Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Akauntabiliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akauntabiliti. Papar semua catatan

06 Mac 2014

Taklimat Integriti dan Akauntabiliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hari ini, bakal seharian di Dewan Al-Khawarizmi kerana mengikuti Taklimat Integriti dan Akauntabiliti.  Agak lama juga tidak mengikuti taklimat sebegini.  Bagusnya ada taklimat sebegini adalah dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada diri kita mengenai salah laku yang tidak wajib kita amalkan.

21 April 2011

Akauntabiliti tu ape hah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Akauntabiliti adalah berkaitan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan memastikan tugas yang dilaksanakan itu mencapai objektif amanah tugas.  Amanah tugas itu pula dilaksanakan mengikut prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan serta bersedia dipersoalkan kesan daripada tindakan yang telah dilakukan. (olahan semula dari buku nilai dan etika).

Kesimpulan:  Setiap dari kita mempunyai amanah tugas yang hendaklah dilaksanakan sesuai dengan kemampuan dan tanggungjawab kita seperti staf.  Setiap tugas yang kita laksanakan itu pula hendaklah bersesuaian dengan peraturan yang berkuatkuasa dan bersedia pula betanggungjawab atas apa juga kesan yang timbul daripada tugas yang telah dilaksanakan.
nota:  1hari 1nilai