Pageviews

07 April 2011

Kerana Keychain Melaka dari Eyriqazz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kerana keychain Melaka dari Eyriqazz.com.  Gambar keychain tu seperti di atas... Kredit to Bro Eyriqazz.com, izinkan aye guna gambar ni yer... tak der repair kat mana2 fresh from your blog bro!

Macam mana nak mula cerita aye pun malas nak pikir lah... sementelahan peristiwa 2 3 hari lepas banyak menggugat pemikiran dan daya ingatan untuk berfikir perkara-perkara lain.  Namun kerana kengkawan kat blog dan demi penghargaan dikuatkan semangat dan tekad untuk buat catatan ni... kalau ayat atau jalan cerita agak kabur tu mohon maaf yer... (perasan pulak macam lah catatan sebelum ni hebat sangat... hu3)

Sebenarnya aye nak ceritakan tentang gambar kat bawah nih...
nampak tak?  bilangan pengunjung dari blog bro eyriqazz mencecah sehingga 14 orang untuk hari ini sahaja.  Terkejut juga sebab sebelum ni tak pernah dibuat pengunjung dari blog yang sama datang menjengah ke blog aye sampai 14 orang dalam satu-satu hari.  Sebetulnya juga, aye dah 2 hari tak lepak2 kat blog bro eyriqazz... sebabnya?  seperti yang dinyatakan di perenggan kat atas... Tadi jalan2 kat nuffnang.. ternampak (macam tak sengaja pulak) no. 14 tu... oh wow.. pasal apa ada cerita apa ... tertanya2 sendirian.

So!!! jawapannya ada pada gambar atas sekali dan ceritanya boleh baca kat entry bertajuk Pemenang Komen Terbaik.  Dan cerita di sebalik komen tu adalah berkaitan gula ...

akhir kalam... terima kasih...
"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa"

Budi bahasa budaya kita!

06 April 2011

Macam macam ada

Selamat sejahtera,

Laluan kepada penaja seketika... jangan ke mana-mana...

Insuran Prudential - Peluang untuk menangi voucher membeli belah bernilai RM30.00.  Ada yang minat ?  Discover how? meh baca kat sini...

seterusnya...


berminat dengan iPhone4... anda mampu berjimat sehingga RM288 untuk sebuah iPhone4 dengan DiGi...Tertakluk kepada terma dan syarat... penjelasan seterusya... klik pada gambar atau di sini.


dan terakhir... semoga terus ada lagi...

Volkswagen. Das Auto... Are you Polo enough?... no not me... coz i not play polo...So find out more besides 0.50% p.a.  (my english so broken... ops... may be typing error i guess not gucci..)
Find out more about new models of volkswagen and list of authorised dealer in Malaysia,  here.


walla... that's all for todays...

have a nice day ... just to remind this is not an entry for the April Fool day!!

.

Terlibat sudah!!!

Selamat sejahtera,


Setiap kali buat catatan untuk blog pasti ada ucapan 'selamat sejahtera', ucapan ini dibuat adalah sebagai doa semoga pembaca dan terutamanya penulis ini sentiasa selamat dan sejahtera dari segala bala bencana dan musibah.

Terlibat sudah?
Yup!  Sedari mula masuk kerja di tempat baru seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi atau gossip liar tak kira lah yang hangat seperti goreng pisang panas atau yang dingin seperti ABC. Tak suka jadi bahan gossip, justeru sedaya upaya buat tugas dengan sehabis baik serta kurangkan bercampur dengan group gossip dan menjauhkan diri dari sebarang percaturan tugas yang mendatangkan risiko. 

Namun apa daya, sudah tersilap langkah dan percaturan ku tidak tepat sama sekali, kerana aye bukanlah pandai main catur malahna main dam haji pun tak pandai juga... akhirnya terjebak juga dalam kancah gossip dan kontroversi...

Tak per lah.. yang sudah tu sudahlah jadikan pengajaran supaya jangan diulangi lagi kesilapan yang sama

Ingatan! Jaga tutur kata, tingkahlaku dan gerak geri... jangan sampai terpedaya dengan kerenah dan seribu mehnah.

Sudah lah....