Assalamualaikum dan seselamat sejahtera,
Huh! sambung la plak pasal cerita bunga lalang. Malam tadi dah siap canteeek punya entry tetiba si jari runcing tu buat hal la pulak.... lansung terlelap hilang mood dan hilang idea jugak. Ni nak menaip lagi nih entah ingat ke tidak apa isi cerita yang nak ditulis.
Buat entry macam perasan sorang-sorang. Dok ingat glamer macam hanis zalikha tak pun macam Fatin Liyana... cik epal bukan ben ashaari pun bukan... siti nurhaliza?... lagi bukan... tumpang glamer macam habuk jer la... sori yer. Nama-nama yang tertera kat atas tu sikitpun aye tak kenal.... jumpa lagi la tak pernah... kalau dapat jumpa... memang suka sesangat ... hahahhaha...
Nak cerita pasal bunga lalang tapi dah kelain pulak... heheh iklan jap...
Bunga lalang atau lalang itu sendiri sangatlah lembut. Memang orang tak suka, terutama lalang yang cepat tumbuh dan merebak dengan mesranya. Hari ini kita tebas esok lusa dah naik tunas baru... kalau meracun? minggu depan atau bulan depan naik pulak. Walau apa pun bunga lalang memang nampak cantik kalau terletak di kawasang lapang seperti padang
permainan rumput. Tetapi bila dipandang dari dekat lansung tak cantik kan?
Begini pendirian seseorang sering juga dikaitkan dengan pokok lalang atau bunga lalang sekiranya pendirian itu sering berubah-ubah (Bukan cinta beralih arah). Tapi macam sama pulak macam cinta yang beralih arah... Yer macam bunga lalang.
Tetapi pendirian seseorang yang berubah-ubah tak semestinya seperti pokok lalang. Kerana ada ketika pendirian itu ada ketikanya perlu dibuat pembaharuan setelah meneliti alam persekitaran. Ada ketikanya pendirian itu tidak sesuai dengan keadaan sekeliling,... so tak salah kan kalau berubah sikit tapi janganlah sampai diperkotak-katikkan oleh orang lain. Yang penting kita tahu apa pendirian kita dan bagaimana kita nak berhadapan dan mengolah pendirian itu agar tidak mengganggu hidup kita dan orang lain.
Macam mana sekalipun semua orang perlu ada pendirian yang jelas. Cumanya janganlah mudah sangat berubah-ubah.
Sekiaann