Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

20 September 2016

Masalah loading blog melalui PC

Masalah loading blog melalui PC


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Masalah loading blog melalui PC. Begitulah kehidupan seorang blogger sambilan. Seharian sibuk dengan tugas hakiki. Sudah petang begini baru dapat posting. Itupun melalui hp guna aps Blogeroid.



Korang tahu tak atau ada tak korang alami masalah sama dengan YB?

Apa?

Blog tak boleh buka... ada keluar error.

Tak sempat nak study lagi. Tunggu esoklah...ataupun malam ni. Itupun kalau line wifi stabil.

Ketika menulis entri ini YB sedang menunggu encik suami dan baru saja menghabiskan urusan kerja untuk hari ini.

Sekian dahulu. Terima kasih baca entri ini, Masalah loading blog melalui pc.

posted from Bloggeroid

15 September 2016

Kenapa baca blog?

Kenapa baca blog?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa baca blog? Kerana zaman sekarang blog dan buku atau majalah sudah seiring.  Lebih-lebih lagi dengan telefon pintar yang sentiasa melekat di tangan.  Seperti juga akak YB yang dulunya menulis blog untuk suka-suka, tak sangka pula boleh ada peminat ... ewahhh ada ke?  Ada kan? Ramai juga yang minat dengan blog YB ni rupanya.  Ada juga yang rajin tinggalkan pesan dan tidak kurang juga sekadar singgah baca.  Mungkin juga sukar untuk meninggalkan komentar.

Okey... akak semakin lari topik pula. Sikit lagi nak sembang sikit.  Pengaruh blogger juga memainkan peranan mengapa blog itu menjadi pilihan dan sentiasa mendapat kunjungan ramai.  Lihat saja blogger otai seperti Denaihati, Emas Putih dan Ben Ashaari.  Tidak kurang juga blogger yang disebut sebagai blogger jutawan sedikit masa dulu iaitu Red Mummy.  Kebanyakan blog otai ini menjadi contoh dan teladan kepada blogger baru.


Header Blog YangBaik 2015


Kenapa baca blog?


1.  Untuk membuat pembelian.  Terdapat blog yang menjual secara atas talian.  Banyak weh, akak tidak pula dapat senaraikan satu persatu tetapi blog-blog yang membuat jualan atas talian ini memang banyak, cari saja guna khidmat googgle atau yahoo.... semuanya ada di hujung jari.

Semakin ramai antara kita yang suka membeli secara online dengan kemudahan perbankan atas talian yang semakin mudah serta disokong khidmat penghantaran seperti Pos Malaysia.  Dua entiti ini sentiasa menaiktaraf perkhidmatan yang diberikan seiring dengan kehendak semasa.

2.  Untuk mendapat maklumat terkini.  Walla, blog juga dah seperti 'newspaper' atau buletin utama.  Kadang-kadang maklumat yang disebarkan di blog itu lebih cepat dan mudah diperolehi.  Tidak perlu menunggu esok atau malam nanti.  

Dengan itu, adalah penting untuk rakan blogger sentiasa menulis perkara yang benar untuk dibaca. Bukan sekadar berita peribadi tetapi  berita umum untuk pengetahuan dan maklumat orang ramai.


Bahan rujukan


Begitulah antara sebab mengapa blog kini mendapat tempat sebagai bahan rujukan.  Dari masa ke semasa blog sentiasa menyiarkan maklumat dan berita terkini sama ada maklumat dalam perniagaan, hiburan, isu semasa atau isu antarabangsa.  

Semoga sedikit sebanyak bahan yang dipaparkan dapat memberikan panduan kepada rakan blogger untuk menulis secara berhemah dan tidak semata-mata untuk mendapatkan nama atau mendapat perhatian tanpa menghirau sensitiviti semasa.

Sekian adanya.  Apa pula sebab korang baca blog akak YB nie... cuba kongsi sikit.  Boleh akak YB update kat mana patut. :D


Terima kasih baca entri ini, Kenapa baca blog?

26 Ogos 2016

Segmen: Blogwalking By YangBaik TAMAT

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT pada 25 Ogos 2016 jam 12.00 malam.  Segmen ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 20 Ogos 2016.  Terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan segmen ini, walaupun dengan bilangan penyertaan yang sedikit.  Seandainya tiada penyertaan pastinya segmen ini tiada seri dan tidak berjaya.  Namun dengan bilangan penyertaan yang sedikit tetap membawa bawa makna kepada segmen ini.  Yang penting adalah komitmen rakan-rakan semua amatlah dihargai dalam menjayakan segmen ini.


Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT
Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT


Banyak pengalaman menarik yang dikongsikan oleh rakan blogger yang menyertai segmen ini. Sesungguhnya keperihatinan anda semua amat bermakna.

Berikut adalah senarai peserta Segmen:  Blogwalking By YangBaik.  Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan korang :D

  1. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  2. http://kampung-kameq.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  3. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  4. http://www.kuihsemperit.my/segmen-blogwalking-yangbaik/
  5. http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  6. https://belogs.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  7. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  8. http://www.mariafirdz.com/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html

Korang ambil masa untuk blogwalking dan bacalah apa harapan mereka dalam dunia blogging dan pandangan mereka untuk kemerdekaan negara kita, Malaysia.  Tanah airku yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan pada segmen berkenaan.  Hadiah kepada 5 peserta masih dalam peringkat perolehan.  YangBaik terfikir juga untuk memberikan hadiah kepada semua peserta.  Nantikan dalam peringkat pemilihan seterusnya.


Terima kasih sudi baca entri ini Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT.

22 Ogos 2016

Kena ada juga Bloglist

Kena ada juga Bloglist



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kena ada juga Bloglist.  Terkejut dengan tajuk eh.  Baru beberapa hari lepas YB dah keluarkan bloglist di sidebar blog ini, yang kononnya memberatkan loading blog.  Tetapi ... itulah macam ada yang tidak lengkap.  Blog rasa seperti kosong...kosong... kosong... nyanyi sikit.

Akhirnya sekali lagi YB nak letak semula senarai blog seperti dahulu.  Nasib baik masih simpan senarai tu... Mungkin loading akan lambat sikit, tetapi hati senang bila dapat melihat update terkini rakan blogger di bloglist. Ada masa kita singgah, kalau takder kita baca tajuk saja dulu.



Ada apa dengan bloglist?  Nak tahu kena ada blog dan letaklah bloglist... baru korang tahu apa perasaannya bila ada bloglist.

Ha ha ha...

Terima kasih baca entri ini, Kena ada juga Bloglist.

17 Ogos 2016

Di mana Bloglist YangBaik

Di mana Bloglist YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di mana Bloglist YangBaik?  Agak-agaknya korang kesah ke dengan bloglist blog YangBaik? Sudah tanya, tanya lagi.  Nak diringkaskan cerita, sejak kebelakangan ini loading blog semakin perlahan menjadikan pengunjung malas nak tunggu lama kat blog akak.  Rasanya lah.... yang akak tau bila loading lambat, akak pun naik bosan mesti terus pindah ke lain, tambahan pula sekarang ni kita semua kejar masa, semua nak cepat.

Daripada kajian tidak rasmi yang akak fikir sendiri, antara perkara yang menyebabkan loading blog menjadi lambat adalah kerana banyaknya senarai blog bertebaran.  Akak sebenarnya memang sayang dengan rakan-rakan blogger yang akak dah follow terutama yang rajin sangat singgah tinggalkan jejak bertapak.  Walaupun kadang-kadang akak sendiri lalu jer kat blog korang tanpa tinggalkan sebarang pesanan.

Di mana Bloglist YangBaik

Eh... jadi panjang juga cerita nie yer.

Nak sambung sikit lagi.  Bagi mempercepatkan loading blog, akak pun dengan akal akak yang pandai-pandai sendiri ni , telah memindahkan bloglist.  Ke mana?  Ke atas tu.... dan hasilnya loading blog menjadi semakin cepat dan mudah.  Korang perasan tak?

Di mana Bloglist YangBaik

Senarai blog yang akak follow ada dekat ruangan yang akak tanda dengan warna kuning.  Korang jangan pula klik kat tanda kuning pada gambar ni.  Tapi korang pi le klik kat Bloglist yang ada pada kepala blog nie.... kat atas tu.  nampak tak?

Untuk keseluruhan blog yang akak follow ada di senarai pembacaan dekat papan pemuka.  Papan pemuka pula. Nantilah akak cerita.  Sekarang ni nak cerita pada bloglist semasa saja.

Okey sekian, sahaja untuk kali ini.


Terima kasih sudi baca entri ini, Di mana Bloglist YangBaik


Top Komentator Blog YangBaik

Top Komentator Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Top Komentator Blog YangBaik

Top Komentator Blog YangBaik
Top Komentator



Terima kasih baca entri ini, Top Komentator Blog YangBaik.



15 Ogos 2016

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016.  Eh ha... baru perasan hari ini dah masuk 15hb.  Maknanya hampir 10 hari tiada kempen CPUV baru melekat di blog YangBaik.  Agaknya Nuffnang pun dah tak tahu nak bagi kempen apa kat blog YangBaik.  Niche blognya bertukar-tukar dan tidak stabil.  Kadang-kadang ada 3 entri sehari kadang 3 hari baru ada entri... huhuhu.

Nampaknya kena tukar profail dan survey blog di Nuffnang, barulah Nuffnang perasan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang untuk dapat iklan CPUV yang baru.  Agaknya nak letak apa yer kat profail tu nanti... Korang ada idea tak?

Sementara korang cari idea, apa kata kita tengok kejap antara iklan CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Tengoklah, pastu korang bagi idea sikit apa akak patut telak kat profail tu nanti.... :D


pendapatan online
CPUV 1 - 5 Ogos 2016

Nampak tak apa CPUV yang melekat tu?

1.  Bidor Kwong Heng.  Kalau tak silap berkenaan sos tiram atau kicap keluaran sebuah syarikat di Bidor.  Dah masuk dalam internet !!

2.  LOT100 - Salt Candy.  Iklan ini pula berkenaan gula-gula baru keluaran LOT100.  Dulu ingat sama macam Lot10... huhuhu

3.  Toyota August Promo.  Yang ini pula iklan mengenai promosi harga kereta keluaran Toyota, antaranya Avanza, Innova dan Altis.  Siap dapat rebate RM8,000.00 lagi.. siapa boleh bagi? Kalau bukan Toyota.

Okeylah itu antara ringkasan senarai iklan CPUV yang sedang menari-nari di blog YangBaik.  Kalau korang singgah ni, ada iklan tu... korang klik lah yer... mana tau dapat maklumat yang korang cari tu.


Sekian dulu ceritera sebuah CPUV untuk hari ini.  Terima kasih Nuffnang dan terima kepada korang semua kerana sudi baca entri ini CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016 yang seberapanya ini.

27 Julai 2016

CPUV Nuffnang hingga hari ini

CPUV Nuffnang hingga hari ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Nuffnang hingga hari ini, 27 Julai 2016.  Ini adalah entri pertama pada bulan Julai mengenai kempen CPUV di blog YangBaik.  Dalam kekalutan mengejar dateline tugas memang tak sempat nak mengerjakan entri CPUV.  Bukan tidak nampak CPUV sedang menari-nari di blog.  Tetapi saja nak bagi peluang dia menari lebih lama.  Mana tahu boleh bertambah lagi.

Oleh kerana kurangnya entri pada bulan Julai, makanya manalah nak bertambah sangat iklan CPUV di blog YangBaik.

Jadinya, inilah antara iklan CPUV yang sedang menari di blog YangBagi bagi bulan Julai sehingga ke tarikh entri ini dikeluarkan.

CPUV Julai 2016

CPUV Julai 2016

CPUV Julai 2016 sehingga kini ialah:

1.  Unilever Vaseline
2.  Acer Revo One Hello Kitty
3.  GE Takaful Avareness Campaign
4.  Astro Circle Kid Club

Kalau tak silap semua iklan di atas pernah dilihat menari-nari.  Lagi baik kalau dapat bertambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi... hehehe

Semoga iklan CPUV yang ada sekarang ini dapat menari lebih lama lagi dan dapat menarik lebih banyak CTR Bonus.  Sekarang ini, CTR Bonus yang ada sikit sangat.

Apapun terima kasih Nuffnang dan rakan kongsi serta rakan-rakan semua yang sentiasa menyokong perjalanan blog YangBaik.


Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini CPUV Nuffnang hingga hari ini


01 Julai 2016

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun, mula melekat pada 28 Jun 2016.  Lambat sikit update sebab YB sibuk dengan tugas lain.  Sekarang pun sibuk juga tetapi nak juga menyibuk update entri CPUV, sebab nak jaga hati Nuffnang.  Mana tahu kerap kali update pasal CPUV, ditambah lagi dengan CPUV.  Pada mulanya ingatkan CPUV akan bertambah lagi, rupanya tidak.  Tunggu sajalah bulan CPUVB bulan Julai pula.



Zurich Life Wellness, menawarkan pelbagai agenda menarik bukan sahaja polisi insuran tetapi permainan atas talian pun ada juga.  Nak tahu, klik saja promoted conten yang bertebaran di blog YB.


Terima kasih atas kunjungan ke entri ini Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

27 Jun 2016

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV - Dentsu Honda City datang lagi ke blog YangBaik.  Kunjungan kali ke-2 oleh Honda City sesuatu yang mengejutkan juga.  Nampaknya YB perlu buat entri mengenai kenderaan pula.  Isu keselamatan kenderaan untuk balik kampung sepanjang musim perayaan.  Okey jugak kan.  Apa pun YB tak berani nak janji apa-apa.

CPUV - Dentsu Honda City

Biar apa pun isu yang melanda, Honda perlu memastikan kenderaannya sentiasa tip-top dan mendapat tempat di hati peminat Honda.  Perlu juga ketepikan isu-isu negatif yang tidak membawa manfaat.


Terima kasih baca entri ini CPUV - Dentsu Honda City datang lagi.


24 Jun 2016

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik ada yang sudah terlepas dan ada yang baru masuk.  Sudah hampir ke penghujung bulan Jun baru nak buat entri pengenalan mengenai iklan CPUV yang singgah di blog.  Aduhai.... Janganlah sampai agen Nuffnang merajuk dan tarik balik kempen CPUV nie. Bila mood dah kedaung nak menulis dan cari idea pun semakin malas.  Jadi, dapat iklan CPUV pun cukup-cukup makan, jangan tidak jer.  

CPUV bulan Jun ini ada antaranya sudahpun dikreditkan.  Tidak perlulah YB cerita berapa banyak yang telah dikreditkan, tetapi ianya berpadanan dengan entri blog dan semangat pemilik blog ini. Kusss!!!

CPUV yang telah dikreditkan adalah, Pedigree.  Hmmm iklan ini sebenarnya tidak berapa gemar juga tetapi sebagai pengenalan produk kira boleh lah kot.  CPUV lain adalah Khind Starter Pack, Disney - Animate Your Imagination dan TNB Campaign.  Iklan ini mengenai alnino... panas!!!

CPUV yang masih aktif sehingga entri ini ditulis adalah Ribena Moments.  SME - Microsoft, Dentsu - Honda City, Kleenex Vanilla dan Shell Helix 2016.  Oihh... banyak pula Shell Helix 2016, sampai 6 tapak.  Okey... bagus juga untuk kaut keuntungan.  Memandangkan hari raya pun dah dekat, boleh tengok apa yang Shell Helix tawarkan kepada penggunanya untuk hari raya 2016.

Apa pun Nuffnang masih lagi bermurah hati untuk meletakkan kempen CPUV di blog YangBaik. Cuma belum dapat lagi iklan advertorial.  Agaknya bila agen Nuffnang baca kenyataan ni,,, mereka ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling jatuh bawah meja.  :P

Wei... mana tidaknya berangan nak buat advertorial pulak.  Entri sendiri pun kadang-kadang macam terputus angin, ada hati pula nak buat entri untuk orang lain.  Saja jer perasankan diri sendiri. Berangan tidak salah kan.

Sementara itu... terima kasih Nuffnang, terima kasih pengiklan dan terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu singgah ke blog ini.

Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ini CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik.


Top entri minggu ini

Top entri minggu ini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Top entri minggu ini kelihatannya selari dengan isu dan suasana semasa.  Walaupun penulisnya jarang sangat menulis ikut situasi memandangkan idea tidak berapa nak menjadi.  Nak menulis pun berat sangat.  Jadi ada baiknya dikorek semula entri lama yang berkaitan dengan situasi semasa..


Top entri minggu ini

15 koleksi ucapan bergambar... Tajuk top entri yang pertama jika diperhatikan sudah berada disitu pada setiap minggu pada hari pertama ianya dikeluarkan.  Sehingga ini kini tetap menjadi pilihan utama setiap minggu bahkan setiap hari juga.

Ucapan hari raya buat ibu.  Ianya muncul semula bila hampir hari raya dan akan hilang setelah hari raya berlalu.

Baju kurung pahang pastinya menjadi pilihan ramai kerana keindahan pakaian tradisional dan sinonim dengan hari raya.

Gulsan Nar Eksisi, jus delima berkhasiat keluaran dari negara Turki.

Tiada larangan memiliki dunia.  Kerana tiada entri lain yang utama maka ia menjadi pilihan... kot :D

Begitulah seterusnya.  Minggu depan senarai top entri ini agaknya akan berubah dan entri apa pula yang bakal memenuhi top entri mingguan ehh.

Tunggu dan lihatlah nanti.

Terima kasih sudi baca entri Top entri minggu ini.


01 Jun 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai rakan blogger April - Mei 2016 ini merupakan senarai blog yang telah menetap di bloglis YB pada mulai bulan April hingga Mei 2016.  Seperti biasa juga senarai ini wujudkan berdasarkan penyertaan YB dalam contest yang dianjurkan oleh mereka, tidak kiralah sama ada mereka adalah penganjur ataupun penaja bersama.


Berikut adalah senarai rakan blogger yang dimaksudkan.  Sudi-sudikan singgah dan berkenalan dengan mereka.


Bila sudah disenaraikan, ramai juga yang bertapak kat blog YangBaik.  Patutlah lengoh jejari ini meletakkan nombor untuk disenaraikan.  Yang menyebabkan ramai ni, adalah kerana ramai rakan blogger yang menjadi penaja.  Ada yang menjadi penaja untuk dua atau tiga contest yang berlainan. 


Terima kasih diatas kesudian singgah baca entri Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016.

 

30 Mei 2016

CPUV Beratur di Blog YangBaik

CPUV Beratur di Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Beratur di Blog YangBaik walaupun blog jarang update.  Inilah dinamakan rezeki online. Agak lama juga YB tidak update status CPUV Nuffnang di blog ini.  Macam malas jer nak update, tetapi harus juga update sebagai penghargaan kepada Nuffnang dan rakan pintarnya dalam kesudian beriklan di blog YangBaik.  Ketandusan idea pun ada juga, mana tidaknya iklan CPUV selalu juga melekat di blog YB tetapi hasilnya sedikit sangat.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja iklan CPUV yang melekat, ada yang beriklan untuk tempoh yang lama dan ada juga beriklan sekejap saja. Itu semua bergantung kepada tempoh yang telah ditentukan oleh mereka (Nuffnang dan syarikat).


Nak update pun segan.  Sekarang!!! sudah terang lagi bersuluh, YB sendiri yang mengaku ... hehehe


CPUV pada 30 Mei 2016


Pada penghujung bulan Mei, walaupun masih tinggal sehari lagi masih ada 6 iklan CPUV yang masih aktif seperti di atas.  Agaknya untuk esok ada tak CPUV yang akan singgah lagi.  Antara iklan di atas ada yang pernah dilihat ada juga yang tak sempat tengok lagi macam mana rupa iklannya.  Seperti yang pernah diperkatakan oleh otai-otai blogger dalam Nuffnang, kebanyakan iklan menari pada lewat malam dan pada masa-masa tertentu yang tidak ketahui.

Jumlah pendapatan bersama Nuffnang buat masa ini belum lagi mencukupi untuk dikeluarkan. Nak tunggu sampai 4 angka adalah amat mustahil.  Dapat 3 angka pun sudah memadai.... walaupun jenuh jugalah merangkak nieh.

Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgah baca entri CPUV Beratur di Blog YangBaik.




21 Mei 2016

Top komentator hari Jumaat

Top komentator hari Jumaat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap hari ada saja rakan-rakan meninggalkan komen di blog YB.  Walaupun ada ketika tiada entri baru dikeluarkan tetapi tetap juga ada yang meninggalkan komen pada entri lama.  Mungkin ada yang menarik perhatian mereka.

Istimewa pada hari ini, blog YB mendapat komentar yang banyak dari seorang blogger sahaja iaitu Adianiez Aida.  Jarang-jarang berlaku seorang blogger meninggalkan komentar yang banyak dalam satu hari melebihi 10 entri.



Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan yang meninggalkan komen sesekali dua atau yang sekadar datang menjengok.  Trafik yang anda bawa cukup bermakna buat blog ini.

Kiranya kejutan di hari Jumaat, Top komentator hari Jumaat.



09 Mei 2016

3 Hari Tanpa Blog

3 Hari Tanpa Blog 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tiada apa yang dapat digambarkan bila tidak dapat berblogging selama 3 hari.  Bukan saja-saja punya alasan tetapi memang sengaja.  Dek kesibukan uruskan anak-anak setelah 2 hari keluar kawasan. Maka ada beberapa urusan dan kerja rumah telah tertangguh selama dua hari... apa itu?  Kerja biasa seorang suri rumahtangga.

Oleh itu, masa untuk blog terpaksa ditangguhkan untuk seketika bagi memberi laluan kepada urusan rumahtangga dan keluarga.


Putih 

Malam tadi, Alif merungut... esok dah Isnin... kena Sekolah.

Umi jawab; jangan merungut dengan hari Isnin.  Kita kena bergembira dengan hari Isnin dan raikannya.  Kerana hari Isnin adalah hari lahir Nabi Muhammad S.A.W.  Kita tidak boleh berduka cita pada hari Isnin.

Entahlah Alif faham ke tidak.... mudah-mudahan ada sesuatu yang baik tersemat di hatinya.  Hari ini Alif bangun awal dan bersiap ke sekolah.... seperti biasa.






27 April 2016

Sumber Trafik Hari ini #3

Sumber Trafik Hari ini #3



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti yang ditulis dalam blog semalam, walaupun tidak dijanjikan berikut adalah entri mengenai sumber trafik ke blog YB untuk hari ini.  Agak lewat jugak update sumber trafik sebabnya nak tunggu kalau ada sumber trafik baru yang singgah.  Dan ... memang ada.

Berikut adalah sumber trafik berkenaan.

Sumber Trafik hari ini #3

Sumber trafik dari rakan blogger:

  1. kakciknurseroja.blogspot.my
  2. denaihati.com
  3. jmbelog.blogspot.my
  4. kakitravelkhairuddin.blogspot.my

Terima kasih semua atas trafik yang diberikan.


26 April 2016

Sumber trafik hari ini

Sumber trafik hari ini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah banyak kali dan banyak kali juga nak buat entri macam ni.  Kalau ikutkan hati nak buat hari-hari. Kalau YB buat hari-hari entri macam ni korang rasa cuak tak.  Kalau tak pun ada rasa loya nak pitam ke nak bilik belakang tak?  Kalau ada tanda-tanda macam tu cepat-cepatlah ke klinik yer.  Sekarang ni banyak penyakit yang tak diduga menjadi viral.

Ini blog YB so, sedikit perkongsian mengenai rakan-rakan blogger yang singgah dan memberi trafik kepada blog YB.  Jadi, entri ini kiranya macam penghargaanlah juga kepada mereka.


Sumber trafik hari ini

Agak-agak korang nak akak promosikan link blog korang kat sini, rajin-rajinlah singgah yer.  Tetapi akak YB tak berani nak jamin lah nak boleh buat entri macam ni setiap hari.  Siapa yang kena tu kira rezeki masing-masing lah yer.

Sekianlah sepintas lalu yang sempat dicoretkan mengenai Sumber trafik hari ini.  Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen.


17 April 2016

Kontest sedang berlangsung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kontest sedang berlangsung


Sedang mencari idea untuk update blog?  Jadi, untuk memudahkan pencarian tanpa perlu bersusah payah klik sana sini, YB sertakan senarai kontest yang sedang berlangsung.  Senarai ini adalah antara contest atau giveaway yang disertakan oleh YB.  Senarai contest ini YB letakkan di sidebar dengan tajuk 'KONTEST'.  Kenapa kontest?  Entahlah tak tahu pula kenapa ada camburan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Aduh dah jadi perosak bahasa pulak.  Tapi tak mengapa sebab YB bukanlah merosakkan bahasa sepenuhnya, tetapi perkataan itu sering disebut oleh orang kita walaupun ianya berasal dari bahasa asing.  Tak mahulah ulas panjang lebar pasal bahasa nie.




  1. GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK [30.4.2016]
  2. Mini Giveaway By Niena Annisa' [30.4.2016]
  3. RF3 World Firmax3 Malaysia [20.5.2016]
  4. Simply Segmen By Shawal & Sofie [27.4.2016]
  5. Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih [28.4.2016]
  6. GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle [21.4.2016]
  7. SEGMEN Jom Singgah #jmbelog [30.4.2016]
  8. Mini Segmen by Syaidah Seha [6.5.2016]
  9. Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih [27.4.2016]
  10. MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY [30.4.2016]
  11. Abam Kie's First Giveaway [20.4.2016]
  12. Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network [14.6.16]

Hujung minggu begini selalunya nak berblogging pun lemau jer.  Dapat buat entri pasal contest atau giveaway untung sangat dah.


Jom sertai, Kontest sedang berlangsung.

    01 Mac 2016

    Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera


    Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana


    Agak lewat juga YB keluarkan entri ini.  Sememangnya YB sudah menyimpan hasrat untuk mengeluarkan entri penghargaan ini kepada rakan blogger Mialiana ketika entri berkenaan dikeluarkan.  Namun sekarang baru berkesempatan.  Alhamdulillah, tidak disangka-sangka blog YangBaik termasuk dalam Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana.  Blog Mialiana.com merupakan antara blog yang menjadi kesukaan YB.  Ada masanya bila singgah tu YB tinggalkan komen dan ada masanya tak sempat tinggalkan komen kerana mungkin juga pada masa tu tiada idea nak komen apa.  Tetapi bila ada kelapangan YB akan jejaki semula dan tinggalkan komen.

    Carta Pengkomen Tegar 2015

    Seramai 20 blog telah tersenarai dalam carta pengkomen tegar 2015 di blog Mialiana.com.    Menariknya blog Yangbaik termasuk dalam senarai ke-20.  Kira dah hujung-hujung sangat tu.  Kiranya YB ni rakan blogger yang ke-20 paling rajin komen pada tahun 2015.  

    Inilah capture yang diambil dari blog Mialina dalam entrinya bertajuk Carta Pengkomen Tegar 2015.  YB gunakan aplikasi Snipping Tool yang terdapat pada komputer.  Header blog pada tahun lepas dan awal tahun sebelum ditukar kepada header sekarang.

    Terima kasih Mialiana dan terima kepada semua yang telah menyokong blog YangBaik.

    Sekian.

    Terima kasih juga kerana membaca entri Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana