Pageviews

28 Mac 2011

Monolog sambungan sebuah pengharapan yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


... sambungan kisah sebuah pengharapan yang tertinggal...

-  Kita mengharap kepada keadaan.  Adakah keadaan mampu membantu kita, lantas ia menjadikan kita berserah kepada nasib semata-mata tanpa perlu berusaha.  Sama seperti tawakkal, setlah berusaha sehabis ikhtiar dan daya upaya maka nasih mana yang menyebelahi kita, kita akan terima dan reda.  Namun adakah kita sepanjang masa bergantung kepada nasib yang baik... bagaimana sebaliknya?


-  Mengharap kepada masa.  Sama ada tempoh untuk sesuatu yang akan berlaku itu dipanjangkan kerana kita kurang bersedia.  Atau mengharapkan masa itu tidak akan berlaku kerana kita langsung tidak bersedia.  Adakah itu boleh dijadikan ukuran untuk kita tidak berusaha atau berhenti berusaha.  Dan harus ingat masa juga bukanlah alasan untuk kita melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak suka.  Suatu masa... saat itu akan tiba juga sama ada kita sudah bersedia kurang bersedia atau tidak bersedia.

-  Mengharap kepada alam dan suasana.  Bagaimana harus kita menyerahkan harapa kepada alam dan suasana .... tidak terduga dek akal...

-  Semua pengharapan itu andai bergabung akan kembali ke bahu kita.  Kerana kita tidak mampu "berdiri di atas bahu gergasi" yang begitu tinggi lantas menjadikan kita gayat dengan ketinggian itu.  Kita juga tidak mampu menyaksikan harapan itu berlalu pergi tanpa kembali lagi.



-  Bukankah lebih kita kita terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab serta bersedia untuk dikritik dan ditegur.  Daripada teguran itulah kita belajar dan mampu berdiri sendiri.  Dan, janganlah kerana takutkan teguran lantas menjadikan kita tidak berusaha dan menyalahkan semua yang ada di sekeliling kita... kononnya 'orang itu/orang lain' tidak boleh harap .  Bukankah harapan itu ada juga pada kita?...

layanzzzzzzzz

27 Mac 2011

Terkini dari Churp Churp

Selamat sejahtera,

Dapatkan maklumat terkini dari Churp Churp Share di yangbaik.blogspot.com

Antaranya:

MAD - RM38.80 for Steam Rice + Meng Kom + Kerabu Mango + Vegetables of the day + Thai Steam Fish Fillet + Green Curry Chicken + Tom Yam Seafood + Stuffed Crab + Chinese Tea at #BravoCafe

Tom Yam? Green Curry? Mango Kerabu? #BravoCafe is offering RM38.80 for a meal for 2-3pax. Only at #MilkADeal

~~~~~~~~~~~~~~~~~

26 Mac 2011

Blogger lama tak sombong lah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Blogger lama tak sombong lah! Mana ada blogger lama dan otai ni sombong, tak der yang kedekut ilmu.  Tengok macam blogger seperti denaihati, eyriqazz, benashaari, arriffshah, redmummy, yanmie, cikgudahlia dan banyak lagi yang aye kenal secara online jer... bersua muka memang tak pernah. 

Banyak tips menarik dari mereka bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda.  Bukan itu sahaja, banyak lagi tips yang menarik dari mereka seumpanya berkaitan google pagerank, nak tambah pendapatan dengan nuffnang ke advertlets atau pun yang terkini heartbeat... mungkin juga ada lagi yang terkini .... itu terpulang lah.

Kalau lah kita sebagai blogger baru minta tips dari mereka secara langsung bagaimana untuk meningkatkan pengunjung atau pendapatan atau rekabentuk blog... aye rasa bukan mereka tak bagi... kita perlu usaha lebih... sebab dalam blog yang aye senaraikan kata atas tu (bold) terdapat banyak tips-tips menarik dan untuk itu kenalah usaha lebih,... geledah blog mereka... carilah apa yang patut dan belajar terma-terma serta bahasa dalam blog yang kadang-kadang agak mengelirukan.

Bagi aye, walaupun dah lama berblogging, tetapi masih lagi terkial-kial mencari makna tersirat di sebalik istilah istilah tertentu seperti bounce rate... ada kat blog denaihati... dan macam-maca istilah lagi.... antara rajin dengan tidak dan bagi masa sepenuhnya untuk mendalami ilmu blog.

Aye ni bukanlah jenis rajin sangat nak membaca sebab tu lah malas nak ambil degree... huhuhu.... tapi aye nih suka juga bila dapat tau benda baru  ada hati nak baca... cuma sekadar dah tau cukup... tu jer... itu sebablah blog nih... tak meningkat ningkat pagerank nya sedangkan blogger lain yang baru dari aye pun dan lebih tinggi.

Iklan jap: contest iPad 2 Malaysia di blog denaihati masih lagi berjalan.  Kepada yang berminat sila lah klik kat gambar iPad kat belah kiri ni yerk.

ini adalah contoh gambar yang aye maksudkan... jangan klik kat gambar ni... tak kemana pergi nye... klik kat side bar... anda ada selangkah lagi untuk mendapatkan iPad 2 Malaysia secara percuma.



sekian, cukuplah dulu... kalau ada apa2 nak kongsikan jangan segan segan beri pandangan anda yerk...