Pageviews

13 Disember 2010

Dilema dan Delima

Assalamualaikum,


Dilema dan delima adalah suatu perkataan yang jauh sekali perbezaan.

Dilema adalah sukar membuat keputusan, seperti diluah mati bapa ditelan mati mak... tak tau nak buat pilihan yang mana satu ...

Delima pula adalah sejenis buah yang sedap... ada sesiapa pernah makan?... isinya berbiji dan warna merah... kalau memiliki bibir yang cantik ... dikatakan bak delima merkah... bukan delima mekah yer...

apa nak cerita kat sini? heheeee blur jap...

sebenarnya aye dalam dilema tentang suatu cerita yang nak dibuat cerita dalam blog nih...

tapi buat masa ni... elok aye simpan dulu citer tu... kot2 ada angin rasa2 nak publish, nanti aye publish...

bukan kerana nama

bukan juga kerana gambar

bukan lagi....

bukan kerana tiada idea

bukan kerana nak meniru

bukan jugak.....

bukan

bukan

bukan.....


 

yehaaa

Assalamualaikum,

sukanya hati streamyx kat rumah dah pulih, baru jer 2 3 jam tadi...

nakpi siap2 dulu

nak pi pasar malam

pasar malam dekat pejabat SIDEC, setiap hari isnin

kat bandar U pulak setiap hari rabu

meriah.....

da....

11 Disember 2010

Aku dan budak-budak

Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam 1Dunia,

nak berkongsi cerita dan kata-kata tentang kisah seorang 'aku' dan budak-budak...

layan....


"Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim".  Yazid bin Maisaroh


udah....

tak paham yer.... baca banyak2 kali....

10 Disember 2010

apa nak buat bila...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

apa nak buat bila masuk rumah orang?
=> duduk diam2, jangan nak melilau merata2 dan jaga mata - biarpun tuan rumah kata buatlah macam rumah sendiri...

apa nak buat bila tak der kerja?
=> carilah kerja apa yang patut boleh dibuat, jangan kira apa juga pangkat kita, pegawai ker orat dawai ker... kerja tetap kerja kalau tidak nanti dikatakan makan gaji buta

apa nak buat bila dicampak dan dibiarkan?
=> buatlah apa yang patut, pandai2 lah nak hidup... ikhtiar untuk hidup perlu ada dan gunalah masa yang ada untuk mengkoreksi diri... buat persiapan untuk masa depan

apa nak buat lagi?
=> buatlah apa2 jangan menyusahkan orang sudah... baca buku yang berfaedah...

apa salah kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


mengapa salah kita yang orang nampak?

susah juga nak jawab tu..sebab jawapannya ada pada kita...

jawapannya... mengapa kita nampak salah orang lain dan tak nampak salah sendiri?

sebabnya... pada masa kita nampak salah orang, kita punya perasaan yang kuat bahawa kita tidak bersalah... lantas tanpa memikirkan apa salah kita kita juga hanya nampak salah orang lain... betul tak?

betul atau tidak.... itulah hakikatnya... iaitu kita sukar menerima kesalahan dan kesilapan sendiri... memang susah sangat...

~~~~~~~~~~~~~~~~
bebel lagi...

Di mana silapnya wanita

Assalamualaikum dan selamat sejahtara buat 1Malaysia dan 1Dunia maya,


Dah beberapa hari rasa terpanggil (macam panggilan pulau pulak) untuk buat cerita atau berkongsi pandangan dan rasa mengenai wanita. Almaklumlah naluri wanita... walaupun kita sama2 wanita namun ada banyak juga perbezaan yang sama adalah rasa dan perasaan cuma tak menonjol sangat.  Penonjolan sifat kewanitaan dan perasaan kita mungkin juga bergantung kepada didikan oleh ibubapa kita, turut dipengaruhi juga persekitaran selain daripada didikan semasa sekolah dan cara pemikiran kita serta juga pengaruh dari naluri sendiri...yang berlandaskan adat dan pegangan kepada agama.

Seteguh manapun pegangan agama kita, adakalanya perasaan yang sama seperti sedih dan air mata tidak pernah lari... kerana itu kekuatan wanita kan?... percaya atau tidak... lepas menangis kita akan rasa kuat dan semangat kita kembali pulih... kerana dari air mata itu datangnya kekuatan untuk mengatasi kesedihan dan rasa dukacita...

Untuk itu juga air mata sebenarnya lebih banyak memainkan peranan dalam kekuatan wanita disebalik kata-kata yang kadang2 tidak difahami... namun... air mata itu janganlah dibazirkan hanya kerana melihat cerita hindustan atau cerita korea atau cerita jepun yang sedih2... langsung takder makna mungkin juga buat dosa lagi... kerana air mata yang mengalir untuk perkara yang sia-sia...

Oleh itu untuk dapatkan pahala atas air mata yang mengalir... menangislah kerana takutkan neraka Allah... antaranya yang boleh aye kongsikan di sini ialah satu jer... sangat2 penting untuk wanita semua... menangislah takutkan seksaan Allah kerana tidak mampu melawan cakap suami... ????!!!  Bukan tidak mahu melawan cakap suami... tetapi kerana apa yang suami marahkan atau bebelkan tentu ada sebab... cuba fikirkan di mana silapnya kita dan jangan terus melawan... untuk itu ... ewahhhh cam kaunselor la pulak... tapi itulah hakikatnya... kita bukannya sempurna, begitu juga dengan suami kita, tetapi kita adalah pelengkap kepada kekurangan suami kita ... kan?  kalau dulu2 masa aye belum kahwin kena pi kursus kat masjid (Masjid Negeri, Ipoh) selama 3 bulan.... macam2 ceramah kita dengar siap ada exam lagi... tapi sekarang hanya sehari jer... apa yang sempat kita dengar ... ntah buleh faham ke , ntah ada exam ke tidak... rasanya tiada..

cukup dulu membebel kat sini... nantii jemu pulak yerk?

09 Disember 2010

Sudah mencecah 34 minggu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


cahaya pelangi ke-3, Insya Allah kini sudah berusia 34 minggu tinggal lagi 42 hari akan muncul
dalam tempoh 34 minggu nie... macam2 yang terjadi. yang dah terjadi tu sudah lah... jadikan iktibar supaya tidak berulang lagi....

nak tunggu 42 hari lagi... kalau ikut kata doktor bila dah mencecah 36 minggu insya Allah akan selamat dan dah boleh tengok dunia.... taraaaa....

mungkin tak sampai 42 hari, kalau pantang nak kena tunggu 44 atau 45 hari yerk?

hm... masih suspen jugak ...

Apa tujuan kamu update blog?

Assalamualaikum,

sesaja nak menyibuk...
tadi singgah jap kat blog bro Ben...
eh... cepat sangat pulak buka ceritanya
jalan cerita nya macam ni...
kita selalu update blog kan...
apa tujuannya?
tentu banyakkan

antaranya;

1.  sebab suka tengok update sentiasa dikemaskini

2.  sebab nak dapatkan rangking tertinggi dalam blog list

3.  sebab ada idea

4.  sebab idea mencurah-curah pastu buat enrtry auto publish...kan?

ada nak tambah lagi?

5.  sebab ni sama ngan no. 2 - lepas ni nak pi tengok kat blog Bro Ben... kat mana blog aye...
(huh.... memang kerje gile....betollah nak kejor nama...)

Cari Mood dan Astro

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia maya,


Dalam kesibukan ... tak habis-habis dengan sibuknya... macam la orang lain tak sibuk yerk...


sebenarnya sedang cari mood baru untuk update blog... tup2 terjumpa ads dari nuffnang berkenaan ASTRO.
teringat pulak kat anak2... dok suruh pasang ASTRO kat rumah,


actually kat rumah aye memang takder ASTRO lagik.... ish... malu jer... malu ker?... tak lah...
sebab apa nak pasang ASTRO?... sebab nak tengok kartun... ini tak lain mesti maid yang perosah budak2 tu... hei...macam2 la diorang neh, dah budak2 tu tengok ASTRO , nanti berebut pulak dengan maid tu nak tengok ASTRO jugak... sudahnya kejer ke mana....


jumpa banner ni masa blog walking.... so copy letak kat blog aye pulak... kot2 nak sangkut BE ker... dah lama Nuffnang tak kasi BE, ME pun ciput jer...

memang ada hasrat nak pasang ASTRO kat rumah, tapi nak tunggu dulu...kot2 ASTRO nak buat promosi murah lagik.... hehehee

http://astro.com.my/cutisekolah - boleh muat turun kalendar... cubalah

p/s:  tumpang tuah orang jer... sebab tuah ayam nampak di kaki, tuah harimau pada belangnya, tuah kerbau pada tanduknya, tuah manusia .... tunggu kereta tuah keluaran proton

07 Disember 2010

1 Muharram 1432 bersamaan 7 Disember 2010

Assalamualaikum dan selamat menyambut Maal Hijrah 1432,

Awal Muharram detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan Nabi dan Umat Islam
dari Kota Mekah ke Kota Madinah...

...