Pageviews

21 Oktober 2009

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI... MESTI MAU INGAT SELALU


Mesej yang diterima dari seorang sahabat awal pagi tadi. 

5 PESANAN NABI ADAM KEPADA ANAKNYA: -

1.  KITA HIDUP DI DUNIA INI JANGAN BERTENANG SANGAT
MEMANG DUNIA INI CANTIK MACAM2 WARNA, NI'MAT DAN LAIN2 LG.  TAPI PERLU BERHATI HATI KERANA DUNIA INI PENUH DENGAN FITNAH

2.  KAUM LELAKI JANGAN TERUS DENGAR KATA KAUM HAWA
NABI ADAM TERCAMPAK KE DUNIA INI KERANA TERIKUT SANGAT CAKAP HAWA YG TELAH DIPUJUK OLEH SYAITAN. 
NABI ADAM KATA UNTUNG UMAT NABI MUHAMMAD SAW , BUAT DOSA KECIL ATAU BESAR KEMUDIAN MENYESAL DAN BERTAUBAT MASUK SYURGA
NABI ADAM BUAT SILAP TERUS TERCAMPAK KEDUNIA....
MAKSUDNYA KAUM SUAMI JANGAN TAKUT SANGAT DENGAN ISTERI (UMUMNYA ZAMAN INI KAUM LELAKI ATAU SUAMI TAKUT SANGAT ISTERI)

3.  KITA NAK BUAT SUATU AMALAN ATAU PERBUATAN PASTIKAN TAHU AKIBATNYA
NABI ADAM LUPA PERINTAH ALLAH DILARANG MENDEKATI POKOK YG DILARANG TANPA MENGETAHUI AKIBATNYA

4.  KITA PERLU BERHATI HATI UNTUK BERBUAT SESUATU SEKIRANYA HATI KITA BERDEBAR-DEBAR UNTUK MELAKUKAN ...JANGANTERUSKAN.
NABI ADAM SEMASA HENDAK MEMAKAN BUAH DI SYURGA IA BERDEBAR2 ...SEPATUTNYA JANGAN TERUSKAN KERANA ALLAH DAH PESAN DAN DAH HANTAR AMARAN

5.  KITA KALAU NAK BUAT KEPUTUSAN PERLU TANYA ORANG DARI LEVEL BAWAH HINGGA ATAS.
NABI ADAM LUPA NAK TANYA PADA MALAIKAT

WALLAHU A'LAM.

20 Oktober 2009

Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  |  Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas


Semenjak kebelakangan ini, seringkali mendapat pertanyaan berhubung Badan Iktisas.  Adakah kerana mereka sedang mengisi borang isi jawatan.  Ada lah tu yang jadi sebab banyak sangat tanya nie.

Senario1
A:  Akak, badan ikhtisas tu ape?
B:  Akak, kelulusan ikhtisas tu ape?
Akak:  Ikhtisas tu lebih kurang macam kelab atau persatuan yang berprofail tinggi.  Akak semak semak dengan DBP dulu yer... boleh tahu lebih jelas tentang maksud Iktisas.  Boleh buat rujukan untuk masa depan. 



ikhtisas adalah adjektif (kata sifat - kata yang menunjukkan sifat sesuatu benda)

Bahasa Asal : Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,

Takrif:
1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~;
2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~;
3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia.

Lagi... berkaitan ikhtisas
1.  kolej:  kolĂ©j/sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian.
2.  ahli utama:  orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi.

3.  diploma: 
     1) sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan.
    2) sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.


Contoh Badan Ikhtisas di Malaysia:

BADAN PERAKAUNAN
(i)  Ahli Institut Perakaunan Malaysia;

(ii) Ahli The Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Ireland;
(v) Ahli The Chartered Association of Certified Accountants (sebelumnya The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);


Sekian untuk kali ini.  Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah.

Terima kasih kepada yang bertanya dan kepada yang sudi membaca entri ini.

19 Oktober 2009

Adab menziarahi orang mati





Salam sejahtera, pertama kali aye ingin ucapkan takziah buat keluarga gemulah Zolkefeli Muhamad.  Gemulah telah meninggalkan dunia yang fana ini pada malam jumaat lalu (15/10/2009).  Gemulah merupakan sebahagian daripada anggota PLUiTM.

Sebagai ingatan untuk aye dan juga pembaca blog ini.... berikut aye sertakan artikel yang sempat aye 'kutip' dari laman web.... Artikel penuh boleh dibaca di link berikut: http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-96/panduan.html

Berikut adalah ringkasan daripada artikel berkenaan:

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."


b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

~ sesungguhnya kematian itu pasti.... hanya kita yang tidak mengetahuinya...