Pageviews

13 Mac 2011

Broadbands are the best inventions

Selamat sejahtera 1Malaysia,



Earn points five times more with just a simple step!

Now the new generation of us, we need to be constantly connected to the internet, long before people will say no music no life, but for this generation, no internet no life.

You will feel uneasy, your palms will be sweaty and your heartbeat will beat irregularly if one day you are disconnected from the internet world.

Broadbands are the best invention, and DiGi is giving you the most affordable rates in town, as low as RM38 per month, you get to surf the internet up to 3GB! Not a broadband subscriber yet? Well you know it's never too late to subscribe to DiGi Day plan now.

Not good enough? How about this, if you have Bonuslink card, you will get 3 times the point when you pay your bills on your 6th - 12th months, then there you will unlocked the major 5 times rewarding points for every RM1 when you pay your bills on the 13th month onwards. Get a broadband for yourself and your friends today, you know you need it! Have fun sharing!

Bonuslink has changed my life. Not only I can use it when I am pumping petrol, it serves me well when I am shopping too. And now it's collaborating with DiGi? Too cool to be true! #digibroadbandbonuslink









Musim Cuti Sekolah, semester break dan kerja pejabat ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com,


Cuti sekolah dah bermula untuk seminggu lagi.  Sebelum cuti sekolah, cikgu akan bagi kerja sekolah untuk dibuat kat rumah yang akan dipanggil kerja rumah...

eh kalau kerja kat rumah yang sememangnya mak mak dok buat setiap hari tu... nak panggil apa pulak?... kerja yang tak sudah sudah termasuklah kerja pejabat yang kadang-kadang terpaksa bawa balik ke rumah... perlu ker? OT kat rumah pulak ... tapi siapa yang nak bayar?  Bos tak nampak kalau kita bangun pukul 4.00 pagi untuk siapkan kerja pejabat... well semoga hasrat dan kerja yang dibuat pada masa yang tak dituntut elaun OT dapat menggantikan masa masa yang terbuang semasa kerja di pejabat lantas menjadikan gaji yang kita dapat itu solid halal tanpa syubhah...




pasal semester break pulak? tadi terjumpa iklan tentang hari terbuka dari Taylor's College dari Nuffnang.com.  Itu menandakan cuti semester dah tak lama lagi... bermaksud juga... exam pun dah dekat jugak... get prepare guys.. bukan saja student yang sibuk... staf HEA lagi sibuk tambahan lagi staf yang jaga exam...  ada meeting lagi....

..

Travel sambil dengar radio Era

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak travel ke mana cuti sekolah nie?  Kesian anak-anak depa yang dapat cuti tapi umi dan ayah tak der cuti ler, cuti hujung minggu jer... So kena lah apply cuti untuk bawa anak-anak pergi melancong.  Tak perlu melancong ke luar negara, dalam Malaysia pun dah cukup bagus.  Banyak tempat-tempat menarik.  Dan... yang penting tak perlu apply cuti untuk banyak hari, cukup jer untuk 2 hari... Cukup eh?... Opss sebelum tu pastikan juga kerja sekolah anak-anak dah siap yerk...

nak tengok tempat melancong yang menarik termasuk tempat makan?  Dapatkan semua maklumat di Mas Treveller.  menarik sangat... klik juga pada gambar kat bawah nie



Ha... kalau nak melancong perlu duit yang banyak kan.  So sambil-sambil melancong tu dengarlah radio Era, ada peraduan kat situ... boleh dapat hadiah RM ribuan ringgit...






macam mana?   buleh layan jer....


*p/s:  cerita hujung minggu:  mr hubby dah ke perlis nun subuh kedaung tadi... majlis akad nikah adik, aye dan anak2 tak dapat lah nak ikut travel sambil dengar radio... esok nak kerja, anak2 pun kurang sihat.... rehat jer kat rumah... ntah bila dapat ikut pi jenjalan tak tau la... tak dapat lah nak buat blog pasal majlis tu...isk3

12 Mac 2011

MAD - RM10 (Harga Biasa: RM20) untuk 24 keping Biscotti Tuscan Asli dari Bisquisito, Taman Desa [Diskaun 50%]

Selamat sejahtera 1Malaysia,



Milk A Deal (MAD):  RM10 (Harga Biasa: RM20) untuk 24 keping Biscotti Tuscan Asli dari Bisquisito, Taman Desa [Diskaun 50%]


Antara syarat2:

•RM10 untuk sekotak yang mengandungi 24 keping Biscotti 4 perisa, dibungkus dalam 4 pek individu dan setiap pek mengandungi 6 keping Biscotti. Perisa-perisa yang terkandung di dalam ialah: Tutty Fruity, Almond Mango, Wholemeal Marble dan Pecan Butterscotch


•Untuk setiap pembelian 5 kotak, PERCUMA 6 keping Biscotti berperisa Pistachio Cherry

•Tempoh penebusan: 18 Mac 2011 - 18 Jun 2011

Cepat cepat tawaran pada harga diskaun ini akan berakhir pada 15 Mac 2011.
 
Untuk keterangan lanjut sila klik pada gambar di atas.
 
Terima kasih.

Sakit kepala apa ubatnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



sakit kepala!!!!!
sakit kepala ada macam-macam sakit
ada yang sakit kepala bahagian atas saja... doktor kata itu tanda stressssss
ada yang sakit seluruh kepala sampai kebelakang... itu bahaya... kerana tak cukup tidur dan tak cukup rehat juga tanda-tanda darah tinggi akan tiba...
ada yang sakit kepala sebelah saja... kata kawan-kawan itu tanda migrain....atau kerana resdung atau kerana selsema yang kuat....

apa ubat sakit kepala????

suatu masa dulu (belum berkurun lagi) hubby aye sakit kepala yang teramat sangat... kesian tengoknya... sampai habis sebotol minyak cap kapak dituangnya atas kepala tapi tak juga hilang sakitnya...
lalu dengan sedikit ilmu yang diperolehi dari pembacaan... aye ambilkan ais hancurkan masukkan dalam beg plastik ikat kuat2 kemudian balut dengan tuala 'good morning' dan tuam atas kepala kat kawasan dahi... baru nampak lega....

lagi senang kalau makan panadol takpun apa-apa aje ubat tahan sakit yang ada kat farmasi... tetapi kita taklah boleh bergantung sangat dengan ubat-ubatan nie... nanti hilang pula daya tahan sakit.

eh... cerita sakit kepala ni... puncanya mungkin juga sebab lama sangat mengadap laptop tu... tak hingat dunia...


BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com ,


Ben Ashaari : Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan (bukan episod cari gaduh!!!)

Apa pasal la pulak pagi-pagi nih, memang dok kering idea nak menulis sebab semalam punya cerita.  Tiba2 terjumpa idea nak buat cerita.  Dah macam tsunami yang melanda Jepun pulak.... memang dasyat... eh itu nak buat citer lain.  Catatan ini pasal Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan.  Saja-saja pulak nak menyibuk kat sini.

Okehlah dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek nih, aye nak jawab assignment nih..

1.Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
  • ikhlas atau tidak bergantung kepada blogger tu lah... ada sesetengah nampak macam main2 jer tapi kalau ikhlas dari jauh mana pulak aye tau kan... tapi kat blog aye tak ramai blogger lelaki yang bagi pendapat.


2.Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
  • heh!  bab ni kena tanya depa la pasai apa.  Tapi kalau ikut penasihat aye, kalau letak gambar takder privasi dan tak yah lah nak glamor sangat... yer ker...

3.Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
  • Secara umumnya lelaki berblog adalah untuk mengisi masa lapang daripada dok mengumpat dan melepak tak tentu pasal. Paling penting dapat lupakan masalah peribadi dan dapat kurangkan aktiviti merokok... heheheh ada betoi ka?

4.Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
  • Sebab kan.... eh lelaki kan sering dikaitkan dengan pepatah "perempuan keliling pinggang", mana ada pepatah untuk perempuan "lelaki keliling pinggang"... ngeh3.  Jujur aye katakan sebab blogger lelaki pandai buat ayat (ada tarikan kat ayat) dan catatan pun taklah peribadi sangat...  

5.Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
  • Soalan ni ... macam jerangkap samar la pulak... alaaaa... dah tau kan? Blog Bro Benashaari.com, Bro eyriqazz.com, denaihati.com, pakweku.blogspot.com ... bla bla bla... ada lagi... tapi tak dapatlah nak taip semua sebab ini adalah antara blog yang wajib diterjah setiap kali aye online... yang lain tu jangan kecik hati pulak... ada juga singgah tengok mood bila baca tajuk jer...

6.Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
  • susah nak jawab... sebab dah bahagia sebagai perempuan dan tak nak pikir sebagai lelaki pulak... ngeh3

sekianlah adanya... okeh siap..

11 Mac 2011

Bukan kerana publisiti | Mahal bukan Murah lagi bukan!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dah agak lama tak menyibuk dengan bloger nih... kalu dulu setiap kali dia buat segmen mesti nak join, kalau tak join rasa macam satu kerugian pulak.  Tapi sekarang nih tak dapat lah nak menyibukkan diri untuk join segmennya... tambahan dengan segmen yang berteraskan gender... heee tak kuasalah... bukan aye anti gender XX tu... sebab kalau tak der XX takder la YY kan?... heheh betoi ka...

Yang sebenarnya rasa macam tak selesa jer nak buat entry ni... kot2 nanti dia baca pulak dah jadi blog panas tak kena kutuk kaw kaw macam kopi kow pulak... tapi ada ker dia baca blog nih... rasanya tak pernah kot... sapalah aye... yer lah lagi pulak dah lama tak masuk segmen dia, senarai dalam blog list dia pun dah terkeluar... dah due kot... sebab dia buat segmen baru untuk masuk blog list baru 2011... aye tak buat entry utnuk segmen tu..  rasa cam malas sebenarnya culas.... hah!!! culas tu ape...  pi cari kat kamus dewan bahasa...

Erm... nak bagi tau ker sapa dia tu... tak yah lah... buat koleksi peribadi sendiri dah lah..."yang tau jer"

Di larang membuat bida'ah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Pada penghulu hari ini.... hanya ini dulu yang sempat diadakan...



Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.(Hassan bin Athiyyah)












terima kasih.

10 Mac 2011

Aduhai! Hanya kerana ubat gigi jer...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber gambar:  google.com)

Aduhai! hanya kerana ubat gigi sahaja rumah tangga boleh jadi pecah belah.  Opss! tolong yer... bukan rumah tangga aye, sebab rumah aye memang dari dulu tidak bertangga, cuma guna tangga untuk cuci kipas atau betulkan lampu kalimantang yang sering berkelip kelip macam lampu disco... tak kuasa lah.  Heh.. dah lari tajuk pulak... kejar balik dan tangkap semula. Hm... kenapa ada yang tak percaya ker hanya kerana ubat gigi (ulang lagi sekali yer kawan2) sesebuah rumah tangga boleh jadi goyah.  Manakan tidak semasa dok asyik masyuk bercinta memadu asrama ketika bulan cinta, mana pernah terpikir pasal ubat gigi...


(sumber gambar:  google.com)

Kalian tau tak bagaimana pasangan wang kalian guna, I mean picit ubat gigi? Tak tau kan.  Melainkan yang sudah sah berumahtangga of course le depa tahu macam mana partner depa picit ubat gigi.  Ada yang picit macam gambar kat atas (abaikan jenama kerana apa-apa jenama pun boleh jadi jugak!!!)... Eeee.... mesti geramkan... terutama kaum wanita yang sering dikaitkan dengan cermat dalam memicit ubat gigi...

Jangan terkejut andai ada punca perceraian hanya disebabkan oleh sebab cara memicit ubat gigi.  Namun bagi kita yang masih berakal dan punyai tahap kesabaran perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, biarlah bagaimana sekalipun pasangan kita memicit ubat giginya... lantaklah... asalkan kau bahagia, tak perlulah kita susah payah memikirkan mengapa begini jadinya.

(sumber gambar:  mr. google.com lagi...)

Okeylah, kepada pengeluar ubat gigi di Malaysia, tak kiralah apa jenama sekalipun apa kata kali ini jadikan pemegang ubat gigi (seperti gambar di atas) sebagai hadiah percuma.  Selama ini kita sering diberikan hadiah seperti mug, gelas, piring, pinggan dan mangkuk.... yang aye rasa kurang berkaitan dengan ubat gigi.  Aye tak pernah jumpa lagi benda tu (pemegang ubat gigi) di mana-mana atau sebagai hadiah dari ubat gigi.  Tak tau pulak kalau-kalau pernah ada, mungkin aye tak perasan dan tau guna...

Sekian.

p/s:  apa pula ubat gigi yang anda semua guna.  Adakah ianya Zaitun, Mukmin, Raiya, Colgate, Darlie, Oral B, Sensodyne atau apa saja pastikan ianya suci dan halal.... yang penting ia juga bebas dari bahan yang memudaratkan.

....

09 Mac 2011

Hari ini dan esok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



Hari ini... lambat update
hari esok... belum tentu lagi dapat update
ke'busy'an mula melanda...

maka dengan itu merosot lagi ....lawatan
idea yang dah tersimpan...ingat nak buat cerita tentang Apple iPad 2 di Malaysia
eh alih tak alih macam dah nak keluar pulak iPad 4... betoi ke...nanti nak kena google jugak neh... sambih menggigihkan semangat yang semakin hilang dan semakin lemau....

opss esok hari khamis kan?
kena bawa miss nina... eh Miss Inas & Miss Diena ke KIA kat Felcra Nasaruddin Bota
dengar khabarnye Miss Inas akan diberi suntikan lagi... demam ke idak tengoklah nanti...

layan...