Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hadis Riwayat at-Tirmizi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis Riwayat at-Tirmizi. Papar semua catatan

22 Ogos 2015

Perhatian kepada kawan-kawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhatian kepada kawan-kawan


Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.  (HR Tirmidzi)



Penglibatan kita dengan kawan-kawan kita turut mencerminkan peribadi dan siapa kita.  Semoga kita menjadi kawan yang baik buat kawan-kawan kita.


28 Disember 2014

Roh tergantung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dituntut Menyegerakan Membayar Hutang


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”. (Riwayat: at-Tirmizi katanya hadith ini hasan)


Huraian Hadith:


  1. Roh seseorang mukmin yang telah meninggal dunia akan tergantung iaitu tidak dapat ditentukan sama ada mendapat rahmat atau seksa melainkan hutang piutangnya dibayar oleh ahli keluarganya yag masih hidup.
  2. Islam sangat menggalakkan agar umatnya menjauhkan diri daripada berhutang dan sentiasa berdoa agar tidak diberati dengan hutang piutang, supaya mereka dapat hidup di dalam keadaan tenteram.

Sumber

Carian