Pageviews

12 Mei 2009

Pencarian makna meningitis

Apa itu meningitis, dalam seminggu ni mungkin hebat diperkatakan selain daripada isu MB Perak. Layan....

Dalam pencarian makna, punca, sebab, risiko dan mengapa meningitis ....

Jumpa lagi....

06 Mei 2009

Aku dan Bengkel 5S


sarapan pada hari pertama


semasa sesi lawatan jalan-jalan cari gambar, sempat lagi berposing depan tugu... ada yang kata menara... nanti kita semak semula... apa nama yang sebenarnya yek..

ini meja aku sebelum 5S.... sebenarnya memang dah ada 5S, tapi kurang diberi perhatian



Aku...

Dahulunya SU dalam Jawatankuasa 5S PL, tetapi disebabkan beberapa perkara yang agak sukar untuk dijelaskan... jawatan tu dengan sendirinya terlucut... Salah aku juga sebab selalu lambat keluarkan minit mesyuarat...Then, mungkin juga kerana keadaan kesihatan aku ketika itu dan kerana gerakan 5S perlu digerakkan segera, maka aku pasrah juga... walaupun aku tak berapa rela..., tapi tak pe.... Peristiwa itu menyebabkan minat aku kepada projek 5S semakin pudar dan perkara ini mengingatkan aku kepada kata-kata oleh PM Nazri dan aku merasakan aku tergolong dalam golongan itu tanpa aku sedari... golongan apa?... fire burn-out, panjang lebar PM Nazri menjelaskan ia adalah seperti pelita minyak tanah (ada lagi ke sekarang nih) yang dipasang sehingga habis minyak.... dan kemudian apabila hendak dinyalakan semula walaupun dimasukkan minyak yang baru, ia sukar menyala dan kalau menyala pun apinya tak lama ...


tapi tak per dengan adanya Bengkel ini semangat itu (atau sumbu pelita itu) seolah-olah ditukar baru..cuma tak tahulah sampai bila boleh bertahan

Bengkel 5S (5-6/5/2009):

Hari pertama - 5/5/2009 - birthday fatimah, http://www.akuterataibiru.blogspot.com/, lebih kepada sesi pengenalan dan kami didedahkan kepada konsep dan kaedah asas 5S.. tamat agak lewat jugak... jam 5.30 petang.

Hari kedua (6/5/2009 - birthday aku plak...), hari ni lebih mendalam lagi dan lebih banyak suspen... sesi petang lepas rehat tengahari kami dibawa melawat ke sekitar kawasan (jalan-jalan cari gambar)

Happy Birthday

Happy Birthday to me... huhuhu... tak ada orang nak ucap... sendiri ucaplah...

05 Mei 2009

Aku dan Kaunter

Salam blog,
agak lama juga tak mencelah di dalam blog ni, ada kesempatan untuk meninjau apa kejadian terkini di dalam blog... nampaknya belum ada lagi ... hm sabar ye... no heart feelings yek.

Pada 27/04/2009, aku, shila, yin (lagi), kak wa (villa tapah), fatimah (teratai biru) dan m nasir ke dewan al-ghazali untuk kursus perkhidmatan kaunter, penceramahnya... hehehehe... ex bos le... bukan tak tau, masa nak apply kursus pun dah tahu... sememangnya kehadiran kami ke kursus ni sebenarnya bukan lah dirancang cuma secara kebetulan aje... ika apply tak lulus... dah last minit baru dapat tau, siap nak pegi sama... sayangnya pada hari yang dijanjikan ada pulak aral melintang... hm... kita mampu merancang hanya takdir yang menentukan... well ika, pass ni boleh la pi dengan group lain lak yek..

Berbalik pada kursus, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan... mulanya 5 kumpulan, hm ada stori-mori plak... dah pecah jadi 10 kumpulan, semua member dalam kumpulan lain-lain. aku kumpulan 6 - 3 orang je ahlinya... hmmm siapa ye... ala staf ptar4, staf uitm johor n aku le.. aktiviti untuk keje kumpulan cukup havoc...kita orang kena survey kat kaunter bhg gaji,... tiba masa untuk present... la... aku plak dia orang lantik jadi ketua...kira okeyla... cakap pun ... actually dah lama tak berhadapan dengan audience macam ni... asyik di belakang tabir jer... bila kena ke depan hmm boleh lah..

Kursus habis agak lewat skit dari jadual asal... oleh yang demikian ulasan oleh bos (mhr) tak banyak... just slight away... cam tu jer... nak juga dengan apa komen... tapi tak dapat... tak pe lah buat kengkawan semua yang belum pegi, pegilah best of luck to u all.

Salam........

Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian
bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara
(air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan
pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius
hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
• Demam panas
• Batuk dengan atau tanpa kahak
• Sakit dada
• Tiada selera makan, tidak mahu makan
• Rasa tidak sihat, sering merengek
• Pernafasan laju atau susah bernafas
• Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
• Pernafasan laju
• Sukar untuk bernafas
• Bibir menjadi biru
• Batuk berdarah
• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan
badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
• Paracetamol
• Rehat yang secukupnya
• Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
    paru-paru. Contohnya:
    • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
    kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National
    Childhood Immunization Programme)
    • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
    pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
    • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
    kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
    yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.

Rukun Islam

Islam dibina atas 5 perkara;
i) Mengucap 2 kalimah syahadah
ii) Mendirikan solat (5 waktu)
iii) Menunaikan zakat
iv) Mengerjakan Haji
v) Puasa di bulan Ramadan

(Hadis Riwayat Muslim)

04 Mei 2009

Kemuliaan Mukmin

Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

25 April 2009

Aku dan Pengurusan Rekod

Aku...
23/4/2009, Pagi2 (4.00 pagi) dah kena bangun. Kul 5.00 nak bertolak ke JPbSM. Kursus mula jam 9.00 pagi. Ngantuk nih... semalam dah la tidur lewat,... letih interview lagi... bukan merungut.. cuma mengenangkan keadaan diri... tapi macam merungut gak kan.. hmm..

Kawan2,
Member yang pegi skali - yin, shila dan ika... hehehehe, abih la girls tak de kat ofis. Seronok gak kuar macam nih, macam pi bercuti plak.

Kursus,
KPR, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 ptg jer (4 jam), jadiklah dapat juga tambah jam kursus. Tapi masa 4 jam tu sebenarnya macam tak cukup sebab banyaknya yang kena ketchup... tapi kursus ni pun lebih kurang macam pengenalan jer...

salam...

Aku dan Temuduga EO

Salam buat semua,

Hmmm... at 22nd April 2009, actually my true birthday... (ha!) I was attend an interview as 'EO' at UiTM Shah Alam (BM PTAR1), quite funny and disguise... this 'place' has been as a place to meet old friend (like clubbing - just like club for person whose not reach their time yet)... I hope I'll understand this
....

Semasa menunggu,
Sampai lebih kurang pada jam 1.20 tengahari... masa interview sebenar jam 2.30 petang. Tak pe sampai awal boleh study (konon)... tapi silap gak sebab tak cukup bahan nak study... jadi discuss je ngan kawan2... then revise skit nota yang dibawa... hmmm rasa macam dan sedia.

Semasa temuduga,
.... masuk... relax jer... tiba masa nak jawab... eiii kenapa la tak kuar plak idea tadi... macam-macam jawapan... rasa macam dah okehhh... tapi tengok wajah panel... macam ada yang tak kene jer... huhuuhu.. kantoi la tu..

Selepas...
.. dah tak dapat la tu,.. tengok muka panel pun dah tahu... balik umah, sampai malam tunggu gak... tak der jawapan pun ...sudah lah... cuba lagi... lebihkan preparation....!!!!!

adios