Pengikut Setia

22 Jun 2011

Wordless Wednesday!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wordless Wednesday!.. Berkali-klia tengok ejaan perkataan tu takut-takut tersalah eja pulak...

Terlompat sebentar dari meja kerja nak kejar dateline nak kena hantar petang ni jugak...

so... tanpa banyak bicara nak update blog jer nih haa...

Maaf kepada semua yang tersinggah... tak dapat nak update cerita terbaru lagi...

to Bro Eyriqazz.com Keychain LWOT dah terima, berebut dengan anak2 nak main papan seluncur katanya....
dapat keychain satu... warna biru
dan... berebut dengan dua beradik ni ha... nasib lagi yang lagi sorang tak tau nak berebut...hehehe

19 Jun 2011

19 Jun 2011 | Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak terlewat sikit buat entry ni.. sebab si comel ni dah mula meragam.  Jadi mood untuk update cerita pun semakin luntur.  Ada pembaca bagi tips katanya si comel itu nak kan belaian.  Kalau si jari runcing atau model gadis semasa okehlah juga bagi belaian.  Tapi ini Toshiba... apa nak buat? Nak ganti baru.. nak tunggu samsung atau iPad2 menjengah kat muka pintu... tu pun kalau ada rezeki.  Rezeki sempena hari ayah kot... tunggu jer



Berbalik kepada tajuk cerita.  Hari ini, pagi-pagi lagi bangun dari tidur Alif ucap 'Selamat Hari Ayah' kepada ayahnya.  Ayah pula macam tak perasan, senyap jer sambil bersiap nak pergi kerja.  Sepanjang minggu Kursus Induksi walaupun bukan ayah yang berkursus kena juga pergi kerja walaupun pada hujung minggu.  Selalunya pada setiap hujung minggu ayah akan bekerja ikut syif sama ada pagi atau petang dan baliknya malam sikit... sehingga itu si jari runcing pun menunggu ayahnya balik dan berbuallah mereka sehingga lewat malam pula.



EH he... banyak pula selingan yer.  Dah ayah bersiap lepas minum ayah terus keluar.  Dan, sekali lagi ayah ke muka pintu dan mengucapkan 'Ayah! Selamat Hari Ayah!'.  Ayah mungkin sedikit terkejut lantas mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi Alif.  Baru nampak kepuasan di muka Alif.

Selamat hari Bapa:  Bapa Bukan Hanya Cari Rezeki

18 Jun 2011

17 Jun 2011 | Tarikh Keputusan Peperiksaan Ijazah UiTM April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

17 Jun 2011, hari Jumaat.  Semalam bukan hari ini.  Kerana hari ini adalah hari Sabtu.  Pada tarikh berkenaan maka keluarlah keputusan peperiksaan Ijazah UiTM bagi peperiksaan untuk bulan April dan Mei 2011.

Lantaran itu timbul pelbagai spekulasi mengenai keputusan peperiksaan.  Semoga semua yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang masih belum terima, pastikan anda telah memenuhi syarat utama iaitu 'SUFO'.  Makkumat mengenai SUFO ada di dalam portal pelajar.  Bersabarlah dan jangan buat spekulasi.

Good luck to all

Carian