Pengikut Setia

20 Ogos 2015

Budi Yang Baik Dikenang Jua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Budi Yang Baik Dikenang Jua


Seperti biasa, hari ini kekurangan idea nak mengarang.  Tajuk dah ada tetapi malas pula nak mengulas panjang.  Jadi semasa bersiar-siar ke laman blog rakan blogger di tepi blog, terjumpa dengan blog yang menyiarkan entri supaya entri blog kita perlu ada kaitan dengan nama blog supaya dapat tempias SEO.  Tetapi YangBaik nak menulis mengenai SEO tak berapa pandai dan boleh dikatakan gagal kalau berbicara mengenai SEO.  Sedikit sangat pengetahuan YangBaik mengenai SEO.  

Fikir
Fikir.  Gambar hiasan

Budi Yang Baik Rakan Blogger


Walaupun YangBaik memang suka dengan IT dan gajet serta apa saja yang berkaitan dengan IT tetapi YangBaik bila baca sesuatu entri ... tak suka panjang lebar.  Sebab tu lah bila mengarang kat blog pun ayat tersekat-sekat, kadang-kadang tergantung.  Pernah beberapa kali ditegur oleh rakan blogger supaya memanjangkan ayat dalam karangan.  

Bukan tidak menghargai setiap teguran yang diberikan.  YangBaik tetap berusaha untuk menulis banyak tetapi bimbang juga bila menulis tanpa ilmu kelak binasa diri sendiri.

Sedikit demi sedikit YangBaik berusaha membalas budi baik rakan blogger yang tidak pernah jemu memberi pandangan dan teguran.   

Anak semilang di tapak tangan
Anak itik di atas para
Pesananmu tuan dalam ingatan
Budi yang baik dikenang jua


3 ulasan:

  1. Nice entry :) Saya pun macam tu juga, malas nak tulis panjang2 sebab kadang2 ada juga orang yang malas nak membaca kan. So, biar pendek tapi penuh dengan makna ;)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. gimi pun kadang time bila terima teguran akan cuba ingat teguran tapi itu la kadang terbabas...hehe..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian