Assalamualaikum dan selamat sejahtera | Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas
Semenjak kebelakangan ini, seringkali mendapat pertanyaan berhubung Badan Iktisas. Adakah kerana mereka sedang mengisi borang isi jawatan. Ada lah tu yang jadi sebab banyak sangat tanya nie.
Senario1
A: Akak, badan ikhtisas tu ape?
B: Akak, kelulusan ikhtisas tu ape?
Akak: Ikhtisas tu lebih kurang macam kelab atau persatuan yang berprofail tinggi. Akak semak semak dengan DBP dulu yer... boleh tahu lebih jelas tentang maksud Iktisas. Boleh buat rujukan untuk masa depan.
ikhtisas adalah adjektif (kata sifat - kata yang menunjukkan sifat sesuatu benda)
Bahasa Asal : Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,
Takrif:
1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~;
2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~;
3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia.
Lagi... berkaitan ikhtisas
1. kolej: koléj/sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian.
2. ahli utama: orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi.
3. diploma:
1) sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan.
2) sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.
Contoh Badan Ikhtisas di Malaysia:
BADAN PERAKAUNAN
(i) Ahli Institut Perakaunan Malaysia;
(ii) Ahli The Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Ireland;
(v) Ahli The Chartered Association of Certified Accountants (sebelumnya The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
Sekian untuk kali ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah.
Terima kasih kepada yang bertanya dan kepada yang sudi membaca entri ini.