cucur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Cinta Rojak Cucur.  Gambarnya tidak dapat dilekatkan di sini kerana rojak cucur dah habis dimakan oleh Alif. Alif suka makan rojak cucur yang sebenarnya biasa kita panggil pasembor atau juga gado-gado.  Alif suka makan cucur dan bersama kuah kacang bermakna alif juga suka makan nasi impit bersama kuah kacang.  Selingan jer.


Petang tadi tiada apa aktiviti nak buat di rumah, so keluarlah Yangbaik sekeluarga ke pekan Bandar U.  Pada awalnya sekadar untuk mencuci mata kerana kasihkan Inas seminggu tidak keluar rumah. Dipingit saja.

Sampai ke Bandar U ingat nak singgah makan di 'warong Resepi Rahsia' tetapi tidak kesampaian kerana belum terbuka lagi pintu hati nak singgah makan disitu sementelahan warong itu sentiasa penuh.

Alif dari tadi asyik ajak ke Seri Manjung mencari rojak cucur, manakala emaknya pula berhasratkan laksa.  Maka melilaulah ayahnya di Bandar Sidec pula mencari warong yang menjual makanan kesukaan permata hatinya (hehehe).  Loh!... dah jumpa gerainya sebaris dengan Bakso Solo... rezeki memang baik makanan kesukaan pun dibeli dan terus pulang rumah, makan dan berkelah kat depan TV.

Jalan cerita memang celaru sikit, sebab penulisnya sedang diganggu oleh kerlipan mata yang asyik mengecil mencari bantal untuk dialas.

Sekian.


Teguran membina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Eh, apa kaitan pula buah nangka dengan teguran?  Ada sikit tetapi sukar untuk digambarkan kerana ia menyentuh perasaan walau secara tidak langsung kesannya tetap ada.

Dalam catatan sebelum ini Yangbaik ada bermonolog mengenai beri pendapat dan cadangan.  Monolog itu dikeluarkan kerana ia ada kaitan dengan peristiwa yang dilalui sebelum itu.  Memang tidak suka dengan situasi itu. 

Walau semua orang (mungkin) yang mengenalinya memang dah tahu dengan sikap dan perangainya yang suka bercakap dan menegur kerja orang lain Yangbaik tidaklah sangka bahawa suatu hari tegurannya akan membuatkan hati dan perasaan ini amat terguris.  Ewahhh..

Terima seadanya teguran itu dan terima kasih. 

No action can be made by me. Sorry!!!

Cerita mengenai nangka adalah selepas itu dan rasanya Yangbaik tidak akan bercerita mengenainya di sini kerana gambaran mengenai nangka itu akan memberi ingatan mengenai peristiwa yang telah terjadi.

Sekian.

Boleh bagi pendapat dan cadangan

Assalamualaikum,

Boleh saja bagi pendapat dan cadangan
jika kena pada masa dan tempat.
jika kena pada gaya bahasa
jika kena pada orangnya
jika kena pada 'mood' pendengarnya
jika kena pada suasana
jika kena pada .... diri sendiri

Jika masalah itu bukan menyusahkan diri sendiri
tak perlulah bersusah payah bagi pandangan...
melainkan diminta  dan didesak

Tetapi
boleh juga bagi pandangan
andai pandangan itu realistik
tidak menyusahkan orang
tidak menyakitkan hati orang
dan yang penting
bagilah cadangan yang bernas
tanpa melibatkan kos kewangan atau masa dan kualiti kerja orang lain

tidak susah bagi pandangan dan pendapat
kerana cakap jer...
"cakap memang senang"


.

17 Disember 2011

Antara dialog yang paling tidak berkenan di hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Suatu hari ketika berehat di taman permainan kanak-kanak.

Ayah  :  Ayah nak kahwin lagi satu.

Anak  :  Okey, boleh dapat mak baru..

Isteri  :  D =>$$$$

.

Kisah 1010 | Kejutan yang tersurat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dalam kesibukan kerja seharian di dunia adakala terlupa dan alpa dengan keperluan untuk diri sendiri dan keluarga.  Semoga apa yang diusahakan di dunia ini mendatangkan pahala dan keuntungan untuk kehidupan di sana yang azali.

Sebenarnya Yangbaik teringat mengenai perbualan dengan ahli surau wanita pada tengahari Jumaat yang lepas.  Maklumlah kami tidak balik rumah tengahari walaupun masa rehatnya panjang, sebaliknya masa yang ada itu digunakan untuk menyiapkan mana-mana kerja segera dan mengemaskini fail. 

Oleh kerana pada masa rehat di hari Jumaat ini memang tiada gangguan kerana staf lelaki solat Jumaat.  Jadi memang terleka sekejap menyiapkan tugasan dunia. 


Kejutan ?  Bukanlah kejutan sangat.. cuma dah hampir jam 2.00 petang baru tersedar masa untuk solat Zuhur.  Maka cepat-cepatlah siapkan apa yang patut dan menuju ke Surau di tingkat 1.  Di situ bertembung dengan beberapa ahli Surau yang baru tiba, sama-sama alpa (agaknya). 

Maka terjadilah usrah ringkas antara kami saling ingat mengingat mengenai keperluan akhirat.  Namun diingatkan juga kerja kita di dunia andainya dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dan disertai dengan niat yang murni ganjarannya tetap akan sampai ke sana.  Cuma mungkin sedikit kecewa sebab seolahnya lebih takutkan urusan dunia daripada urusan akhirat.  Sehingga mencuri masa untuk beribadah.  Astagfirullah!

.......
"Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah".  (Mahfudh bin Mahmud)

Sekian.

16 Disember 2011

Tawaran Meneruskan Pengajian Secara e-PJJ/PLK Sesi Mac 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Universiti Teknologi MARA mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Diploma/ Ijazah Sarjana Muda untuk menjadi siswazah Universiti Teknologi MARA dengan mengikut program-program IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA seperti berikut:

Pautan Pantas :
Borang Permohonan Online e-PJJ/PLK Sesi Mac 2012---> sila klik di sini.
Keratan Iklan Akhbar


PENDIDIKAN JARAK JAUH (e-PJJ)
LEVEL - KOD PROGRAM - NAMA PROGRAM - KAMPUS
SARJANA
HS770 Sarjana Kejuruteraan Perawatan Rapi Shah Alam
HS771 Sarjana Kejuruteraan Kesihatan Wanita Shah Alam
IM770 Sarjana Sains Pengurusan Maklumat Shah Alam

SARJANA MUDA AM228 Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Shah Alam, Bandaraya Melaka, Samarahan, Kota Kinabalu, Kulim, dan Sungai Petani
BM220 Sarjana Muda Pentadbiran (Kepujian) Pemasaran -  Shah Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, Samarahan dan Kota Kinabalu
BM222 Sarjana Muda Pentadbiran (Kepujian) Kewangan -  Shah Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, dan Samarahan
BM223 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia - Shah Alam Dan Arau
BM224 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi -  Shah Alam
BM226 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa -  Shah Alam
BM232 Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) - Shah Alam
CT223 Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin Shah Alam
ED220 Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Shah Alam
HM220 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel Shah Alam
HM221 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan Shah Alam
HM222 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan Shah Alam
HM225 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari Shah Alam
IM220 (*kod baru - IM224) Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat (Kepujian) Shah Alam
IM221 (*kod baru - IM225) Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian) Shah Alam
IM222 (*kod baru - IM226) Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian) Shah Alam
MC222 Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) Shah Alam
SR221 Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) Shah Alam

PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) *kuliah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad
SARJANA MUDA
AC220 Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Shah Alam, Kuantan, Samarahan, dan Kota Kinabalu
LW213 Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) Shah Alam

CARA MEMOHON:
1. Pemohon dikehendaki membeli wang pos atas nama BENDAHARI UiTM di mana-mana kaunter Pejabat Pos dengan harga RM12.00.

2. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online). Sila klik di sini untuk mengisi borang secara online. Pemohon hendaklah membaca Syarat Kelayakan Akademik sebelum mengisi borang permohonan.

3. Pemohon hendaklah melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.

4. Borang permohonan yang telah dicetak dan disahkan hendaklah dihantar berserta:
a. Salinan Surat Beranak,
b. Salinan Sijil Akademik
c. Surat Pengesahan Majikan
d. Salinan Keputusan MUET

Alamatkan kepada:
Unit Pengambilan Pelajar
Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
Dwelling 3, Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

....

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pengambilan Pelajar di talian 03-5522 5443/5444/5584 dan Pusat Pengajian Ijazah di talian 03-5522 5315/5238/5314/5498.

8. Tarikh akhir penerimaan salinan borang online yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan adalah pada 23 Disember 2011 (JUMAAT).


...

Tahukah anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




"Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan".  (Sufyan ats-Tsauri)




.

15 Disember 2011

Pengambilan Pelajar Tajaan Persendirian INTEC, UiTM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sekadar memanjangkan maklumat untuk makluman bersama





Dengan segala hormatnya,

Dimaklumkan bahawa International Education College (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 telah membuka pengambilan pelajar tajaan persendirian sesi Januari 2012. Oleh itu pihak INTEC ingin mempelawa kepada calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon program-program yang ditawarkan. Maklumat tentang program yang ditawarkan dan syarat kemasukan adalah seperti di bawah:

Bidang Tawaran

Program : Australian Matriculation Programme (AUSMAT)
Jangka Masa : 10 bulan

Program : A-Level Programme
Jangka Masa : 21 bulan

Program : American Degree Foundation Programme (ADFP)
Jangka Masa : 12 bulan

Syarat Kemasukan

Bahasa Malaysia : Minimum C
Bahasa Inggeris : Minimum B
Minimum empat B+ dan satu B dalam subjek-subjek lain.

*Terbuka hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja

Calon-calon SPM 2011 juga boleh memohon dengan keputusan percubaan SPM 2011.

Tarikh tutup semua program adalah pada 20 Disember 2011

Sebarang pertanyaan sila hubungi Prof. Madya Zurina Mahmood (03-55227062), En. Nordin Sharif (03-55227232) atau emailkan pertanyaan anda ke zurin111@salam.uitm.edu.my atau nordi734@salam.uitm.edu.my.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan ini: 

Untuk permohonan secara online sila klik INTEC Online Admission

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program-program lain sila layari laman sesawang berikut:

Sekian.

.