Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sumber gambar: google.com
Nak tulis terus terang kat sini bimbang juga bos terjumpa blog nieh dan terbaca pulak. Tapi Yangbaik tidak pula nyatakan nama sebenar kan? So tidaklah risau sangat cuma bimbang (macam tak berasas pulak).
Sebenarnya suatu masa Yangbaik suka sangat dengan jawatan setiausaha, dapat catat minit mesyuarat dan dapat buat cerita macam-macam hasil daripada minit mesyuarat. Selain dari itu dapat mengetahui pandangan dan peribadi ahli mesyuarat secara langsung dan dapat memahami situasi sebenar yang diamali oleh ahli mesyuarat.
Yang jadi tak suka adalah bila jadi urusetia, kena siapkan kelengkapan dan segala keperluan. Tetapi kalau dah tugas memang tak boleh lari lagi yang penting kena hadapi juga. Dalam tak suka lama-lama jadi suka bila dapat menghafal keperluan mesyuarat melalui senarai semak yang dibuat.
Lama-kelamaan dah jadi perkara biasa menjayakan sesuatu mesyuarat. Malangnya bila dah biasa boleh jadi tersilap dan terlupa. Puncanya kerana percaya kepada orang dan kurang persediaan bila berlakunya pertindihan tugas.
Apa nak buat, tak kan nak kata "ala...kita kan manusia tak lari dari buat silap". Tak nak lah jadikan ayat itu sebagai pemanas telinga... sabor dan sentiasa beringat-ingat dan yang perlu ada support group yang baik dan mampu memberi bantuan segera bila diperlukan.
Secebis kenangan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.