Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Jerebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jerebu. Papar semua catatan

17 Jun 2012

Panas, Kebakaran Hutan dan Jerebu

As salam


Sekarang memang musim panas.  Dan, dimana-mana akan kelihatan kesan kebakaran kecil terutama di sekitar kawasan semak di tepi jalan raya.

Tetapi yang agak menghairankan ada juga pihak yang sanggup membakar rumput di padang permainan kanak-kanak.  Mungkin untuk memudahkan urusan dan tak perlu di mesin rumput atau lalang yang tumbuh. Kesannya... kelak pakaian anak-anak kita yang bermain di padang akan penuh dengan kesan arang hitam dan debu.  Satu kerja lagi pulak nak menyental baju kotor.

Kemungkinan juga dalam keadaan panas dan kering ini ada orang sanggup mengambil kesempatan untuk membakar semak samun yang tumbuh meliar di sekitar kawasan parit.  Atau secara kebetulan? 



entah tak taulah apa sebabnya tak dapat nak upload gambar asap berhampiran parit besar...
 

dan... masih juga tak dapat siarkan gambar ini...

...asap yang berkepul keluar dari pucuk pepohon getah....


Sebenarnya jerebu yang berlaku bukan sahaja sekitar kawasan Seri Iskandar tetapi juga hingga ke pekan Beruas.   Sepanjang jalan yang ditempuhi memang kelihatan kabur sahaja pemandangan tetapi tidak sekabur pemandangan di Kuala Lumpur seperti yang disiarkan di kaca TV.

Sekian

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

Carian