Pengikut Setia

17 Jun 2012

Tercapai sudah hasrat

As salam


Setelah sekian lama memendam rasa, menyimpan hasrat nak makan yang macam-macam.  Maklumlah orang hamil memang macam ni kot.  Cuma minta dijauhkan daripada mengidam benda yang bukan-bukan dan susah nak dapat.

Baru-baru ini (petang tadi sebenarnya), berjaya juga menjejakkan kaki ke Restoran Salim Kari Kepala Ikan di Siputeh.  Bukan makan kari kepala ikan dan bukan jejakkan kaki ke dalam restoren pun.  Tunggu di dalam kereta jer. 

Nak masuk dalam restoren... maaf cakaplah bukan semua restoren patuh kepada larangan merokok malahan siap diletakkan 'astray' lagi atas meja seolah menggalakkan pengunjung merokok.  Nak salahkan siapa?  Tak perlu lah bertekak di sini kita ambil jalan tengah biar hubby jer yang order kita tunggu dalam kereta, balik di rumah lagi selesa.

Lari topik sekejap, sebenarnya yangbaik dah agak lama tak makan roti nan tandoori.  Jadi bila dah dapat peluang gunakan sepenuhnya. 

sebahagian roti nan yang masih tinggal berserta sambal hijau.  Jika masih ada peluang boleh sambung lagi sikit malam ni.


dan... inila rupa ayam tandoori yang tak berapa nak ada rupa sebab sebahagiannya telahpun dimakan.

Yangbaik hanya makan roti nan bersama sambal hijau (yang sungguh sedap) dan ayam tandoori sahaja. Kuah lain seperti dal dan kari tak berapa nak berkenan pulak.

Tercapai sudah hasrat hati....syukur Alhamdulillah.

Isra' Mikraj dan Hari Bapa

As salam


Selamat menyambut Isra' Mikraj.  Hari ini 27 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 17 Jun 2012.  27 Rejab adalah hari Isra' Mikraj. 

Dan, berkebetulan pula hari ini adalah 17 Jun merupakan hari bapa.  Selamat Hari Bapa. 

Cuma tidak kelihatan atau yangbaik tidak perasan, tidak kelihatan pula promo mengenai hari Isra'Mikraj di kaca TV yang ada hanyalah promo Hari Bapa.

.

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

Carian