Pengikut Setia

21 April 2011

Akauntabiliti tu ape hah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Akauntabiliti adalah berkaitan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan memastikan tugas yang dilaksanakan itu mencapai objektif amanah tugas.  Amanah tugas itu pula dilaksanakan mengikut prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan serta bersedia dipersoalkan kesan daripada tindakan yang telah dilakukan. (olahan semula dari buku nilai dan etika).

Kesimpulan:  Setiap dari kita mempunyai amanah tugas yang hendaklah dilaksanakan sesuai dengan kemampuan dan tanggungjawab kita seperti staf.  Setiap tugas yang kita laksanakan itu pula hendaklah bersesuaian dengan peraturan yang berkuatkuasa dan bersedia pula betanggungjawab atas apa juga kesan yang timbul daripada tugas yang telah dilaksanakan.
nota:  1hari 1nilai

19 April 2011

Kenapa Aku Menangis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kenapa aku menangis?
entahlah ada macam-macam sebab kenapa aku menangis
aku menangis kerana aku sedih
aku menangis kerana air mataku dah nak keluar
aku menangis kerana aku takut
aku menangis kerana ....

jangan salah faham yer... ini bukan cerita tentang aye yang menangis tapi layan jer...

korang pulak menangis kerana apa?

~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menangis bukan karena takut mati atau karena kecintaanku kepada dunia. Akan tetapi, yang membuatku menangis adalah kesedihanku karena aku tidak bisa lagi berpuasa dan shalat malam.

('Amir bin 'Abdi Qais)

18 April 2011

Jangan pernah berhenti mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jangan pernah berhenti mengharap, kerana rahmat Allah itu amat luas.

Cerita-ceriti tentang beberapa pengharapan terdapat dalam bentuk monolog dan bersambung di sini.

Lanjutan itu walau dalam keadaan sukar mana sekalipun serahkan segala pengharapan itu kepada yang Satu.


Kehidupan seorang tawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sesuatu yang amat mengejutkan bahkan bagi sebilangan orang mungkin perkara ini sudah biasa.  Apa yang mengejutkan dan apa pula yang biasa?  Memang menakutkan untuk menceritakan dan tidak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini.

Semasa pencarian di yahoo.com mengenai gambar berkaitan 'tawanan', jumpaannya amat mengejutkan kerana terdapat suatu istilah di mana 'wanita hasil dari tawanan perang boleh diperkosa'???? Nauzubillahhi minzalik.  Apa nie... mengapa jadi begini?  Ini semua adalah dakyah kaum yang kafir dan hendak merosakkan pemikiran orang Islam terutama yang tak cukup kuat imannya.

Nak tulis atau ulas panjang lebar mengenainya bukanlah kepandaian aye.... Namun bacalah mutiara tersebut di bawah untuk panduan dan ingatan.

Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala.  (al-Hasan al-Bashri)

17 April 2011

Zaman dah berubah manusia semakin maju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Zaman dah berubah dan manusia sekarang dah semakin maju walaupun pada sesetengah bahagian nampak seperti semakin mundur.  Contohnya Malaysia menuju alaf baru dan dalam usaha menjadi warga kelas pertama tetapi dalam masa yang sama masih terdapat segelintir rakyatnya yang membuang sampah sesuka hati dan tak tahu guna tandas awam sekalipun tandas rumah sendiri.

Dek kemajuan dan perubahan masa semua dari kita sudah semakin seperti kesuntukan masa dan 24 jam yang dikurniakan itu adakalanya seperti tidak pernah cukup.  Terutama bila bos bagi kerja last minit. 

Protokol dan adab juga sudah tak diikuti... sekadar protokol pada majlis rasmi sahaja...


...........ops... sambung lagi... gangguan siaran

Pencetak 4 dalam 1 yang berkualiti superb dari Hp

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba rasa nak buat iklan pulak.  dah tak der idea agaknya.... 

Ada sesiapa sedang mencari pencetak 4 dalam 1 atau all in one dengan harga yang berpatutan.  Hp ada jawapannya.  Hebatkan hanya dengan RM27.00 untuk satu katrij anda mampu mencetak sehingga 600 helai dengan kualiti yang hebat juga.


Pencetak pintar ini berupaya mencetak dan membuat salinan serta boleh scan dengan mudahnya. Didatangkan dengan arahan mudah pada panel kawalan, anda mampu mencetaknya dalam masa yang ringkas.


cerita panjang tak der gunanya... jom kita tengok apa lagi HP Deskjet All-in-One Printer ini mampu lakukan dan apa pula kelebihan dan fungsi-fungsinya yang lain.  

Sila klik di sini dan di sini juga.

selamat mencetak!

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com ,


BEN ASHAARI GEGAR LAGI

tersesat sudah!!! dah last day baru nak buat entry.  lepas nih tak tau la bila pulak boleh nak join segmen Ben... dok sibuk memanjang... nak update pun dah naik malas...

layan jer la...


16 April 2011

Gigih lagi!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com,

Hari.... opss malam ler... tunggu keputusan pilihanraya Sarawak....

gigih kan mengapdet blog nih...

15 April 2011

Selepas SPM nak ke mana?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2010 telah lama diumumkan.  Ada yang mendapat keputusan cemerlang dan sebagainya.  Kepada yang berjaya dengan 'warna yang cemerlang' tahniah diucapkan.  Sesungguhnya usaha kamu semua siang dan malam berbalas jua.  Kepada yang kurang berjaya janganlah berputus asa, kalau rajin dan masih berkemampuan dari segi ekonomi usahalah untuk mengulang semula subjek yang kurang memuaskan terutama Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.  Matapelajaran lain penting juga tetapi tak kan lah banyak sangat yang gagal nye kan? Sikit-sikit udahler...

Okeh di sini ada beberapa cadangan.... terpulang nak terima atau tidak.  Oleh kerana kemasukan ke Universiti bagi pengambilan Mei 2011 untuk peringkat pengajian Diploma telahpun ditutup dan sementara menunggu pengambilan akan datang.  Apa kata buat masa ini kepada yang terlewat atau kurang bernasib baik buatlah pengajian sambilan seperti belajar komputer, belajar menaip dan sebagainya.  Dan lagi mudah juga belajar di Pusat Giat MARA atau mana pusat pengajian swasta yang menawarkan pengajian singkat.  Mana tahu ada peluang boleh sambung belajar di IPTA pula.

Dan kepada yang berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA, sejurus mendapat surat tawaran, teruskan saja mengisi borang PTPTN secara online, senang cerita kan?... jangan tunggu dah masuk baru nak isi, kesian mak bapak nak kena keluarkan duit banyak nak kena pinjam saudara mara lagi.





Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011, berusaha sungguh-sungguh dan rajin-rajinlah mengulangkaji pelajaran.  Semoga berjaya.

Sekian.


13 April 2011

Cerita tentang bunga lalang

Assalamualaikum dan seselamat sejahtera,

Huh! sambung la plak pasal cerita bunga lalang.  Malam tadi dah siap canteeek punya entry tetiba si jari runcing tu buat hal la pulak.... lansung terlelap hilang mood dan hilang idea jugak.  Ni nak menaip lagi nih entah ingat ke tidak apa isi cerita yang nak ditulis.

Buat entry macam perasan sorang-sorang.  Dok ingat glamer macam hanis zalikha tak pun macam Fatin Liyana... cik epal bukan ben ashaari pun bukan... siti nurhaliza?... lagi bukan... tumpang glamer macam habuk jer la... sori yer.  Nama-nama yang tertera kat atas tu sikitpun aye tak kenal.... jumpa lagi la tak pernah... kalau dapat jumpa... memang suka sesangat ... hahahhaha...

Nak cerita pasal bunga lalang tapi dah kelain pulak... heheh iklan jap...

Bunga lalang atau lalang itu sendiri sangatlah lembut.  Memang orang tak suka, terutama lalang yang cepat tumbuh dan merebak dengan mesranya.  Hari ini kita tebas esok lusa dah naik tunas baru... kalau meracun? minggu depan atau bulan depan naik pulak.  Walau apa pun bunga lalang memang nampak cantik kalau terletak di kawasang lapang seperti padang permainan rumput.  Tetapi bila dipandang dari dekat lansung tak cantik kan?

Begini pendirian seseorang sering juga dikaitkan dengan pokok lalang atau bunga lalang sekiranya pendirian itu sering berubah-ubah (Bukan cinta beralih arah).  Tapi macam sama pulak macam cinta yang beralih arah... Yer macam bunga lalang.

Tetapi pendirian seseorang yang berubah-ubah tak semestinya seperti pokok lalang.  Kerana ada ketika pendirian itu ada ketikanya perlu dibuat pembaharuan setelah meneliti alam persekitaran.  Ada ketikanya pendirian itu tidak sesuai dengan keadaan sekeliling,... so tak salah kan kalau berubah sikit tapi janganlah sampai diperkotak-katikkan oleh orang lain.  Yang penting kita tahu apa pendirian kita dan bagaimana kita nak berhadapan dan mengolah pendirian itu agar tidak mengganggu hidup kita dan orang lain.

Macam mana sekalipun semua orang perlu ada pendirian yang jelas.  Cumanya janganlah mudah sangat berubah-ubah.

Sekiaann

Carian