Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan

05 April 2013

Bengkel Penjimatan Kos

As salam,



Hari ini, Jumaat 5 April 2012, aye telah diminta turut serta dalam Bengkel Penjimatan Kos.  Aye perlu hadir sebagai wakil bahagian kerana bos tertinggi outstation dan bos kedua pula ada tugasan lain yang lebih mendesak.

Walaupun pada asalnya aye agak keberatan untuk mengikuti bengkel ini memandangkan ia lebih kepada Bos-Bos sedangkan aye hanya staf biasa-biasa saja.   Sebenarnya disebabkan sudah 3 hari aye bercuti kerana menjaga anak-anak yang demam campak, maka banyaklah kerja yang perlu disiapkan.  Dan... rasanya pasti ada lagi yang terhutang dengan ramai orang kerana Ekspo Selangkah tempoh hari.

Walau apa pun kehadiran ke bengkel ini memberi banyak input baru terutamanya dari penceramah jemputan yang didatangkan dari MPC Wilayah Utara.

Dari bengkel ini juga aye berjumpa dengan beberapa istilah baru yang sebenarnya sudah lama digunakan antaranya Lean Thinking, Muda Mura Muri, COOWTIMM, 6 Sigma, VSM dan Poka Yoke dan banyak lagi.  Nampaknya lepas ni kena cari makna sebenar istilah berkenaan untuk lebih mudah memahami kehendak bengkel ini dan bagaimana hendak dilaksanakan.

Bengkel ini dijangka tamat pada petang ini... dan lihatlah hasilnya nanti, nak kena bentang kepada bos pula...

Selamat berbengkel.

17 April 2011

Pencetak 4 dalam 1 yang berkualiti superb dari Hp

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba rasa nak buat iklan pulak.  dah tak der idea agaknya.... 

Ada sesiapa sedang mencari pencetak 4 dalam 1 atau all in one dengan harga yang berpatutan.  Hp ada jawapannya.  Hebatkan hanya dengan RM27.00 untuk satu katrij anda mampu mencetak sehingga 600 helai dengan kualiti yang hebat juga.


Pencetak pintar ini berupaya mencetak dan membuat salinan serta boleh scan dengan mudahnya. Didatangkan dengan arahan mudah pada panel kawalan, anda mampu mencetaknya dalam masa yang ringkas.


cerita panjang tak der gunanya... jom kita tengok apa lagi HP Deskjet All-in-One Printer ini mampu lakukan dan apa pula kelebihan dan fungsi-fungsinya yang lain.  

Sila klik di sini dan di sini juga.

selamat mencetak!