Pageviews

09 November 2010

Merungut untuk hilangkan stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita seharian, ada saja yang tak memuaskan hati dan kehendak kita.  Macam-macam permintaan yang perlu kita turuti dan dalam masa yang sama macam-macam arahan juga perlu kita ikuti berserta bermacam-macam peraturan.

Dan, ada ketika kita perlu luahkan rasa tidak puas hati... dengan cara yang berhemah.  Bukan memandu sahaja yang berhemah, meluahkan perasaaan juga perlu berhemah.  Mengapa berhemah?  Untuk lebih nampak sopan dan beradab dan dalam masa yang sama tidak membebankan orang lain yang mendengarnya.

Merungut tidak salah, kerana ia untuk melepaskan apa yang terpendam di hati seperti rasa tidak puas hati.  Namun selepas dilepaskan segala rungutan tu... sambung lah semua buat kerja sambil memikirkan apa yang dirungutkan tadi... adakah ianya perlu diterima atau tidak..

Sehingga kini dulu rungutan di pagi hari... jangan tension yer baca rungutan nih... kita sama-sama belajar...
untuk melepaskan rasa yang terpendam supaya dapat diteruskan kehidupan untuk hari ini dengan lebih rasa ceria dan gumbira....

Sekian...

08 November 2010

orang yang paling sibuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

siapa yang paling sibuk????

Nabi Muhammad S.A.W seorang Rasul dan Nabi masih ada masa untuk bersama keluarga

teringat satu petikan... tapi tak ingat baca kat mana dan siapa penulisnya...
"Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak masa lapangnya"

nampaknya kita yang tak sibuk ni... memang tak der masa lapang

atau dengan kata lain... orang yang banyak masa lapang tu orang yang paling sibuk lah ...

layan...

p/s:  tunggu mr. NUFFNANG tambah BE (Buffered earning), BE lama dah jadi ME (metered earning) pulak... tapi tak juga ditambah2... nak buat iklan apa lagi yer?

Ola Monday!!!

Salam Sejahtera,

Hari Isnin.... sering diperkatakan sebagai Isnin yang Biru... Mengapa yerk?... Sebab hari Isnin adalah "Monday Blues"... hehehehe. 

Main-main jer... dah tiga cuti.... nih... broadband pun ikut cuti sama... sambut pesta cahaya yang tak berapa nak bercahaya... manakan tidak... pagi2 hujan, bila malam menjelang penuhlah dengan kelkatu malam mencari cahaya, makanya sebahagian lampu pun terpaksalah di'korban'kan... terutama kat ruang tamu... on ajelah lampu kat porch tu... kasi can kat exora berpesta cahaya ngan kelkatu...

sekian sahaja kisah 'monday blues' aye....

apa pulak kisah isnin biru kalian.....ada rasa2 nak share, silakan...

07 November 2010

Lalai lagi dengan kemudahan yang ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lalai lagi!  Kita sering lalai dan alpa dengan tugas dan tanggungjawab terhadap sesuatu perkara apabila kita tertalu tekun dengan sesuatu perkara yang lain.  Mengapa?  Kerana... mungkin juga kita ambil mudah dengan kemudahan yang telah diberikan atau dengan kebebasan yang telah ada. 

Apa yang perlu dilakukan?  Sentiasa beringat dan berwaspada dengan kemudahan yang diberikan dan beringatlah juga kesannya apabila kita tidak lagi ada kemudahan itu.  Bersediakah kita untuk hadapinya?  Kuatkah kita untuk berhadapan dengan situasi baru yang memang cukup baru ...

Sesekali teringat dan baru tersedar bahawa kemudahan dan kesenangan yang kita ada itu mungkin memang tidak lama dan tidak selamanya ia menjadi suatu kemudahan dan kesenangan kepada kita.  Mengapa?  Kerana sekiranya kita tidak bersyukur dengan apa yang ada... apabila kemudahan itu ditarik balik... saat itu akan terasa betapa berat dan susahnya... dan saat itu tidak berguna lagi sebarang sesalan, apa yang penting kerjasama dan berguna pada itu adalah kekuatan untuk menghadapi kehilangan itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda. (Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)

05 November 2010

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN

Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan bersua lagi,
Tiba2 rasa macam kena histeria pulak, terpukau dek kecantikan rantai kunci riben warna pink. Lansung terus nak join contest pulak... dah agak lama jugak tak join contest atau GA ...

GA diberi nama GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN dianjurkan oleh no-no-eumi.

Aye tau GA ni dari mama ada blog.

Untuk join GA ni sila ke ke blog no-no-eumi 

Sekian adanya... terima kasih, selamat mencuba!!!!! (ayat skema pulak...) 

Apa cerita malam tadi?

Salam,

ulang tajuk catatan:  Apa cerita malam tadi? dan tambahan lagi... cerita tentang keputusan Pilihanraya di Bukit Sapi dan Galas.  Dua-dua kawasan berkenaan telah diungguli oleh BN.  Tahniah kepada BN

cerita kedua tentang Money Boy dalam siri 999 di TV3, tak habis pun tengok nye... dari jalan cerita permulaan dah dapat agak... memang dasar... tak nak sambung lagi...

cerita ketiga:... tentang hari ini... Cuti Umum Sempena Hari Deepavali...

Stop Dulu... jumpa lagi

:-)

saya suka juga

04 November 2010

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah


Assalamualaikum dan salam sejahtara,

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah.  Dalam sedar dengan tidak... bukan kerana minda di bawah sedar dan tiada kaitan dengannya.  Telah beberapa kali beberapa pencarian berkenaan nik zaris nelydia senrose singgah di blog YB,

Siapa dia...antara ringkasan yang YB dapat, hasil dari pencarian dengan Cik Google, didapati bahawa nik zaris nelydia senrose adalah seorang artis baru yang memegang watak sebagai Anisa dalam drama Ahmad Durrah di TV3 dalam Slot Zehra.



Suka dengan watak Anisa?... nampaknya 'Anisa' adalah seorang gadis ayu yang sopan dan sedap mata memandang.... dan mungkin agak berbeza dengan 'Anisa' yang berada di luar.  Apa-apa pun itu hanya lakonan di pentas dunia.

Dan cari punya cari lagi .... oih... betul2 punya cari nih... yer lah nak tahu jugak siapa dia yang jadi bahan carian di internet... tak macam YB... tidak popular pun ... perasan!!!!

Dari pengamatan YBe, nik zaris nelydia senrose rupanya pernah jugak berlakon dalam drama SPA Q dan mungkin juga beberapa drama lain yang YB tak perasan dan tak ingat tajuk...

Dan (lagi) last but not least... jumpa lah gambar nye... tak sanggup YB nak tengok nyer... minta maaf lah tak sanggup jugak nak tempek gambar tu kat sini, sebab bukanlah YB ni suka sangat bab bab kontroversi yang melibatkan peribadi individu.   Apa yang penting di sini, bagi YB ... semua itu adalah dasar hak peribadi individu dan kisah lampau yang mungkin tak ingin diingat lagi oleh pemilik nama berkenaan.   Sama macam kes Tiz Zakiyah yang cantik manis dan beberapa artis yang telah dan akan mencipta nama... harapan semoga bukanlah semua artis pernah mengalami situasi 'gelap' dan seksa sebegitu sebelum mencipta nama...


p/s:  belum berkesempatan lagi melihat slot Ahmad Durrah, walaupun dah beberapa episod... kesian kan... tak der lah... tak penting sangat tu... kalau ada masa nanti nak curi2 tengok gak...


Terima kasih baca entri ini, Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durah?

hari ni okey ker?

Assalamualaikum,

apa mood anda hari ni?

sekadar ... okey jer?

atau pun... oke!!!!

walau apa pun situasinya... semoga anda dan saya (aye lah..) okey sentiasa dan akan bertambah baik lagi...

esok kan cuti... hari Deepavali... dapat cuti panjang.... 3 hari...

kalau balik kampung atau berjalan-jalan (makan angin) berhati-hati di jalan raya...

itu jer..

Nasihat secara rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memberi nasihat kepada orang bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadi susah adalah apabila nasihat itu tidak masuk akal dan orang yang dinasihat itu tidak dapat menerima nasihat.

mengapa perlu memberi nasihat kepada orang lain andainya diri sendiri tidak ternasihatkan

memberi nasihat kepada orang juga perlu kepada masa dan tempat yang sesuai bukan boleh diberi pada sebarang masa atau tempat.  kerana semua orang itu ada maruah dan harga diri, biarpun dia perlu diberi nasihat namun dia ada air muka dan maruah.... HARUS INGAT ITU...

~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.

(Imam asy-Syafi'i)

03 November 2010

nak cari glamor

Salam,





orang buat blog awak pun nak jugak

orang buat duit dengan blog awak pun nak jugak

orang buat stori the mori yang best-best melatop... awak ntah ke mana

kononnya nak glamor dan kaya dengan blog

tapi tak jugak, manakan tidak

buat stori nak dengan tidak jer

nak usaha lebih skit tak nak...

asyik nak menempek entry orang jer

pass tu gaduh le tak der orang nak bagi komen

nuffnang pun tak berapa nak singgah bagi BE (Buffered Earning)

yang ada pun ciput jer... yang lebihnya... tunggu la berkurun lagi baru nak tambah...


opppsss........... peace... ada yang terasa atau aye yang syiok sendiri...