Merungut untuk hilangkan stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita seharian, ada saja yang tak memuaskan hati dan kehendak kita.  Macam-macam permintaan yang perlu kita turuti dan dalam masa yang sama macam-macam arahan juga perlu kita ikuti berserta bermacam-macam peraturan.

Dan, ada ketika kita perlu luahkan rasa tidak puas hati... dengan cara yang berhemah.  Bukan memandu sahaja yang berhemah, meluahkan perasaaan juga perlu berhemah.  Mengapa berhemah?  Untuk lebih nampak sopan dan beradab dan dalam masa yang sama tidak membebankan orang lain yang mendengarnya.

Merungut tidak salah, kerana ia untuk melepaskan apa yang terpendam di hati seperti rasa tidak puas hati.  Namun selepas dilepaskan segala rungutan tu... sambung lah semua buat kerja sambil memikirkan apa yang dirungutkan tadi... adakah ianya perlu diterima atau tidak..

Sehingga kini dulu rungutan di pagi hari... jangan tension yer baca rungutan nih... kita sama-sama belajar...
untuk melepaskan rasa yang terpendam supaya dapat diteruskan kehidupan untuk hari ini dengan lebih rasa ceria dan gumbira....

Sekian...

2 Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.