Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pencemaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencemaran. Papar semua catatan

17 Jun 2012

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

Carian