Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan

04 September 2011

Mengapa isteri jumpa lelaki lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Mengapa isteri jumpa lelaki lain.  Huh! panas memang panas tajuk nih.  Nak buat cerita macam mana yer asalkan tiada pihak yang terasa hati.  Boleh tak kita berfikiran positif dengan berfikir begini "Isteri jumpa lelaki lain... semasa urusan rasmi di pejabat" 

apa kaitannya pula dengan Isteri kamu antara lelaki lain?

Kita wanita sebagai isteri keluar rumah adalah atas izin suami sama ada nak ke TESCO dengan kawan-kawan atau dengan anak2 tetapi bukan dengan lelaki lain.

Kita juga sebagai isteri bila keluar rumah kerana bekerja di pejabat juga atas keizinan suami dan suami kita juga harus malahan wajib tahu apa jenis kerja kita dan siapa pula bos kita atau rakan sejawat kita.  Rasanya tak perlu takut untuk memaklumkan kepada suami siapa pula lelaki lelaki lain yang sering berurusan dengan kita semasa berkerja.

Sebagai isteri jangan sesekali membelakangkan suami ketika di mana juga berada walaupun keberadaan kita di luar rumah adalah atas izin suami.



Mengapa pula isteri harus jumpa lelaki lain atas urusan apa pula? 

Janganlah kita sebagai isteri bertindak zalim terhadap diri sendiri dengan berjumpa lelaki lain.

Sekian.

*.*



.

26 Mei 2011

Isteri kamu antara lelaki lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Erk!!!... Eh hairan yer. Kenapa tajuk catatan ni 'Isteri kamu antara lelaki lain". 

Tajuk ini di buat adalah kerana gambar seperti hasil keywords yang diperolehi dari nuffnang.


kurang periksa pula mengapa dicari 'isterinya' di sini.  Jenuh jugaklah aye dok menggoogle dengan keyword tu... tak pulak jumpa blog aye dah sampai 30 halaman.

Untuk tidak menghampakan... aye sertakan di sini klip video yang disampkan oleh Ustaz Azhar Idrus,  klip ini dijumpai atas keyword 'isteri kamu antara lelaki lain'
memang sungguh menghampakan tidak tahu mengapa, link untuk klip video itu tidak dapat dipaparkan di sini...

So, andai ada yang berminat googlekan aje 'isteri kamu antaran lelaki lain' pasti kamu akan jumpa video Ustaz azhar Idrus yang aye maksudkan di atas.

Jadi.... layan lah dulu mana-mana yang ada kat sini
sekian, semoga memberi manfaat
.

10 Disember 2010

Di mana silapnya wanita

Assalamualaikum dan selamat sejahtara buat 1Malaysia dan 1Dunia maya,


Dah beberapa hari rasa terpanggil (macam panggilan pulau pulak) untuk buat cerita atau berkongsi pandangan dan rasa mengenai wanita. Almaklumlah naluri wanita... walaupun kita sama2 wanita namun ada banyak juga perbezaan yang sama adalah rasa dan perasaan cuma tak menonjol sangat.  Penonjolan sifat kewanitaan dan perasaan kita mungkin juga bergantung kepada didikan oleh ibubapa kita, turut dipengaruhi juga persekitaran selain daripada didikan semasa sekolah dan cara pemikiran kita serta juga pengaruh dari naluri sendiri...yang berlandaskan adat dan pegangan kepada agama.

Seteguh manapun pegangan agama kita, adakalanya perasaan yang sama seperti sedih dan air mata tidak pernah lari... kerana itu kekuatan wanita kan?... percaya atau tidak... lepas menangis kita akan rasa kuat dan semangat kita kembali pulih... kerana dari air mata itu datangnya kekuatan untuk mengatasi kesedihan dan rasa dukacita...

Untuk itu juga air mata sebenarnya lebih banyak memainkan peranan dalam kekuatan wanita disebalik kata-kata yang kadang2 tidak difahami... namun... air mata itu janganlah dibazirkan hanya kerana melihat cerita hindustan atau cerita korea atau cerita jepun yang sedih2... langsung takder makna mungkin juga buat dosa lagi... kerana air mata yang mengalir untuk perkara yang sia-sia...

Oleh itu untuk dapatkan pahala atas air mata yang mengalir... menangislah kerana takutkan neraka Allah... antaranya yang boleh aye kongsikan di sini ialah satu jer... sangat2 penting untuk wanita semua... menangislah takutkan seksaan Allah kerana tidak mampu melawan cakap suami... ????!!!  Bukan tidak mahu melawan cakap suami... tetapi kerana apa yang suami marahkan atau bebelkan tentu ada sebab... cuba fikirkan di mana silapnya kita dan jangan terus melawan... untuk itu ... ewahhhh cam kaunselor la pulak... tapi itulah hakikatnya... kita bukannya sempurna, begitu juga dengan suami kita, tetapi kita adalah pelengkap kepada kekurangan suami kita ... kan?  kalau dulu2 masa aye belum kahwin kena pi kursus kat masjid (Masjid Negeri, Ipoh) selama 3 bulan.... macam2 ceramah kita dengar siap ada exam lagi... tapi sekarang hanya sehari jer... apa yang sempat kita dengar ... ntah buleh faham ke , ntah ada exam ke tidak... rasanya tiada..

cukup dulu membebel kat sini... nantii jemu pulak yerk?

Carian