Pageviews

16 Ogos 2011

Yang baik mengenai akal

Yang baik mengenai akal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
(Ali)

Kad Raya, Sampul Raya dan Duit Raya | Kenangan zaman sekolah rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kad Raya... tanpanya seperti tidak lengkap sebuah ucapan hari raya.  Terutamanya ucapan selamat hari raya buat sahabat, keluarga, cikgu, abang, kakak dan adik juga... bila dah dapat tu challenge pulak ngan kengkawan sapa dapat paling banyak... then gantung kat dinding rumah tak pun kat pokok hiasang (buluh Cina)... cantik jer...

Perghhh.... masa tu... zaman sekolah rendah lagik... mana nak cerita pasal pakwe makwe lagi.... sama-sama lompat pagar ... lompat kijang, lari 4x4 dan macam2 aktiviti tak ingatpun pakwe makwe... semuanya sahabat..

Itu cerita sekolah rendah... bila dah naik sekolah menengah... lain sikit...dan bila dah habis sekolah... kerja pulak... dan kemudian kahwin... hahahha... cepatnya masa berlalu, rasa belum puas lagi main lompat-lompat kat tengah padang masa PJ (Pendidikan Jasmani).

Bila cerita pasal sampul raya, masa kecik2 dulu tiada sampul raya, pakcik dan makcik dok asyik bersembang ... sampai lupa ... ada kawan yang jenis high demand... siap minta duit raya pulak sebelum balik...dapatlah dua posen, kalau tak ramai dapat lima posen sorang... atau pun tak dapat langsung... opss!  salah rumah...  makan dan minumnya tak banyak mana... tapi yang manisnya kita boleh kenal ramai orang dan jiran tetangga termasuklah jiran satu kampung dari lorong 12 atau lorong 1 hingga lorong 9... masa tu aye tinggal di lorong 10.... kat mana?... tak taulah masa ni lorong tu masih wujud ke tidak, 6 tahun lepas pernah lalu kat situ.... dah semak dan ramai yang tak kenal...

Itu kisah dulu2, sekarang ni dah tak dapat dah duit raya tu... eh.... sat... kakitangan kerajaan dapatkan duit raya RM500.00 sorang... besar tu jumlahnya... apa nak buat dengan duit tu?... nak beli kain baju sekolah anak la... ehhh baju raya untuk anak2.... lebih sikit untuk mak bapak kat kampung, belikan lemang ataupun sarung ketupat...  untuk mak bapak nih, dapat tengok anak2 pakai baju raya pun dah jadik... macam raya jugakkan.  Agak2nya macam tulah perasaan mak kita dulu-dulu kan?

Hidup umpama putaran roda....

Masih terlalu awal pula nak ucap... tunggulah sehari dua lagi...

Sekian.

Telefon pintar android

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tidaklah sukar rasanya untuk mendapatkan maklumat berkaitan telefon pintar android.  Pada awalnya aye fikirkan android tu adalah sejenis permainan atau gadget macam MP3 atau MP4 atau mana-mana version playstation. 

Ternyata masih banyak yang perlu dipelajari dan dikutip dalam dunia teknologi maklumat aka Information Technology (IT). 

Sesekali ada masa terluang baru berkesempatan nak meninjau apa itu android (selalu sangat tersalah taip perkataan android jadi macam-macam.... andorid, andoid, andrdi, andordi.... ehhhh... hish..)

samsung-galaxy-1
antara telefon pintar android... Samsung galaxy... hope to get this one soon
Perbezaan dan antara telefon pintar android dan telefon konvensional biasa?.... Sedang cari maklumat tambahan, jumpa lagi...

Sekian.

Bongkar Rahsia Bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bahagia.  Ramai orang bahkan semua orang mahukan bahagia. 

Untuk itu, jom bongkar rahsia bahagia

Layan.....




"Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhkoda untuk bahtera hidupnya". (Ali)

15 Ogos 2011

Top Blogger di Malaysia 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Top Blogger di Malaysia 2011




Menjadi Top Blogger di Malaysia?  Sudah tentu menjadi impian ramai blogger.  Mungkin juga pada awal penubuhan blog kita (blogger) tidak ada hasrat langsung untuk menjadi top blogger.  Buat blog sekadar suka-suka dan memenuhi minat serta masa lapang.  Itulah antara kata-kata awal setiap blogger.  Betul tak?  Kalau tak betul jangan salahkan aye...

Banyak perkara yang sebenarnya mempengaruhi pendirian dan pandangan kita dengan dunia blogging.  Bukan sahaja kerana isu-isu semasa, minat, kawan-kawan, kekasih, tunang, pakwe atau makwe.  Eh! jarang sangatla rasanya lelaki buat blog cerita pasal makwe nya atau tunangnya, melainkan eyriqazz.com  hahahah.... Bro eyriqazz bercerita pasal keluarganya iaitu siapa lagi kalau bukan wifenya yang tercinta serta anak-anak (ops... anaknya baru satu... Alisya) suka sangat baca kisah keluarga mereka... bahagia rasanya.

Sebenarnya tidaklah susah sangat nak jadi top blogger macam denaihati.com atau ariffshah.com, apalagi kalau nak jadi seperti benashaari.com.  Semua itu memerlukan ketekunan dan kerajinan serta tidak cepat melenting dan berputus asa.  Mungkin juga ada satu tahap dan peringkat tertentu yang menjadikan kita 'fed-up' dengan blog kita.  Ketika mana tidak ada komen langsung pada setiap entry yang kita buat.  Tetapi jangan silap kerana tidak semestinya semua orang yang berkunjung ke blog kita tu akan meninggalkan komen.  Kalau tak komen tak per... jangan risau.... pasti suatu masa akan melimpah ruah lah komen di entry anda... tunggu masa dan ketika yang sesuai.  Dan... yang pasti jangan mudah berputus asa...

Kalau nak bercerita panjang lebar bagaimana nak jadi Top Blogger, bukanlah bidang aye.  Kerana aye tidaklah termasuk dalam golongan itu lagi.

Tips dan panduan yang boleh dikongsikan, terdapat terdapat di blog denaihati.com.  Antaranya fokus kepada penulisan dan sentiasa mesra blogger (ini istilah aye).

Sekian, selamat berpuasa dan selamat menjadi blogger berhemah 1Malaysia.



 

Oh! Perjuangan yang belum selesai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perjuangan ini masih belum selesai dan harus diselesaikan segera.  Selagi ia belum selesai akan mendatangkan seribu serba satu kesesakan nafas dan kekalutan.  Biarpun perjuangan bagi sebuah permulaan ini akan tamat, pasti akan datang lagi beribu-ribu permulaan yang harus diselesaikan.  Cuma masa dan keadaan sahaja yang berbeza...

Oh!... Berjimba lagi dengan MKSP untuk hari ini ... hari esok berjimba pula dengan MKA .... dan M yang seterusnya... begitulah kehidupan mesti diteruskan dengan berhadapan dengan perjuangan yang tidak akan pernah selesai... sehingga ke hujung nyawa!


Perjuangan Yang Belum Selesai
Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/nora/
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

'Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?'

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

'Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya'


Sekian, selamat berjuang berhadapan dengan segala macam ujian...

*_*


*

14 Ogos 2011

GaySec mengakui kesilapan | Arlene Tan bukan Makcik Hajjah Sitt Alwuzara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Umumnya di dunia blogging, 1Malaysia sudah mengetahui GaySec telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Arlene Tan kerana membuat pendedahan palsu mengenai Makcik Hajjah Sitt Alwuzara.

Berikut adalah kenyataan maaf dari GaySec mengenai isu berkaitan Arlene Tan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam  mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
 
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.
*note:  Seluruh isi kandungan kenyataan maaf ini dipinjamkan daripada Denaihati.

Semoga dengan penjelasan ini akan terhurailah kekusutan dan kekalutan yang timbul akibat daripada apa yang telah berlaku.

13 Ogos 2011

Tersilap cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Kisah di satu petang, sejurus selesai berjimba bersama tuan puteri lindungan bulan (....?...) dengan dokumen MKSP dan segala bagai maklumat dan data yang bercelaru dan berkecamuk dalam kotak fikiran dan minda yang hampir sarat tetapi kosong...


Lalu tuan puteri mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesudian menemaninya sepanjang petang itu.  Bicaranya halus dan lembut pasti terpikat siapa saja yang mendengarnya. 

Atas dasar mengalah dan ingin menyedapkan kata makan berkatalah seorang lagi..."tidak mengapalah, kita kan sama-sama berjimba hari ini... hari ini tuan puteri lambat pulang dan saya menemannya, kalau saya seorang mungkin saya sudah pulang".

Hanya seketika kemudian baru tersedar bahawa dia telah tersalah cakap dan mahu mohon maaf kepada tuan puteri namun sudah terlewat kerana tuan puteri sudah berlalu pergi... Bingung juga memikirkan mengapa ucapan sedemikian dilafazkan. 

Sepatutnya bukan itu ungkapannya.  Ungkapan yang molek dilafazkan adalah seperti ini... "hari ini saya meneman tuan puteri, esok2 tuan puteri pula menemani saya"... boleh begitu?....

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta..... melanggar pagar...


Keliru?..... Aye lagi keliru





*-*

12 Ogos 2011

Hidayah dan Keberkatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


HIDAYAH DAN KEBERKATAN
Mutakhir ini kita pernah melihat dan mendengar di media masa kisah lembu dan kambing peliharaan yang diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Setiap pagi dan petang kaset al-Quran akan diperdengarkan ke seluruh kandang atau ladang untuk tujuan santapan rohani....
 Kita percaya bahawa yang tersirat di hati ialah agar “segala usahanya diberkati”. Lalu dengan jihad yang dilakukan itu penternak dengan bangganya mengatakan “Inilah lembu dan kambing yang berkat, yang sentiasa disuntik dengan kemukjizatan ayat-ayat suci al-Quran..”. Jelas, mereka amat berbangga memilih elemen kesucian melalui surah-surah al-Quran dan tidak pula memilih irama dangdut atau rock.
 Walaupun idea pilihan mereka kelihatan keagamaan namun harus diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan sebenarnya telah dinyatakan Allah dengan jelas :

                  Sesungguhnya al-Quran itu adalah untuk memberikan hidayah (petunjuk) kepada (jalan) yang lebih lurus.
                                                                                                         Surah al-Isra’ 17 : 9
Perkataan “aqwam” adalah merujuk kepada jalan yang lebih benar dan lebih adil. Maksudnya al-Quran itu adalah untuk manusia yang ada akal dan minda yang berfikir, manusia yang mengerti tentang tugas mengurus bumi dan tidak merosakkannya, manusia yang mempunyai hati dan motivasi atau manusia yang mampu berusaha mencari yang terbaik untuknya.
Al-Quran bukan diturunkan untuk lembu, kambing atau binatang ternak yang tidak tahu untuk berfikir dan mengerti. Di dalam Kitab Tafsir al-Maraghi menyatakan bahawa “hidayah” yang dipinta oleh manusia ketika menunaikan ibadah solat merujuk kepada empat perkara iaitu hidayah Agama, hidayah akal, hidayah pancaindera dan hidayah ilham. Justeru al-Quran diperlukan untuk mendapatkan semua hidayah tersebut.
Manakala hidayah yang diberikan kepada haiwan pula ialah hidayah pancaindera dan hidayah ilham sahaja yang diperolehi secara automatik. Dengan dua hidayah inilah semua haiwan melangsungkan kehidupannya secara stereotaip. Hidayah ilham akan menunjuk ajar setiap haiwan untuk mengenal erti kehidupan walaupun tanpa ibu atau bapa di sisi. Justeru haiwan tidak perlukan manusia untuk menunjuk ajar kelangsungan hidupnya jauh sekali untuk memerlukan al-Quran. Hujah ini juga secara jelas telah menolak pandangan Darwin berkaitan teori evolusi kerana manusia yang berevolusi daripada beruk tetap tidak mampu untuk ditunjuk ajar apa tah lagi untuk mendapat empat hidayah yang dinyatakan di atas.
Justeru, usaha memperdengarkan al-Quran itu bukanlah untuk santapan rohani atau untuk mengislamkan lembu dan kambing kerana lembu dan kambing tidak ditaklifkan (dibebankan) dengan kewajipan tersebut. Lembu, kambing dan segala apa yang ada di langit dan juga yang ada di bumi (kecuali manusia, jin, syaitan, iblis yang kufur kepada Allah) semuanya sentiasa bertasbih dan tiada apa-apa dosa kepada Allah (rujuk surah al-Hadid ayat 1).
Usaha memperdengarkan al-Quran itu kemungkinan untuk mencari nilai keberkatan pada rezeki mereka. Cuma isunya kenapa dibacakan kepada lembu dan kambing? Kenapa tidak kepada hati kita sendiri yang memang kita diperintah untuknya? Oleh itu marilah kita sama-sama membaca al-Quran sambil cuba memahaminnya di bulan Ramadan yang mulia ini, kita bacakan kepada hati kita dan kepada kehidupan kita seluruhnya. Moga beroleh keberkatan, rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Wallahu a’lam
Disediakan oleh :  Hj Supani Hj Husain
Diedit oleh : Abd. Nasir Musa
~~~~~~~~~~