Pengikut Setia

11 Jun 2020

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


 PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

Bacalah pesanan in dengan mata dan hati

*Jahat atau baik kita..
*solat jangan ditinggalkan
*Solat bukan sebab kita baik
*Solat sebab perintah Allah
*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.
*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

*Kalau dah mati...
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
*Sedekah masa hidup itu bonus...
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...

*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....
*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...
*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
*Mati itu pasti...
*Sakaratul maut itu pasti...
*Alam barzakh itu pasti...
*Ingat mati ...
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.*
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

*Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik

*Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai

*Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun
*kerna yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan

*Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaik
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri

*Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza

*Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya




*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

*PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR  "SAMA...

*SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...

*SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)

*SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  )

*SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)
*(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.." saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa, dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu)

*SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan)

*SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2

*Oleh kerana itu,  semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...

" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah.. 
Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "

Sharing is jariah #jompahala
#simpan di sini sebagai tanda ingatan buat diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan berlapang dada 

Pemenang cabutan bertuah 'Segmen Hari Raya by Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang cabutan bertuah 'Segmen Hari Raya by Ummi



Alhamdulillah, berkat penyertaan pertama pada tahun 2020.



penerima cabutan bertuah


Terima kasih kepada rakan blogger Ummi selaku penganjur segmen dan juga kepada rakan2 yang mendoakan.

Tahniah juga kepada semua rakan2 peserta yang menyertai segmen ini.



💟

Doa hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa hari ini



Ya Allah
Semoga hari ini segalanya berjalan lancar.
Kabulkanlah segala harapanku,
luaskan pintu rezeki ku
dan berkatilah hari ku dengan rahmat-Mu
Aamiin

sumber:  Sehinggitmedia

💚

10 Jun 2020

Wordless Wednesday #1 : Victoria's Secret Bombshell Perfume

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #1 :  Victoria's Secret Bombshell Perfume

Victoria's secret Bombshell
Victoria's Secret Bombshell Perfume


💗

09 Jun 2020

Monolog: Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang


Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang itulah yang dinamakan TAKDIR.  Amat jarang atau mungkin tidak pernah kita merancang untuk berjumpa dengan sesuatu yang tak dijangka itu

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita sesuatu yang tidak diundang member apa yang tidak dirancang.  Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.


Gambar hiasan:  koleksi peribadi


Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan.  Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiah kemanisan dalam kegembiraan.

Menyemai benih keakraban serta memberi  peluang menilai erti siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.

Itulah TAKDIR. Seringkali menjadikan kita insan yang istimewa dan perlu bersedia dengan segala kemungkinnan.

💦

Peluang memasuki program Pra Diploma UiTM masih dibuka kepada kategori B40 dan bukan B40

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peluang memasuki program Pra Diploma UiTM masih dibuka kepada kategori B40 dan bukan B40


Meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sekurang-kurangnya Diploma, adalah hasrat semua orang bukan sahaja ibu bapa yang ingin melihatnya anaknya berjaya malahan juga hasrat UiTM sendiri untuk melihat anak bangsa maju dalam bidang yang diminati.  

Justeru, UiTM telah mewujudkan 2 program Pra Diploma bagi membantu hasrat anak bangsa yang hendak meneruskan pengajian di UiTM.  Program yang dimaksudkan adalah Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan.


Cara Memohon Pra Diploma UiTM


Bagi calon-calon yang ingin memohon, borang permohonan boleh dimuat turun di https://pppt.uitm.edu.my/muat-turun dan seterusnya ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di dalam infografik di bawah.


Cara Memohon Pra Diploma UiTM
Cara Memohon Pra Diploma UiTM

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pra Pendidikan Tinggi, sila lawati laman sesawang PPT di https://pppt.uitm.edu.my/ dan ikuti kami di Facebook Page https://www.facebook.com/pptuitm/


Kategori B40 dan bukan B40


Adalah dimaklumkan, permohonan untuk mengikuti program Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan telah dibuka kepada semua golongan samada mereka dari kategori B40 ataupun bukan B40.

Sila rujuk infografik dibawah yang menunjukkan Laluan Kemasukan ke Program Pra Diploma. Muat turun borang permohonan di https://pppt.uitm.edu.my/muat-turun dan seterusnya ikuti langkah-langkah yang dinyatakan seperti d laman i https://pppt.uitm.edu.my/program/cara-memohon

Laluan kemasukan Pra Diploma
Laluan kemasukan Pra Diploma


Sila lawati laman sesawang PPT di 
di Facebook Page https://www.facebook.com/pptuitm/  
untuk maklumat terkini mengenai Program Pra Pendidikan Tinggi.


Selamat maju jaya.

.

Kalimah yang dicintai menjadi amalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kalimah yang dicintai menjadi amalan


Kalimah ini ringan pada ucapan kita tetapi berta pada timbangan amalan.  Namun sering kali kita alpa.  Semoga kalimah ini sentiasa menjadi amalan seharian semoga mendapat rahmat Allah.


Dua kalimah


Rasulullah saw bersabda :


"Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihi 100× sehari, maka diampuni segala dosanya walau sebanyak buih di lautan." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Nabi bersabda lagi,

كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ "

Maksudnya : Dua kalimat yang dicintai oleh Ar-Rahman. Ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan), iaitu SUBHANALLAHI WA BIHAMDIH, SUBHANALLAHIL ‘AZHIM (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).” [HR. Bukhari dan Muslim]

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


Alhamdulillah.

💖

08 Jun 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 



Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom


Sempena PKPP yang telah diumumkan pada 7 Jun 2020, rakan blogger Azian Khalil atau Mama Yan telah menganjurkan segment Bloglist PKPP.  Segmen  ini akan tutup pada 30 Jun 2020.


Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom
Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom
Klik banner untuk menyertai

Syarat-syarat penyertaan:


1. Buat 1 entry bertajuk 'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'. 
2. Letakkan gambar 'screenshot' blog aziankhalil.com ...
3. Follow blog aziankhalil.com


Hadiah: 


5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.

5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak pada 1 Julai 2020

1 peserta akan dipilih secara rawak untuk memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.



Wah... untung lagi siapa yang join segmen ni... bukan saja dapat kenalan baru malahan untung sabut timbul dapat lagi hadiah yang ditawarkan.

Jom, kira raikan rakan kita.  

Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Daulat Tuanku.



Secara rasminya, hari ini 8 Jun 2020 merupakan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Daulat Tuanku.


Hamba sekalian rakyat Malaysia tanah air tercinta ini mendoakan semoga tuanku berdua sentiasa diberkati dan dikurniakan rahmat Allah yang berpanjangan.

.

07 Jun 2020

3 pesanan Rasulullah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


3 pesanan Rasulullah


Mengapa pentingnya pesanan?  Pesanan itu penting dalam kehidupan kita agar tidak tergelincir ke lembah yang merugikan.  Juga sebagai peringatan buat diri sendiri yang seringkali lupa.

Pesan Rasulullah s.a.w

Hormati:  Ibu bapa, Guru, Warga Tua

Pastikan dalam diri, ada:  kejujuran, iman, amal kebaikan

Kawal:  kemarahan, lidah, nafsu

Peroleh:  ilmu, adab sopan, kesolehan

Ingat:  kematian, pertolongan, nasihat

Sucikan:  fikiran, pakaian, badan

Selamatkan diri dari:  amal jahat, mengumpat, hasad dengki

Bebaskan diri dari:  kesombongan, penipua, hutang.


Teima kasih.  Semoga bermanfaat.

Carian