Pengikut Setia

03 Jun 2016

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan amat berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan.  Puasa wajib diteruskan dalam apa jua keadaan kecuali dalam keadaan yang darurat dan menganggu kesihatan ibu dan bayi.  Bulan Ramadhan pastinya menjadi bulan yang penuh cabaran buat ibu menyusu terutama ibu yang bekerja di luar rumah.  Mengapa? Pada pandangan YB, ibu menyusu perlu mempunyai tenaga yang cukup untuk bekerja dalam masa yang sama perlu mempunyai simpanan susu yang mencukupi untuk anak kecilnya.  Pandangan ini sekadar pandangan peribadi YB memandangkan YB sendiri tidak mempunyai pengalaman berkenaan.




Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah.


1. Cukup rehat


Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 


Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Mengepam pada waktu malam


Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 






4. Jangan stress jika susu kurang


Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster


Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.



Mamom Milk Booster

Umma Lacto Milk Booster

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein


Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.  Sebaik-baiknya elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat atau bergas. Elakkan juga minuman berkafein.  Justeru minuman yang terbaik adalah air kosong, susu atau jus buah termasuklah jus kurma.

7. Amalkan Madu atau VCO


Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.


D'Aura Minyak Kelapa Dara


8. Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.  Di dalam sahur sendiri terdapat banyak keberkatan, justeru dalam kesibukan sebagaimanapun cubalah untuk bersahur walaupun dengan segelas susu atau air masak.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur


Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


10. Makan Kurma Ketika Berbuka


Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.  Seperti kita semua sedia maklum, kurma mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain daripada menggantikan tenaga yang hilang setelah sepanjang hari berpuasa.


Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna dan dapat membersihkan hati dan jiwa kita agar dapat meneruskan kehidupan ini untuk bulan-bulan berikutnya.  Ramadhan bukan sekadar meninggalkan makan, minum atau nafsu tetapi perlu diikuti dengan amal ibadah seperti tarawih dan tadarus al-quran.

Ramadhan kareem!


Sekian, terima kasih atas kesudian singgah baca Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan



Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan, mana-mana kaedahpun boleh diikut dan dibuat mengikut kemampuan masing-masing.  Setiap orang mempunyai ingatan berbeza.  Masih ingat lagi ketika di zaman sekolah, YB memang ambil untuk niat sebulan terus, sebabnya pernah jadi terlupa niat bila dibuat ikut hari.  Memang gelabah habis, tetapi atas nasihat emak diteruskan juga berpuasa, walaupun hati dah kuat tak bagi puasa.  Cabaran betul masa tu...

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Bila dah tahu boleh buat niat sebulan, terus saja hafal buat doa untuk sebulan pada setiap tahun sampai sekarang.  In shaa Allah, semoga sempat sampai dan menghabiskan Ramadhan untuk tahun 1437H.

Pengalaman menjadikan kita dewasa dengan bersama ujian dan cabaran.


Terima kasih.  Semoga mendapat manfaat dari Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan.

02 Jun 2016

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Kenapa YB suka blog ini mesti berada didalamnya? Kerana blog YB hanya mempunyai PR 2.  Jika berada dalam bloglist Hasrul Hassan, dapat berkongsi link dan PR.  Kerana dalam dunia blogging kita seharusnya dan sewajarnya berkongsi link bagi memastikan PR blog kita sentiasa stabil.  Dan jika rajin mengulangkaji tip-tip yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan, kita akan dapati banyak ilmu berkaitan SEO.  YB juga pasti ramai di antara rakan blogger yang mempunyai hasrat yang sama untuk sentiasa berada di dalam bloglist blogger terkenal dengan tips SEO.  Peluang yang datang bukan selalu, maka jika tidak direbut peluang ini agak sukar untuk perolehinya untuk masa akan datang.

Agak lewat sedikit buat entri ini.  Bila dah tengok ramai rakan blogger dah join... jeles pulak bila YB tak ambil kesempatan yang jarang-jarang keluar macam nie.  So.  Inilah entri YB yang tidak seberapanya ini.


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan


Blog seorang HouseHusband yang juga seringkali berkongsi cerita mengenai perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak serta tips gaya hidup antaranya 3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak. Petua yang amat berguna untuk ibubapa muda yang baru hendak memulakan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Jom kita raikan Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Terima kasih atas sokongan anda semua.


Carian