Pageviews

16 Julai 2011

Ketahui nombor tarikh lahir anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 Sekadar suka-suka untuk release tension jap... terpulang pada penerimaan.  Cuma jangan dipercayai 100% kerana apa saja yang berlaku adalah kerana ketentuan Ilahi.


contoh kiraan:

hari+bulan+tahun=?
17 + 12 + 1980 = 2009
2 + 0 + 0 + 9 = 11
1 + 1 = 2
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :2


1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

saja suka-suka untuk menambah bahan bacaan dan koleksi artikel... hehehe

15 Julai 2011

Senarai kempen terkini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bukan senang nak berbloging.  Tambahan bila dah kekeringan cerita dan idea bercampur pula dengan kesuntukan masa dan bila laptop kesayangan ini mula meragam.


Hari ini, nak senaraikan kempen-kempen 'Buffered Earnings' yang sedang berlangsung di blog ini.  Antaranya:
1.  jenama susu yang terkenal Mamil Gold,
2.  kereta pilihan terbaik Proton Persona,
3.  Krim Pemutih Badan Vaseline,
4.  Motor Trader... yang ini tak tau nak letak apa,
5.  syarikat telekomunikasi terkemuka negara Celcom dan
6.  Baush and Lomb.  Cari punya cari ... rupa-rupanya Bausch and Lomb adalah berkaitan wanita juga iaitu antaranya pencuci contact lense... rasanya dah ada buat cerita sikit pasal iklan tu tapi tak ingat bila... nak kena godek-godek dulu.

Sayangnya Proton Exora dahulunya bermula dari 21 April 2011 dok bertapak kat Buffered Earnings tiba-tiba hari ini dah turun la pulak, jadi Metered Earnings... maka berakhirlah perkhemahan Exora di Buffered Earnings tak sempat nak buat banglo.  Tapi agak lama juga kiralah dari 21 April 2011 hingga katalah hari ini 15 Julai 2011, dah masuk 3 bulan tinggal lagi 6 hari jer... alahai...nuffnang kenapalah cepat sangat bawa turun.

Semangat nak berupdate blog bukanlah semata-mata kerana kempen-kempen tu, tetapi juga kerana adanya idea dan ingatan kepada pembaca. Ewahhhh perasan pulak... mana lah ada orang nak baca sangat blog ni... yang tak berapa nak baik nei....heheh

Cukup dulu... Sekian.

.

Pintu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Pagi-pagi Jumaat nih... layan sat apa kebaikan yang ada kat diri kita dan bandingkan dengan keburukan yang ada pada diri kita juga... mana banyak?...

koreksi diri...



Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, maka Dia akan membukakan untuknya pintu amal dan menutup baginya pintu perdebatan. Sebaliknya, apabila Allah menghendaki keburukan pada diri seorang hamba, maka akan dibukakan untuknya pintu perdebatan dan ditutup baginya pintu amal.
(Sebagian ahli hikmah)

14 Julai 2011

Khasiat Halba

Assamualaikum dan selamat sejahtera,


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabibChina untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Nak juga...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nak juga menyemak kat sini
Nak juga menulis kat sini
Nak juga buat entry kat sini
Nak juga baca kat sini

Last but not least....

Nak juga bagi pandangan kat sini....

Meh!

Bloglist yang bicara sendirian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Teruja la sangat bila blog list yang baik berbicara sendiri.  Mereka berkata-kata seolah mereka saling mengenali dan .... itulah namanya 'blog list yangbaik'.  Kita selusuri apa yang dibicarakan:  some day, Siri cerita Cutting edge kesesatan.  Ben kata "Kak, nampak la bontot akak", lalu Kakcik Seroja dengan pantas menempelak Ben "Kurang ajar".   Dah la... nak cepat ni... baca la sendiri yer...
Sekian....Klik aje gambor tu untuk diperbesar-besarkan perkara kecil yang dibicarakan. 

"_ _"


13 Julai 2011

Khasiat biji sawi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Khasiat Biji Sawi

Kenalkah anda biji sawi?
Tahukah anda akan khasiatnya?







Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Sekian, semoga bermanfaat


12 Julai 2011

Dah cari baju raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ha?

Dah ada yang cari baju raya?  Mana tidaknya yang dok jual baju raya pun dah mula dah ... ding dong sana sini... bukan Court Mamoth jer... eh salah eja eh... tak per la. janji sebutan ada... jangan marahhh

Iklan jap... tak tiru sapa-sapa... cuma ambil inspirasi jer... hahaha



lebih banyak pilihan baju kat Butik Nep

Dah cari baju raya.... puasa ganti jangan lupa yaa.... berapa hari jer lagi nak masuk Ramadhan ...

6 Pesanan untuk Mujahidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Andai Syahid yang diimpikan... mungkin pesanan ini juga ada manfaatnya


1.  Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.

2.
Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3.
Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4.
Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5.
Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6.
Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Mudah-mudahan hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Sekian adanya. 

10 sebab mengapa saya tidak suka makan di AYAMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AYAMAS, selain daripada mempunyai beberapa produk seperti nugget ayam, chicken ball, chicken burger, chicken drummet dan macam lagi produk ayam AYAMAS turut mempunyai restoran.  Makan di Restoran Ayamas ni seronok ke?

Suatu ketika dahulu ketika Restoran AYAMAS mula diperkenalkan di Seri Manjung, kami sekeluarga antara peminat Restoran Ayamas, walaupun tak sesetia Restoran KFC.  Namun setiap kali ke Seri Manjung bila nak cari tempat makan nasi kami pasti akan ke Restoran Ayamas kerana nasi ayamnya sedap dan juga beberapa menu lain seperti ayam panggang madu serta kerana suasananya yang santai dan tak perlu tunggu lama (kerana tak ramai orang!?).

Tetapi restorannya di Seri Manjung tak bertahan lama mungkin dalam 5 tahun aje kot atau tak sampai 5 tahun.  Kini Restoran itu muncul semula di Seri Iskandar pula.   Kami berkunjung pula ke sana.  Namun suasananya berbeza, kerana di Seri Iskandar tiada tempat makan yang selesa seperti di Seri Manjung.  Pada awal pembukaannya, kami terpaksa makan di luar kerana meja dan kerusinya terletak di luar bukannya di dalamnya premis... tak selesa langsung macam tiada privasi.  Kami ambil keputusan untuk bungkus sahaja, tak jadi makan di situ.

Beberapa ketika kemudian, kami berkunjung semula ke sana (Seri Iskandar) kerana kelihatannya sudah ada meja dan kerusi di dalam premis.  Tambahan pula rasa rindu kepada keenakan ayam panggang madunya.  Di situ, kami order nasi ayam madu dan air... oh tidak...kena beli air kotak atau air tin yang terdapat di dalam freezer... yang sedihnya kena pilih sendiri dan bayar asing-asing... itu tak berapa sedih lagi.

Kami sekeluarga makan.  Tempat makan yang tak berapa selesa sangat sebab penghawa dinginnya terlalu sejuk dan menghala terus ke meja kami.  Petugas di situ... mungkin juga nak kena sound direct kot “Hoi! Aircond sejuk sangat la!”  kot baru nak bergerak.  Tapi kami taklah begitu, Cuma kedengaran anak2 merungut sejuk sangat lah... Petugas kat situ buat deeekkk jer.. leceh juga, hilang 1 mood.  Dah tu meja sebelah di tempat kami makan, petugas sedang buat kiraan apa entah lah... mungkin kira order atau kira untungggg kot.  Tak selesa kan?  Semasa kita sedang makan kedengaran petugasnya bersembang tentang untung rugi atau stok semasa.... sungguh tak selesa, hilang lagi 1 mood... makan jugalah pedulikan mereka.. mungkin kerana tiada tempat lain yang lebih sesuai kot untuk mereka berbincang.

Tiba-tiba..... black-out!!! Alamak tergelap pulak, sedang makan neh... mujurlah tempat makan kami tu berdekatan dengan pintu dan dinding kaca... cerahlah sikit, tidak kelihatan pula lampu tambahan atau usaha untuk menggunakan tenaga letrik tambahan untuk menenangkan pelanggan yang sedang makan... di sini saja dah kehilangan hampir 5 mood untuk makan dan semangat pun semakin hilang. 

Dalam pada itu, kedengaran siren dari bangunan sebelah mungkin siren kecemasan di Bank ... yang tidak diketahui pula punca bunyinya.  Kebaikan staf tidak boleh dinafikan, salah seorang dari mereka membuka pintu Restoran dan meninjau apa yang terjadi kemudian masuk semula... tanpa menutup pintu tadi menyebabkan bunyi bising siren berkenaan mengganggu kami yang sedang makan... memang hilang mood.... lantas kami meminta staf tadi menutup semula pintu dan ditutupnya.... Baru perasan dalam restoran itu ada lalat lah... hmmmm tak per lah... kat rumah kita pun kadang-kadang ada lalat juga mana nak buatnya...

Dalam kesuraman itu, datang pula staf mencuba alat penangkat lalat kelihatannya seperti raket tennis... melibas-libas ‘raket tenis’ tadi untuk menangkap lalat berhampiran pintu kaca... ada ke patut... Bagaimana di Restoran yang terkenal dengan namanya yang hebat dan gah itu membiarkan stafnya menghayun ‘raket tenis’ di hadapan pelanggan yang sedang makan... sungguh kurang sopan... nasib baik juga staf berkenaan tidak menghayun berdekatan kami..

Tak kisahlah apa pun.... kami menghabiskan makanan yang ada dalam keadaan seperti terpaksa kerana dah bayar ... mahal pulak tu... Cuma terubat sikit mood dan semangat yang hilang tadi bila ada staf yang membantu anak2 kami mencuci tangan mereka di dalam keadaan suram ala-ala romantika gitu...

Kami keluar dari restoran itu dalam keadaan yang kurang puas hati.  Walaupun hasrat nak makan ayam panggang bermadu itu tercapai tetapi oleh kerana beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang waktu makan langsung menjejaskan keenakan rasa ayam panggang madu yang dah rasa tak berapa enak seperti dulu.

Pandangan saya, pihak Restoran Ayamas sepatutnya
  1. mempunyai pelan kontigensi ketika berlakunya black out.
  2. Menggunakan alat perangkap lalat yang tergantung di dinding dan bukannya boleh dipegang dan dibawa ke mana-mana oleh staf.
  3. Menyediakan tempat khusus kepada staf untuk berbincang isu-isu atau soal kerja
  4. Tidak membiarkan staf bekerja dalam gelap, kerana tempat penyediaan kelihatan agak suram walaupun ketika tidak black-out.
  5. Menyediakan wang tukar yang mencukupi untuk digunakan ketika black-out, kerana cash machine tidak berfungsi
  6. Menyediakan tempat makan yang selesa jika hendak atau tidak perlu adakan lansung tempat makan, hanya untuk beli atau take away sahaja.
  7. Memberi latihan yang mencukupi kepada staf dari segi layanan dan pengetahuan tentang menu.
  8. Adakan tawaran dan promosi harga rendah
  9. Pastikan kesegaran makanan dan kualiti makanan sentiasa terbaik.  Contoh nasi ayam rasanya tak berasa masak dan sejuk.
  10. Lakukan sesuatu supaya bakal pelanggan tidak lari dan mengekalkan pelanggan sedia ada.
Sekian.